Kakak Selamat Lahirkan Bayi Sulung



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Sebenarnya aku masih teruja tentang berita ini. Ya, walaupun aku terkilan sebab tak dapat nak bersama keluarga untuk meraikan kedatangan ahli baru sebab kerja, tapi aku masih teruja untuk menulis entri khas bercerita tentang ahli keluarga terbaru. Apa yang aku nak ceritakan ini adalah sesuatu yang baru sahaja berlaku beberapa hari yang lepas.


Aku tak pasti sama ada aku dah tulis atau belum kisah perkahwinan kakak aku pada bulan 12 tahun 2018. Mungkin belum sebab ketika itu aku agak sibuk dengan kerja dan kurang update blog. Gambar di atas adalah pada hari raya Aidilfitri yang lalu dimana kakak aku sudah 4 bulan mengandung. Di hujung sekali adalah abang ipar aku, abang Zamzuri.

Ya, memag aku dah tahu bahawa pada bulan Oktober kakak aku akan melahirkan, tetapi tarikh yang tepat belum diketahui lagi. Pada 22 Oktober, aku ada berwhatsapp dengan kakak aku bertanya tentang kelahiran dan sebagainya. Keesokannnya, terus kakak aku kena tahan wad.


Ketika di wad, belum melahirkan.



Akhirnya ketika aku sedang kerja, dapat whatsapp dari mak beritahu bahawa along dah lahirkan cucu sulung dalam keluarga aku. Alhamdulillah. Akhirnya aku dan mempunyai anak saudara. Untuk pengetahuan semua, baby kecil ini jantinanya adalah lelaki. Alhamdulillah.

Gambar baby.

Keesokan harinya kakak aku bersama bayi dah boleh pulang ke rumah. Alhamdulillah. Tak sabar aku nak balik kampung, nak lihat dan dukung anak saudara baru ni. In shaa Allah awal bulan November baru aku dapat balik sebab ada kerja perlu diselesaikan terlebih dahulu.



Kalau dulu masa adik aku lahir, aku sangat harapkan untuk dapat adik lelaki, tapi malangnya semuanya perempuan kecuali aku. Haha. Aku seorang sahaja lelaki, tetapi kali ni ada bayi kecil lelaki baru dalam keluarga. Tak sabar nak balik kampung, nak jumpa keluarga, bayi dan juga kucing.

Sekian

12 comments:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.