'MaTic FEST 2019' Promosikan Produk Pelancongan dan Kebudayaan



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) akan menganjurkan program MaTiC Fest 2019 bermula 1 hingga 3 November 2019. Program ini turut mendapat sokongan dan kerjasama Pejabat MOTAC WP Kuala Lumpur/Putrajaya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Unit Khas Visit Malaysia 2020 dan Tourism Malaysia Wilayah Tengah serta BERNAS, Hotel Regency Kuala Lumpur, KL Hop-On Hop-Off, Touch 'n Go, First Time Around, Matic TV dan Angry Bird Activity Park.

Ia bertujuan untuk memperkenalkan produk pelancongan dan kebudayaan kepada pengunjung MaTiC sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020) di samping mempromosikan MaTiC sebagai pusat sehenti untuk kemudahan pelancong dalam dan luar negara menerusi pelbagai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan.

Menurut Pengarah MaTiC, Rudy Irwan Shukaime, "Melalui kerjasama ini, pelbagai aktiviti dan program berlangsung selama 3 hari dengan pengisisan yang bukan sahaja hiburan tetapi program yang memberikan pengalaman unik selaras dengan pendekatan 'Experience Tourism'."

"MaTiC berharap ia dapat menarik perhatian pengunjung untuk bersama menyemarakkan lagi penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2020 pada tahun hadapan," tambah beliau lagi.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan merangkumi semua golongan dan peringkat umur. Antaranya pertandingan panah tempur, pertandingan gusti lengan, VM2020 Cultural Run, pertandingan Hot Wheels, pertandingan mencanting batik, pertandingan gasing, pertandingan mewarna kanak-kanak dan sukan rakyat.

Bazar MaTiC Fest 2019 pula menyediakan sebanyak 40 tapak reruai yang menawarkan pelbagai produk seni, kraf dan warisan serta hidangan menarik mengikut negeri seperti Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Char Koey Teow, Rojak, Cendol, Asam Pedas dan Laksa.

Selain itu, pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan kebudayaan seperti wayang kulit, mak yong, dikir barat, cak lempong, guzheng, silat, silambam dan tarian serta persembahan muzik dari kumpulan Pretty Ugly, The Rudean, Dewangga Sakti, Banyak Bunyik Republik, Suehaila dan ramai lagi.

Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan program ini bermula jam 10 pagi hingga 10 malam di MaTiC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan masuk adalah percuma. Majlis Perasmian MaTiC Fest ini disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Datuk Mohammaddin Ketapi pada 2 November 2019, jam 2.30 petang.

Untuk makluman lanjut, sila hubungi : 

Encik Muhammmad Shahrizan bin Abdul Razak (03-9235 415)
Encik Mohd Syairazi bin Rusli (03-9235 415)

#KualaLumpur4All
#GayaTravel
#VisitKL  #AboutKL
#VisitMalaysia2020
#VM2020

Sekian

1 comment:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.