Apa Yang Menarik di Kuala Lumpur?



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa Yang Menarik di Kuala Lumpur?

Kotaraya Kuala Lumpur sememangnya mempunyai pelbagai lokasi dan produk menarik yang boleh dibanggakan oleh seluruh rakyat Malaysia. Ibu kota Malaysia ini merupakan salah satu tempat yang paling banyak dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negara. Kali ini, aku nak kongsikan dengan anda beberapa perkara atau lokasi menarik yang anda boleh lawati. Mungkin ada yang belum tahu tentang apa yang aku nak kongsikan ini. 

ROYAL MALAYSIA POLICE MUSEUM
Muzium Polis Diraja Malaysia


Ramai sebenarnya yang masih belum tahu tentang kewujudan muzium yang menempatkan pelbagai khazanah dan juga sejarah bagi badan beruniform Polis Diraja Malaysia ini. Lokasi yang berdekatan dengan Masjid Negara, muzium ini menempatkan pelbagai sejarah kepolisan di negara kita yang bermula sejak zaman kesultanan melayu Melaka sehinggalah kini.

Muzium Polis Diraja Malaysia
Antara Koleksi dan Pameran di Muzium ini.

Muzium Polis Diraja Malaysia
Menempatkan tiga galeri berasingan dan juga pameran luar, sememangnya pengunjung yang datang pasti akan terpukau dan juga berasa bangga dengan Polis Diraja Malaysia. Yang lebih menarik adalah tiada bayaran yang dikenakan untuk masuk ke Muzium Polis Diraja Malaysia ini!

LOKASI :



  HAUNTU MALAYSIA KL
Hauntu Malaysia KL

Rasai pengalaman seram yang unik dan 'asli' dengan Hauntu Malaysia KL. Salah satu tarikan terbaru di Kuala Lumpur, Hauntu merupakan gabungan teater, 'role play' dan penceritaan yang memberikan pengunjung pengalaman baru yang belum pernah ada di Kuala Lumpur.

Hauntu Malaysia KL

Pengunjung dapat merasai pengalaman seperti memasuki ke sebuah filem seram apabila dapat berinteraksi dengan pelakon, juga menyelesaikan cerita yang berkisarkan tentang sebuah hotel.  Hauntu ini dibuka setiap hari, dengan hanya tiket berharga RM58 seorang sahaja.

LOKASI :




KWAI CHAI HONG

Kwai Chai Hong

Kwai Chai Hong pastinya merupakan lokasi yang akan digemari oleh mereka yang suka bergambar kerana lokasi ini sangat 'insta-worthy'. Mempunyai pelbagai hasil seni yang menarik dan menggambarkan kehidupan masyarakat di sini.

Kwai Chai Hong
Antara yang menarik di sini.

Kwai Chai Hong

Lebih menarik lagi, setiap mural yang dihasilkan disertakan dengan QR Code dan anda hanya perlu scan sahaja QR Code tersebut untuk mengetahui kisah disebalik lukisan tersebut. Lokasi Kwai Chai Hong berdekatan sahaja dengan MRT Pasar Seni.

LOKASI : 



BINGKA KL

Siapa yang sukakan hasil seni yang lain daripada yang lain? Bingka KL merupakan satu syarikat yang menghasilkan produk dengan hasil seni yang bercirikan Malaysia! Bermula pada Disember 2015, Bingka KL mengetengahkan seni Malaysia melalui produk yang dihasilkan melalui Silkscreen Process.


Kepada yang berminat untuk menempah dan juga membeli barangan hasil daripada Bingka KL bolehlah mengunjungi laman web mereka iaitu https://www.bingka.my/.

CRAZE POP
Crazepop

Crazepop merupakan satu studio yang menghasilkan cake pop terletak di Cheras, Kuala Lumpur. Bermula pada tahun 2011 oleh Nurliza Mohd Jonis, Crazepop menawarkan pelbagai jenis cake pops, cakesicles, baked donuts dan pelbagai lagi mengikut citarasa pelanggan.

Crazepop

Nurliza juga membuat kelas mengajar cara pembuatan cake pop ini. Kepada mereka yang berminat untuk menempah cake pop atau sebagainya, anda bolehlah menghubungi Whatsapp : 019 -334 8010 dan boleh melihat pelbagai hasil seni yang lain di laman Instagram mereka iaitu www.instagram.com/crazepop/


LOKASI :



Credit picture to tripsavvy.com

#KualaLumpur4All #GayaTravel  #VisitKL  #AboutKL #VisitMalaysia2020  #VM2020

Artikel ini dihasilkan dari program Kuala Lumpur For All! Media, Bloggers & Social Media Influencers FAM Trip 2019 pada 24 hingga 26 Ogos 2019 anjuran Kuala Lumpur Tourism Bureau dan Gaya Travel Magazine .

24 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Kl best utk berjalan xbest utk diduduki, bkn apa sesak

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. Adalah lebih baik naik pengangkutan awam kalau nk berjalan2 dalam KL ni :)

      Delete
  2. Saya paling tertarik dengan Royal Malaysia Polis Museum tu sebab tak sangka banyak betul informasi menarik - bukan semata-mata tentang polis moden bahkan daripada zaman dulu kala lagi! Dan Hauntu pun ramai yang suggestkan sebab seronok walaupun menakutkan juga. Haha. Okeylah kena cari satu hari untuk play tourist around KL juga ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! Haha, nanti kalau nak play tourist tu jangan lupa bgitau, nak join jugak haha :)

      Delete
  3. Oh my. I want to visit Kwai Chai Hong - the only part of KL that I have not visited and take pictures on. I think I will bring my family there when they come to visit this coming December.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jemput singgah kwai chai hong tu ya rawlins. memang cantik kt situ. :)

      Delete
  4. Wow!!!!!!! KL has so many interesting spot to visit. Kita jer yg x tahu sebab terlalu focus on overseas. Hehehe. Thank you for sharing. Btw, nak Tanya Hauntu Malaysia ok x utk org yg kus semangat? Dia ada byk elements yg mengejutkan x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha hauntu tu bagi saya okay je, elemen mengejutkan tak banyak , tapi masih kekal seram. dan berbeza dengan rumah hantu ditaman tema lain :)

      Delete
  5. Dah lama cari entri yang best macam ni, nak jalan-jalan KL tapi tak tahu nak pergi mana, maybe sebab dibesarkan disini n rasa semua tempat sama je. Hehehe

    ReplyDelete
  6. Macam tau² je Sal tengah mencari tempat menarik sekitar KL. Punca takmo keluar bercuti jauh bersama anak²

    ReplyDelete
  7. menarik! boleh la pergi tempat ni.. asyik pergi klcc & bukit bintang je

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu,selalu kalau pergi kl mesti pergi area mall sahaja haha

      Delete
  8. ok semua tempat-tempat ni iza tak pernah pergi lagi and even ada yg iza tak tau pun. tapi yg hauntu tu macma menarik je kalau pergi tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah nanti travel ke tempat2 ni. hauntu tu memang saya suka.

      Delete
  9. Banyak juga ya tempat menarik di kuala lumpur i belum pernah pergi padahal sebelah je daerah nya... hahaha apa pun nak ke KL ni malas sikit banyak perabes duet la.. dari nak travel.. jadi stress kalau banyak duit keluar 😫

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha itu betul. duit banyak mainkan peranan dalam usaha nak travel hehe

      Delete
  10. Antara tempat yg disenaraikan, muzium polis ni mmg fav saya dan anak2. Banyak sejarah yg dapat kita belajar dr pameran di
    Muzium ini

    ReplyDelete
  11. Menarik juga tempat kat KL ni. ada yang Qiss belum pernah sampai. boleh Qiss ke sana nanti. Suka tengok Kwai Chai Hong tu. Cuma kena scan QR code je ke? Mudah betul

    ReplyDelete
  12. scan untuk tengok cerita di sebalik gambar tu. memang menarik tau sis! :)

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post