Header Ads

Hotel Furama Bukit Bintang Hotel Mesra Keluarga Dengan WakaWakaKL dan Bilik Bertema



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hotel Furama Bukit Bintang

Hotel Furama Bukit Bintang yang lokasinya begitu strategik di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur melancarkan beberapa tarikan terbaru yang menjadikan hotel ini mesra keluarga dan sesuai sebagai salah satu hotel untuk seisi keluarga. Antara tarikan terbaru ialah Waka Waka Kuala Lumpur dan juga Bilik Bertema

WAKA WAKA KUALA LUMPUR
Hotel Furama Bukit Bintang

Waka Waka KL merupakan taman kanak-kanak yang terletak di dalam bangunan hotel, sesuai untuk kanak-kanak bermain dari umur 2 tahun sehinggalah 12 tahun.  Taman tema kanak-kanak ini mempunyai pelbagai ruang dan tempat permainan yang sesuai untuk kanak-kanak bermain dengan penuh keriangan dan keseronokan.

Hotel Furama Bukit Bintang
Selain itu, Waka Waka KL ini juga dibina untuk meningkatkan kemahiran kanak-kanak dari segi emosi, bersosial dan sebagainya melalui aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Antara aktiviti permainan yang menarik adalah seperti memanjat dinding istana, mendaki gunung berapi dan pelagai lagi.

Hotel Furama Bukit Bintang

Waka Waka KL juga mempunyai bilik untuk membuat majlis kelahiran dan sebagainya serta beberapa pakej yang sesuai untuk menyambut hari istimewa di sini.

Website : http://playatwakawaka.com
Hubungi : info.kl@playatwakawaka.com

BILIK BERTEMA
Hotel Furama Bukit Bintang melancarkan bilik bertema dengan tiga tema utama iaitu Castle Room, Safari Room dan juga Underwater Room. Ketiga-tiganya bertujuan untuk memberikan destinasi yang dapat didiami oleh mereka yang bekeluarga. Setiap bilik mempunyai katil double decker mengikut tema masing-masing.
CASTLE ROOM
Hotel Furama Bukit Bintang

"Step into the royal kingdom of Kings, Queens, Princes and Princesses. Furnished with beautiful castle theme decoration and amenities, children will love the feeling of being royalty."

SAFARI ROOM

Hotel Furama Bukit Bintang
"Living in the city but always wanted to give your children a camping experience? Check-in to Furama Bukit Bintang Jungle-themed room."

UNDERWATER ROOM
Hotel Furama Bukit Bintang

"Being under the sea will bring joy to almost everyone (not just Sebastian and Ariel)! This underwater suite is designed to give your family and immerse sea view with enough play space for your children to have active play while the interior is designed to ignite their imagination."


Selain daripada Bilik Bertema dan WakaWakaKL, dalam menjadikan hotel mesra keluarga, Hotel Furama Bukit Bintang juga menyediakan kawasan permainan kecil berhadapan dengan lobi, iaitu Furamaland, sesuai untuk anak-anak kecil bermain ketika ibubapa sedang check-in atau check-out. Selain itu, terdapat juga pilihan untuk pelanggan yang menempah Family Rooms untuk dapatkan set kanak-kanak istimewa. Set tersebut dilengkapi dengan cadar katil, comforter, bantal, kusyen, selipar bilik, meja kecil bersama kerusi untuk bermain, berus gigi, ubat gigi, tuala mandi, tuala tangan dan sebagainya yang sesuai untuk kanak-kanak.

Untuk mereka yang berminat bolehlah hubungi di pautan berikut https://www.furama.com/bukitbintang/promotion/Room-Promotions untuk lebih lanjut.


#KualaLumpur4All
#GayaTravel
#VisitKL  #AboutKL
#VisitMalaysia2020
#VM2020

Artikel ini dihasilkan dari program Kuala Lumpur For All! Media, Bloggers & Social Media Influencers FAM Trip 2019 pada 24 hingga 26 Ogos 2019 anjuran Kuala Lumpur Tourism Bureau dan Gaya Travel Magazine .

29 comments:

  1. Hebatnya ada hotel sebegini. Kalau kat kbharu takde lagi macam ni. Anak anak mesti suka kalau dapat holiday..

    ReplyDelete
  2. Firstime dengar pasal hotel Furama ini hurmm tak tahu pun kita ada hotel seunik ini dan sangat menarik untuk didiami oleh mereka yang bercuti dengan keluarga sangat selesa dan juga segala kemudahan ada lengkap kat sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha, apa lagi, nnti bolehlah bercuti di sini. dekat jugak dengan tempat2 menarik di KL

      Delete
  3. bestnya Furama Hotel ni! Memang sesuai untuk Gee & family..hehehe! Thanks sharing!

    ReplyDelete
  4. Wahhh bestnya hotel ni. Deco bilik yg unik sgt, bukan anak2 je suka..mak pun suka kalau dpt nginap kat hotel ni

    ReplyDelete
  5. Sangat menarik idea yang mereka ketengahkan ni tau, tambah-tambah yang Bilik Bertema tu. Ini sesuai untuk idea nak deko rumah pun okay ni, hehe. Terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. bolehlah buat deko di rumah sebijik macma ni ;)

      Delete
  6. dulu masa kecik mmg slu duk kt hotel furama bila lawat KL, so terkejut jugak bila nmpk perubahan dia skrg. tp best jgk, mmg nenepati kehendak pasaran skrg yg pentingkan family vacation

    ReplyDelete
  7. bESTNYA BILIK HOTEL DIA..ADA MACAM-MACAM JENIS..NI KALAU STAY SINI ANAK-ANAK PUN ENJOY..NAK PERNAH BAWAK ANAK-ANAK KE WAKA-WAKA NI..MEMNG BEST TEMPAT MAINAN DIA

    ReplyDelete
  8. comelnyaaaa macam bilik hotel kat legoland lak! kalau bawa family especially my son confirm dia taknak balik hahaha. ni harga berapa ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk harga boleh lihat di sini ya https://www.furama.com/bukitbintang/promotion/Room-Promotions

      Delete
  9. sekali dengar macam hotel jepun tapi bila2 ada waka2 dah macam negara brazil pulak ...tapi deko dah sebijik legoland ...banyak gak aktiviti dala tu ada yer untuk anak2...bagusss sekali

    ReplyDelete
  10. sieslah furama macam ni. cantik btol. anak anak sure suka punyalah. ini second hotel yang mek tahu pihak hotel pentingkan kanak kanak. macam kena menginap di sini je disember nanti.

    ReplyDelete
  11. nampak macam best je bilik dia yg ada tema sesuai utk budak-budak tu. tapi ritu makan dinner kat hotel tu pun not bad jugak rasa.

    ReplyDelete
  12. Nampak selesa betul ya bilik2 di Hotel Furama nie. First time dengar nama hotel nie. X sangka pulak ia terletak di kawasan bukit bintang. Nanti bolehlah cadang bawak family menginap kat sini

    ReplyDelete
  13. wah cantiknya, design bertema tu teringat konsep hotel kat Johor tu, legoland ke apa. kids memang sukalah ni

    ReplyDelete
  14. Cantiknya bilik-bilik dia. Kalau cuti sekolah boleh bawa family ke sini. Budak-budak mesti suka tengok mainan banyak dalam bilik gini. Senang nak ke sana naik mrt je kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya boleh gunakan mrt atau yang lain macam monorel, lrt dan bas

      Delete
  15. This looks interesting!
    Will visit will my daughter for a short vacation very soon!
    Thanks!

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.