Header Ads



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Kembali lagi dalam rancangan 'Kisah Seram Apa Minggu Ini?' Kisah seram pertama yang akan aku kongsikan pada tahun 2020 ini adalah mengenai kisah seorang yang berjumpa dan diganggu oleh pontianak di dalam lif. Jemput baca sehingga tamat cerita ya! 



 Bertemu Pontianak di Dalam Lif

Kejadian berlaku sewaktu aku bekerja sbg receptionist kat satu resort bertaraf 5 bintang.. Aku waktu ni masih baru beberapa bulan kerja dekat situ, dan waktu shift aku masa ni shift petang.. 3 pm sampai 11 malam.. Masih ada beberapa ketibaan guest hotel yg belum sampai, kebanyakkan akan tiba di hotel sekitar waktu malam dan tgh malam.. Aku ditempatkan di wing hotel yg x berapa sibuk, lebih tepat lagi di bahagian bilik yg eksklusif.. Bilik yg ada guest pun tak banyak..

Bila tiba waktu maghrib, dalam jam 6 pm bgtu.. Supervisor aku suruh pg check keadaan bilik yg akan di gunakan oleh guest malam nanti.. Bilik ni dah bersih sebenarnya tapi entahla.. Supervisor aku nak pastikan bilik tu perfect.. Xde barangan rosak ke.. Semua berfungsi dgn baik gitu.. Bilik ni kat level 2, wing ni cuma ada 5 level termasuk ground level.. Aku dgn senang hati pegi jer.. Dah supervisor suruh kan. Tapi sebelum aku naik atas, service leader aku bagitau hati hati dekat atas tu.. Dan bila aku nak naik lif pegi atas, concierge yg jaga lif tanya aku nak pegi mana? Aku jawab kat atas, nak check bilik.. Dia pandang aku pastu kata,  aik, sorang ja.. Xda kawan? Aku kata,  ha'ah sorang la.. Aik, tak takut ka? Balas kawan tu.. Aku senyum ja.. Hati hati la.. Tambah si kawan..



Sampai depan bilik, aku pandang la sekilas kat kawasan sekitar.. Ada la aku ternampak macam cik pon kat penjuru level tapi aku buat x endah.. Walau dalam hati aku berdebar debar tapi aku beranikan diri.. Aku swipe card, buka pintu sambil bagi salam.. Alhamdullillah kat dalam bilik ok, semua bersih, peralatan berfungsi dgn baik.. Dah siap inspect semua.. Aku keluar dari bilik.. Dekat luar cuaca dah gelap, dan xda orang langsung.. Sunyi.. Lampu koridor ja yg menerangi kawasan tu.. Aku terus berjalan menuju lif, tekan butang ground floor dan tunggu pintu lif bukak..

Ting..!! Dalam lif tu, di bahagian tepi.. Cik pon kita tengah bersidai dgn elegennya sambil pandang aku.. Magiknya, waktu ni aku x rasa takut langsung.. Kaki lembik, muka pucat xda.. Aku masukdan berdiri di bahagian tepi juga bersebelahan dgn cik pon.. Lif tu pun x la besar, jadi kedudukan kami betul betul sebelah ja.. Aku pandang dia, dia pandang aku.. Aku tanya dia;

A: ko buat apa?
P: nak takut kan ko, tapi x boleh pula..

Sampai bawah, pintu lif buka.. Aku pun keluar.. Cik pon kekal di dalam lif..

Utk pengetahuan, kawasan lobi telah di pagar oleh org pandai sewaktu wing ni siap dulu.. Sebab kisah yg berlaku waktu wing ni dalam pembinaan pun horror juga.. Sampaikan pihak hotel terpaksa panggil org utk buat supaya kawasan wing boleh dihuni guest..

Artikel Berkaitan : [ Kisah Seram : Penunggu Banglo Lama ]

Sekian

Sumber : Forum

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Previous Post Next Post