Jom Berbuka Puasa di Fiesta Rasa Muhibah, Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Tak sangka kan bulan Ramadhan semakin menghampiri? Ya, kita semakin hampir ke bulan Ramadhan. Yang mana belum ganti puasa tu, bolehlah mula ganti ya! Baiklah, untuk kali ini aku nak berkongsi dengan anda satu tempat iftar menarik. Tempat iftar ini juga bertema iaitu FIESTA RASA MUHIBAH . In shaa Allah aku akan cuba berikan maklumat dan penjelasan secara penuh. Jemput baca sehingga akhir ya! ✌😎

 FIESTA RASA MUHIBAH 


Hari makin hari, kita semakin hampir ke bulan Ramadhan. Tak sabar pula rasanya untuk berpuasa dan beribadah di bulan Ramadhan yang mulia ini. Essence yang merupakan "Signature Restaurant" di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur meraikan kedatangan dan kemeriahan bulan Ramadhan dengan mengadakan FIESTA RASA MUHIBAH dengan menyajikan pelbagai hidangan yang istimewanya di hasilkan oleh Chef Hazif Ramli dan pasukannya. 


Lokasi yang strategik iaitu ditengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur juga berhampiran dengan pengangkutan awam seperti LRT Dang Wangi dan Stesen Monorel Medan Tuanku, Restoran Essence di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur menawarkan suasana berbuka puasa yang bebeas daripada kesibukan bandar yang sesuai untuk anda berbuka puasa atau iftar bersama keluarga mahupun rakan-rakan. 

 MENU MENARIK 

Kambing Carik & Nasi Hujan Panas

Antara menu menarik yang disediakan untuk FIESTA RASA MUHIBBAH ini adalah seperti Kambing Carik [ marinated in a special homemade spice rub ] dan disertakan bersama Nasi Hujan Panas [ uses natural colouring sourced from fresh turmeric, beetroot and pandan leaves 

Itik Salai Masak Lemak Cili Padi

Asam Pedas Ikan istimewa Chef Hazif

Untuk merEka yang sukakan masakan pedas,  anda boleh mencuba [smoky goodness of ] Itik Salai Masak Lemak Cili Padi atau Asam Pedas Ikan istimewa Chef Hazif.

Daging Dendeng & Lemang

Satu lagi hidangan yang tak dapat dilepaskan untuk bulan Ramadhan ialah Daging Dendeng yang disertakan bersama Lemang



Untuk memberikan pengalaman atau suasana seperti di Bazar Ramadhan, Gulai Kawah juga disediakan bersama-sama dengan gerai-gerai kecil yang tersedia sepanjang bulan Ramadhan. Gerai-gerai kecil ini menyediakan makanan seperti pisang goreng, nangka goreng dan keladi goreng. Selain itu, terdapat juga menu seperti sate ayam dan sate daging, Roti John, Roti Canai, Murtabak Ayam dan Shawarma Ayam

Sira Pisang Raja

Sago Gula Melaka

Pengat Durian

Oh ya, tidak dilupakan juga untuk manisan. Manisan yang disediakan untuk FIESTA RASA MUHIBBAH ini dalah bercitarakan Malaysia dan sinonim dengan manisan rakyat Malaysia seperti Sira Pisang Raja, Sago Gula Melaka dan Pengat Durian yang popular dan pelbagai lagi manisan menarik.

 SENARAI HARGA TEMPAHAN 

Promosi khas untuk mereka yang menempah awal (early bird) harganya adalah hanya RM98 nett seorang dan tempoh tempahan adalah dari 1 Mac sehingga 23 April 2020. Manakala untuk harga biasa, FIESTA RASA MUHIBAH ini harganya adalah RM148 nett seorang untuk dewasa, untuk kanak-kanak pula adalah RM74 nett seorang. Tempoh tempahan adalah dari 24 April sehingga 23 Mei 2020. 

TEMPAHAN EARLY BIRD 
Tempoh : 1 Mac - 23 April 2020
Harga :  RM98 nett

TEMPAHAN BIASA
Tempoh : 24 April - 2 Mei 2020
Harga : RM148 nett

Sepanjang tempoh ini, ahli bagi Club Marriot dan Marriott Bonvoy, dan juga beberapa pemegang kad yang terpilih boleh menerima potongan diskaun sebanyak 20%!

 PROMOSI KATERING 

Sepanjang bulan Ramadhan, majlis iftar korporat atau private juga boleh dijayakan di hotel ini. Dengan harga RM98 net seorang, promosi katering ini hanya memerlukan minimum tempahan seramai 50 orang sahaja.

 PAKEJ KAREEM - PAKEJ PENGINAPAN 

Menjalankan ibadah puasa di hotel dengan Pakej Karem, pakej dengan bilik termasuk dengan sahur, dengan 20% diskaun untuk iftar di FIESTA RASA MUHIBAH dengan harga RM315++ untuk semalam selain dapat menggunakan kemudahan yang ada di hotel ini. 


 BUTIRAN UNTUK TEMPAHAN 

Tempahan Iftar : 
Telefon : +6012 337 9980
Emel : dining.specialist@sheraton.com

Tempahan Katering (minimum 50 orang) :
Emel : sales.kulsis@sheraton.com

Tempahan Bilik : 
Emel : res.kulsi@sheraton.com

Pertanyaan Am :
Telefon :  +603 2717 9900

 SHERATON IMPERIAL KUALA LUMPUR HOTEL 

Laman Web :  www.sheratonimperialkualalumpur.com
Facebook : @sheratonimperialkl
Instagram :  @sheratonimperialkl 

-------

JUTAAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN BUAT HOTEL SHERATON IMPERIAL KUALA LUMPUL ATAS JEMPUTAN UNTUK PREVIEW RAMADHAN INI

13 comments:

  1. Alaaa terliurnya tengok asam pedas tu hehe..memang menarik nampak semua menu. Pasni tau dah nak plan buka puasa kat mana kalo kat KL

    ReplyDelete
  2. Tengok gambar ko Aeril, akak bleh jilat skrin. Sedapnya la semua menu tu. Memang kena tekak dengan masakan melayu asli gitu. Dekat je hotel ni. Nanti nak plan berbuka kt sini. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  3. Bila Ramadan memang mewah bab makanan pilih aje mana nak makan... hotel 5 bintang mcm kat Sheraton ni mesti sedap dan berbaloi dgn wang ringgit yg dibelanjakan.

    ReplyDelete
  4. Allahu terliur betul tengok semua menu2 yg ada disediakan kat sana tuu, especially kambing tu mmg favourite betul tuu hehe. Teringin jugak nk try 😁

    ReplyDelete
  5. Menarik, lama tak pergi buffet ramadan. Tahun ni macam nak try jugaklah pergi. Bolehlah save tempat ni dalam list, nampak menarik dan sedap hidangan yang disediakan.

    ReplyDelete
  6. Prghh mkanana dia.. Tengok gamabr pun macam real ye.. Boleh masuk dalam list tempat berbuka puasa ni. .Semua nampak sedap

    ReplyDelete
  7. Ya ampun nampak sedap2 sungguh la makanan nya.. tgk sira pisang tu je dah terliur...teringat kat arwah nenek suka buat utk kami makan... hmm alfatihah...

    ReplyDelete
  8. Bial time nak Ramadhan memang akan meriah sana sini dengan juadah buffet Ramadhan kan. Tuh yang seronok nak berbuka sebab bermacam macam pilihan menu ada.

    ReplyDelete
  9. Sedapnya lahai bubur tu. Makanan lain pun tak kurang hebatnyaa. Harga pun berbaloi dgn hidangan yg disediakan. Boleh le cuba nanti

    ReplyDelete
  10. Amboiiii... semuanya menyelerakan ya Aerill... macam mana nak diet ni?... hehehehe... asam pedas tu sungguh memikat kalbuku gitu.. dengan pantas, akan ku listkan tempat ini sebagai port berbuka puasa yang boleh dipertimbangkan...

    ReplyDelete
  11. Sheraton ni jangan kata bilik dan servis dia bagus, makanan dia pun memang mewah dan sedap, lagi laa kalau buffet ramadhan, rata-rata kawan yang pernah ke sini semua kata sedap...harga pun berbaloi kan..

    ReplyDelete
  12. Best kan menu buffet ramadan kat Sheraton ni. Sis paling suka itik salai masak lemak cili api. Fav tu. dah la mudah nak ke sini sebab ada stesen monorel kat depan tu. pastu ada pakej bilik sekali.. best best

    ReplyDelete
  13. Hotel Sheraton selalu menampilkan hidangan buffet ramadan yg sangat enak. Suka dgn menu highlightnya tahun nie

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.