Review Hotel Sri Parkpra Resort, Phatthalung, Thailand

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Di saat aku menulis artikel ini, aku dapat berita bahawa PKP iaitu Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan untuk fasa ke 3.Walaupun pelbagai perasaan yang melanda, tapi aku rasa kita sebagai rakyat yang bertanggungjawab harus akur pada perintah yang dikeluarkan.

Jadi, sementara mengisi masa yang terluang ini, aku nak kongsikan dengan anda review dan ulasan aku mengenai sebuah hotel yang cantik dan menarik ini. Untuk pengetahuan mereka yang belum tahu, sebelum PKP dikuatkuasakan, beberapa minggu sebelum itu aku ada ikut satu trip yang dianjurkan oleh Tourism Authority Thailand Kuala Lumpur ke Thailand selama beberapa hari. ✌😎

 REVIEW HOTEL : SRI PARKPRA RESORT, PHATTHALUNG, THAILAND 




Ini merupakan lokasi kedua tempat penginapan kami sepanjang trip tersebut. Tempat penginapan pertama adalah di Satun Riverside Resort. Kalau berdasarkan peta Google Map di atas anda boleh lihat jarak resort ini daripada bandar-bandar di Selatan Thai seperti Hatyai dan sebagainya. Aku juga sengaja memperlihatkan Padang Besar di dalam peta untuk menunjukkan juga jarak dari Malaysia.



Sri Parkpra Resort ini terletak di wilayah Phatthalung, Thailand. Sampai sahaja di perkarangan Sri Parkpra Resort ni, aku terus terkesima dengan pemandangan dan juga keadaan sekitar resort ini. Penuh dengan kehijauan dan langit yang biru.




Yang lagi seronok, sebelum masuk ke tempat reception , kami disapa oleh pekerja-pekerja dan mereka memberi secawan air yang sungguh menyegarkan juga dengan tuala yang sangat sejuk. Ini pengalaman pertama aku dapat rasa servis sebegini.


 RUANGAN DALAM BILIK 


Aku dapat bilik bernombor 18. Masuk-masuk sahaja ke dalam bilik, aku sekali lagi terkesima dan terkejut dengan kecantikan dan kemewahan biliknya. Bagi aku bilik di resort ini sangat cantik, mewah dan konsepnya sangat unik. Mungkin bagi anda biasa-biasa sahaja, tapi bagi aku sangat cantik!



Apa pendapat anda? Aku suka keadaan bilik sebegini, dengan warna cerah dan satu lagi dapat lihat pemandangan tasik yang indah  betul-betul diluar tingkap. Sebenarnya risau jugak aku nak main buaian yang berada betul-betul ditebing tu. Tapi memang cantik bilik ni sebab ada ruangan untuk lepak di tepi beranda, melihat matahari terbenam pastinya sangat indah.





Antara makanan yang disediakan di dalam bilik. Aku tak cuba makanan ni, sebab aku masih kenyang dan juga menjaga ruang di dalam perut untuk makan malam. Tapi kalau anda nak ambil, kena lihat juga pada harga supaya anda mampu membayarnya.


 KOLAM RENANG 


Aku sempat juga berendam dan berenang beberapa minit di kolam renang yang terdapat di Sri Parkpra Resort ini bersama Dboy. Kalau dilihat dalam gambar, dihujung sana adalah tasik Thale Noi. Jadi memang bila berada di sini kita akan dapat rasa angin yang sepoi-sepoi bahasa datang daripada tasik tersebut.


Malam malam pada malam tersebut kami semua makan di Restoran View Yor yang terletak berdekatan juga dan sebenarnya merupakan sebahagian dari Sri Parkpra Resort. Tapi aku akan ceritakan tentang makan malam di artikel lain ya.

 SARAPAN PAGI 

Sarapan pagi keesokkannya kami makan di tempat makan yang terletak berdekatan dengan kolam renang. Ada banyak juga makanan yang disediakan termasuklah dengan makanan yang tidak halal. Jadi, aku hanya makan buah-buahan dan sedikit kuih muih yang halal. Oh ya, aku jugak ada makan omelet terlur yang dibuat asing, menggunakan kuali yang disediakan untuk mereka yang muslim.






Oh ya, sebelum bersarapan kami ada buat satu aktiviti diawal pagi selepas subuh ke tasik Thale Noi untuk melihat matahari terbit dan juga melihat bunga teratai. Anda boleh baca dalam artikel [ INI ] .

Kesimpulannya, Sri Parkpra Resort ini merupakan sebuah resort yang sangat sesuai untuk mereka yang inginkan ketenangan, jauh daripada hiruk pikuk bandar tetapi masih lagi mempunyai unsur kemewahan dan keindahan. Internet? Jangan risau sebab resort ini menyediakan  WIFI yang sangat laju.
LOKASI


ตำบล พนางตุง อำเภอ ควนขนุน พัทลุง 93150
Phanang Tung, Khuan Khanun District, Phatthalung 93150, Thailand
Telefon : +66 61 149 9494


#TATKL #TourismThailandKL #AmazingThailand #VisitThailand


Terima kasih diucapkan kepada Tourism Authority Thailand Kuala Lumpur di atas jemputan untuk program MET Satun-Phatthalung-Hatyai ini. Program ini berlangsung dari 27hb Februari 2020 sehingga 2hb Mac 2020

14 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Nampak tempat penginapan selesa. Makanan kat Thai ni senang cari tapi bukan semua muslim jadi kena request halal la kan?.

    ReplyDelete
  2. Ishh aeril ni kan best sungguh la review gini, za suka.. Rindu nak travel.. Suka tgk bilik dia ada buaian siap kan..

    ReplyDelete
  3. Bilik cantik gitu patut ajak orang teman. Tapi serius bilik tu cantik - I like! Pastu ada buaian plak tu - memang nampak grand

    ReplyDelete
  4. Menarik betul view dan dekorasi hotel ni. nampak ala-ala di desa sangat. berbaloi ni kalau nak stay sini kalau ke daerah sana.

    ReplyDelete
  5. Ya Allah bestnya...nampak tenang sangat stay sini...macam nak masuk list aje lepas PKP nak ke sini...serius Sis suka snagat!!

    ReplyDelete
  6. cantiknya view. rindu thailandview kampung kat sana memang cantik. bilik tu menarik betul ada buai kayu tu. lepas setel covid nak jjcm area sini lah. asyik2 hatyai je haha

    ReplyDelete
  7. Sekarang ni bila baca bab pelancongan memang rindu nak melancong tapi apa kan daya kena batalkan dulu niat selagi wabak Covid-19 ni tidak selesai.

    ReplyDelete
  8. Memang cantiklah biliknya. Saya pun terpegun tengok siap ada buaian di luar bilik. Tapi kita samalah takut nak naik buaian tu. Kalau duduk nak bergambar boleh la kot.

    ReplyDelete
  9. Cantiknya bilik. Besar dan tenang. Saya pun suka. Luar bilik pun nampak cantik siap ada buaian di tebing. Kalau saya pun rakut nak naik buaian tu. Hahaha.. Kalau duduk sekejap buat ambil gambar je bolehlah.

    ReplyDelete
  10. Alahai rindu nak travel ke Thailand... harap plan lepas PKP ni menjadi, suka tengok bilik hotel tempat awak stay ni... nampak selesa sekali siap ada buai tu memang rare sangat, kolam renang pun nampak best jer..

    ReplyDelete
  11. Wah dari luar hotel nmpk biasa biasa je. Dah masuk ya ampun CANTIK! Tak sabar nk bercuti weh lepas tgk gmbr gmbr ni. Insyallah pada masa terdekat boleh plan pergi thailand.

    ReplyDelete
  12. cantik tempat ni, risau dengan industri pelancongan due to pkp ni. dah 2 hotel di negara kita shut down.

    ReplyDelete
  13. wow! gojes sgt view bilik tu, aerill.
    ada buai tu hah, boleh la fefeeling di ptg hari, kan.
    bersih yg amat biliknya.
    luarannya klasik, kan. tak moden. suasana gini yg pelancong inginkan.
    the real thailand gitew. malam sure sejuk ekk :)

    ReplyDelete
  14. SELAMAT HARI RAYA!!! Best entry ini :) done follow, follow me back.. thanks P6
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post