Assalamualaikum dan salam sejahtera



Apa khabar buat rakan-rakan dan pembaca sekalian? Kalau sebelum ini aku ada menulis artikel tentang "10 Sinetron Indonesia Yang Pernah Popular di Malaysia.", kali ini aku nak kongsikan dengan anda senarai 20 drama korea yang perlu anda tonton.  Di dalam artikel ini aku akan kongsikan senarai 20 drama yang ditayangkan di Korea Selatan sejak tahun 2005 sehinggalah sekarang.


Sebenarnya senarai drama ini adalah senarai drama Korea yang aku pernah tonton dan aku rasa best dan perlu untuk ditonton oleh anda semua. Mungkin citarasa kita berbeza, atau ada beberapa drama yang bagi anda langsung tak best, tak menarik dan sebagainya, tapi aku tak kisah sebab anda boleh buat senarai anda sendiri.✌πŸ˜…

1) My Girl (2005 -2006)



Jumlah Episod : 16


Sebuah Drama Korea yang ditayangkan pada tahun 2005, dibintangi oleh pelakon Lee Da-hae, Lee Dong-wook, Lee Joon-gi dan Park Si-yeon. Menceritakan tentang kisah seorang perempuan , Yoo-rin yang hidup dalam keadaan susah apabila bapanya ketagihan judi, mula berkomplot bersama Seol Gong-Chan untuk berlakon sebagai cucu atuknya yang telah lama hilang. Pelbagai kisah lucu dan menarik berlaku sepanjang perjalanan kisah mereka. 

πŸ‘‰Antara drama Korea terawal yang aku tonton dan download. Walaupun jalan cerita mcam klishe dan lakonan pun biasa-biasa sahaja, tapi aku terhibur.

2) Princess Hours (2006)



Jumlah Episod : 24


Drama Princess Hours atau juga dikenali sebagai Goong ini ditayangkan pada tahun 2006. Dilakonkan oleh Yoon Eun-hye, Ju Ji-hoon, Kim Jeong-hoon dan Song Ji-Hyo. Sebuah drama mengenai Korea fiksyen yang mempunyai institusi raja, drama ini memfokuskan pada kehidupan Putera Raja Lee Shin dan bakal isterinya Chae-kyeong.

πŸ‘‰ Drama yang penuh dengan babak lucu. Aku suka lakonan Yoon Eun-hye yang bersahaja. Tak sangka pulak Song Ji-Hyo ada jugak dalam drama ni.

3) Coffee Prince (2007)



Jumlah Episod : 17


Drama Coffee Prince yang ditayangkan pada tahun 2007 dilakonkan oleh Yoon Eun-hye, Gong Yoo, Lee Sun-kyun dan Chae Jung-an. Drama ini menceritakan tentang kisah romantik antara seorang perempuan tomboi, yang bertindak memakai pakaian seperti lelaki untuk kerja di sebuah kedai kopi yang dimiliki oleh seorang pemuda kacak. 

πŸ‘‰ Lakonan Yoon Eun-hye memang sangat best! Btw teringat pulak yang Malaysia pun ada versi drama ni tapi cringe la nak tengok.

4) Boys Over Flowers (2009)



Jumlah Episod : 25


Salah satu drama paling hit di Korea sehingga ke beberapa negara Asia yang lain, drama Boys Over Flower ini diadaptasi daripada manga Jepun Hana Yori Dango. Plot drama ini mengisahkan tentang seorang perempuan daripada keluarga sederhana yang berhadapan dengan sekumpulan lelaki kaya di sekolahnya. Drama ini dilakonkan oleh Ku Hye-sun, Lee Min-ho, Kim Hyun-joong, Kim Bum, Kim Joon dan Kim So-eun. 

πŸ‘‰ Aku rasa ini drama Korea pertama aku tonton. Jalan cerita yang menarik. Aku ada jugak tonton versi Jepun. Dua-duanya best.

5) You're Beautiful (2009)



Jumlah Episod : 16 Episod


Drama You're Beautiful ini ditayangkan pada tahun 2009 dan dibintangi oleh Jang Keun-suk, Park Shin-hye, Jung Yong-hwa (CN Blue) dan Lee Hong-gi (F.T. Island). Drama ini mengisahkan tentang sebuah kumpulan muzik A.N. JELL dan bagaimana hubungan terjadi apabila seorang perempuan menyamar sebagai kembar lelaki dan sertai kumpulan muzik tersebut. 

πŸ‘‰ Aku suka jalan ceritanya walaupun nampak macam mustahil tak perasan jantinanya. Banyak yang kelakar.

6) Prosecutor Princess (2010)



Jumlah Episod : 16


Drama Prosecutor Princess yang ditayangkan pada tahun 2010 ini dilakonkan oleh Kim So-yeon, Park Si-hoo, Han Jung-soo dan Choi Song-hyun.  Mengisahkan tentang Ma Hye-ri yang sukakan fesyen berusaha dalam menjadi seorang pendakwaraya yang berjaya.

πŸ‘‰ Aku tak pasti sama ada drama ini hits atau tak, tapi aku suka sebab ada babak-babak penyiasatan dan sebagainya. Lagi satu aku suka tengok macam mana watak utamanya berusaha untuk jadi pendakwaraya yang terbaik.


7) Personal Taste (2010)



Jumlah Episod :  16


Personal Taste merupakan sebuah drama yang ditayangkan pada tahun 2010, dilakonkan oleh Son Ye-jin dan Lee Min-ho. Mengisahkan tentang seorang pereka perabot, Park Kae-in yang tinggal bersama seorang arkitek, Jeon Hin-ho dengan bersangka bahawa dia seorang lelaki gay.

πŸ‘‰ Antara drama yang kelakar jugak, sebab aku suka lakonan pelakon-pelakonnya. Jalan cerita juga lain daripada yang lain.

8) Heartstrings (2011)



Jumlah Episode : 16


Drama Heartstrings yang dilakonkan oleh Park Shin-hye dan Jung Yong-hwa ini ditayangkan pada tahun 2011. Sebuah drama yang mengisahkan cinta, persahabatan dan impian di sebuah kolej seni persembahan. Drama ini juga menggabungkan Jung Yong-hwa dan Park Shin-hye dimana mereka pernah berlakon dalam drama You're Beautiful (2009)

πŸ‘‰Antara drama yang aku suka sebab berlatar belakangkan muzik. Juga siapa yang tak suka lakonan Park Shin-hye kan?

9) The Heirs (2013)



Jumlah Episod :  20


Drama The Heirs juga dikenali sebagai The Inheritors dilaonkan oleh Park Shin-hye, Lee Min-ho dan Kim Woo-bin. Drama ini telah ditayangkan pada tahun 2013 dan mengisahkan tentang sebuah sekolah khas untuk mereka yang kaya dan elit, plotnya mengenai perbezaan dua golongan, persahabatan, adik beradik dan keluarga. Drama ini mendapat liputan meluas di seluruh Asia.

πŸ‘‰Drama yang aku suka sebab jalan ceritanya yang penuh liku-liku. Juga drama ini menampilkan hero dan heroin yang aku rasa sepadan dan lakonan yang meyakinkan.

10) Fated To Love You (2014)


Jumlah Episod : 20

Drama Fated to Love You juga dikenali dengan judul lain iaitu You Are My Destiny dilakonkan oleh Jang Hyuk, Jang N-ra, Choi Jin-hyuk dan Wang Ji-won. Drama ini telah ditayangkan pada tahun 2014 dengan sebanyak 20 episod. Drama ini juga menemukan kembali Jang Hyuk dan Jang Na-ra yang sebelum ini pernah berlakon bersama dalam sebuah drama lain 12 tahun sebelumnya. Drama ini mengisahkan bagaimana mereka berdua terikat apabila masing-masing terlanjur pada satu malam dan akhirnya mengandung.

πŸ‘‰ Aku suka drama ni sebab lakonan mereka yang sangat sweet dan romantik. 

11) Pinocchio (2014-2015)




Jumlah Episod : 20


Drama Pinocchio ditayangkan pada tahun 2014 hingga 2015, dilakonkan oleh Lee Jong-suk, Park Shin-hye, Kim Young-kwang dan Lee Yu-bi. Mengisahkan tentang bagaimana media memanipulasikan kisah yang terjadi yang menyebabkan keluarga porak peranda. Juga plotnya mengenai kekeluargaan, dendam dan syndrome Pinocchio dimana mereka yang mendapat syndrome ini tidak boleh menipu. 

πŸ‘‰ Again, lakonan Park Shin-hye, memang menakjubkan. Aku suka drama ni sebab ada unsur penyiasatan yang buatkan drama ini lebih seronok untuk ditonton.


12) Cheo Yong (2014 & 2015)



Jumlah Episod :  20


Drama penyiasatan popular, Cheo Yong ditayangkan pada tahun 2014 untuk musim pertama dengan 10 episod manakala pada tahun 2015 untuk 10 episod juga. Mengisahkan tentang Detektif Yoon Cheo-yong yang memiliki keupayaan luar biasa apabila boleh melihat, mendengar dan menyentuh hantu. Cheo-yong menyelesaikan kes misteri, kes yang tidak diselesaikan dengan rakan sekerjanya Ha Sun-woo dan Han Na-young, hantu seorang remaja sekolah.

πŸ‘‰ Sekali lagi, aku suka drama yang bertemakan penyiasatan. Tambahan pulak ada unsur-unsur mistik yang membuatkan drama ini lagi seronok untuk ditonton.


13) Legend of the Blue Sea (2016)



Jumlah Episod :  21


Drama Legend of the Blue Sea ini ditayangkan pada tahun 2016 dan 2017 dibintangi oleh Jun Ji-hyun dan Lee Min-ho. Mengisahkan tentang percintaan antara Heo Joon-jae, anak kepada peniaga yang berjaya juga menjadi seorang con-man selepas ibu bapa bercerai, dan seorang ikan duyung yangg bernama Shim Cheong. Plotnya juga berkisarkan tentang kelahiran semula, cinta dan juga nasib. Mempunyai dua era yang berlainan.

πŸ‘‰ Drama yang menarik kerana menampilkan dua era dan juga lagenda duyung.


14) W \ W-Two Worlds (2016)


Jumlah Episod : 16

Drama W - Two Worlds ini disiarkan pada tahun 2016, dan dibarisi pelakon Lee Jong-suk dan Han Hyo-joo. Filem ini menceritakan tentang pertembungan dua dunia yang berbeza iaitu dunia sebenar dan juga dunia di dalam webtoon. Plotnya bertemakan pembunuhan, dendam dan kekeluargaan.

πŸ‘‰ Salah satu drama fiksyen yang menarik sebab ideanya aku tak pernah dengar dalam mana-mana drama lagi.


15) Jealousy Incarnate (2016) 


Jumlah Episod : 24

Jealousy Incarnate, sebuah drama yang ditayangkan pada tahun 2016 ini dilakonkan oleh Gong Hyo-jin, Jo Jung-suk, Go Kyung-pyo, Lee Mi-sook, Park Ji-young, Lee Sung-jae dan Seo Ji-hye. Drama ini mengisahkan bagaimana seorang gadis cuaca berusaha untuk menjadi seorang penyampai berita di samping kisah percintaan yang berlaku dengan rakan sekerja di stesen penyiaran yang sama. 

πŸ‘‰ Drama yang bagi aku menarik sebab ada babak-babak kelakar serta isu-isu menarik contohnya tentang pekerjaan sebagai seorang pembaca berita.


16) The Doctors (2016)


Jumlah Episod : 20

Drama The Doctors ini disiarkan pada tahun 2016 dengan 20 episod Dilakonkan oleh Kim Rae-won dan Park Shin-hye, drama ini sangat popular  kerana menampilkan tema doktor. Drama in mengisahkan tentang seorang perempuan yang diwaktu sekolahnya seorang yang lasak dan gangster, kemudian berubah ketika membesar apabila berjumpa dengan mentornya. Kemudian mereka kembali bertemu lagi selepas 1 tahun di hospital yang sama. 

πŸ‘‰ Aku mula suka drama yang memberi fokus dalam pekerjaan, contohnya macam drama ini, kita boleh lihat penceritan mengenai doktor adalah lebih mendalam.

17) Romantic Doctor, Teacher Kim (2016 -2017)


Jumlah Episod :  21

Drama Romantic Doctor, Teacher Kim ditayangkan pada tahun 2016 hingga tahun 2017. Dilakonkan oleh Han Suk-kyu, Yoo Yeon-seok dan Seo Hyun-jin, drama ini mendapat review positif mengenai plot dan juga lakonan hebat pelakon-pelakonnya. Drama ini mengisahkan bagaimana seorang doktor pakar yang berjaya dan berada diatas, menghilangkan diri, kemudian menukar nama dan bekejra di sebuah hospital kecil.  

πŸ‘‰ Pertama kalinya aku tonton drama ini di televisyen bersama keluarga. Sangat best sebab fokusnya lebih pada pekerjaan doktor dan keadaan hospital.


18) Goblin \ Guardian : The Lonely and Great God (2016-2017)



Jumlah Episod : 19

Drama Goblin atau dengan nama lainnya Guardian : The Lonely and Great God merupakan sebuah drama hebat dan hits dilakonkan oleh Gong Yoo, Kim Go-eun, Lee Dong-wook, Yoo In-na dan Yook Sung-jae. Plot di dalam drama ini mengisahkan beberapa elemen seperti kelahiran semula, percintaan,  goblin, grim reaper dan sebagainya. 

πŸ‘‰ Antara drama yang memerlukan konsentrasi yang tinggi sebab mempunyai dua era yang perlu penonton lihat. Plotnya jugak menarik.


19) What's Wrong with The Secretary Kim? (2018)


Jumlah Episod : 16

Drama What's Wrong with Secretary Kim? ditayangkan pada tahun 2018. Drama ini dilakonkan oleh Park Seo-joon dan Park Min-young. Plot drama ini berkisarkan tentang seorang Timbalan Pengerusi syarikat dan setiausaha beliau yang akan berhenti setelah bekerja selama 9 tahun. 

πŸ‘‰ Drama Korea pertama aku tonton sejarah penuh di Netflix. Kalau sebelum-sebelum ini aku download dan tonton di PC.



20) Wok Of Love (2018)


Jumlah Episod : 19

Drama Wok Of Love, ditayangkan pada tahun 2018, dilakonkan oleh Lee Jun-ho, Jang Hyuk dan Jung Ryeo-won. Drama ini mengisahkan tentang bagaimana sekumpulan lelaki dan wanita bekerja di sebuah restoran China kecil yang dikenali sebagai Hungry Wok

πŸ‘‰ Drama paling latest aku tonton di TV bersama keluarga. Mulanya mak dan adik beradik aku yang tengok,lepas tu aku terjebak jugak.

Credit : Google Image | Wikipedia

Jadi macam mana? Ada tak drama yang anda pernah tonton? Mungkin anda pulak boleh berikan cadangan tentang drama apakah yang perlu aku tonton pulak lepas ni. Apa-apapun terima kasih sebab dan baca sehingga ke penamat artikel ini.

Artikel Berkaitan : 

4 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Previous Post Next Post