"Hilang" Pertaruhan Terbaru Kumpulan Umbrella

Assalamualaikum dan salam sejahtera


“HILANG” PERTARUHAN BAHARU UMBRELLA

Yakin lagu “Hilang” bakal cipta fenomena baharu.

Perjalanan seni Umbrella kembali mengorak langkah dengan terlancarnya lagu terbaharu mereka berjudul “Hilang”. Lagu terbitan Black Deck Entertainment, diedarkan oleh MVM Production, boleh distrim di semua platform digital muzik hari ini. Menurut Umbrella, biarpun berasa amat teruja namun mereka berdebar-debar menantikan reaksi peminat-peminat Umbrella terhadap lagu ini, memandang sudah hampir 10 tahun mereka tidak merakamkan lagu.

Dianggotai empat orang ahli asal kumpulan ini iaitu Hafizz, Rizal, Saiful dan Zarul, kemunculan Umbrella kali ini  mempertaruhkan sebuah lagu ciptaan empat orang komposer muda, Shouk Azis, Bidin Alzaifa, Zabbe Zharin dan Riff, manakala lirik lagu ditulis oleh Shouk Azis dan Bidin Alzaifa. Pada jam 5 petang hari 26 Ogos juga, video muzik lagu Hilang telah ditayangkan buat pertama kali kepada umum di saluran YouTube milik MVM Production.

Memilih Tasik Biru Kundang, Rawang, Selangor sebagai lokasi utama, penggambaran video muzik Hilang disiapkan dalam masa satu hari sahaja. Idea jalan cerita video muzik Hilang berkonsepkan naratif, diilhamkan oleh pengurus Umbrella, Dato’ Rizal, dan telah diarahkan sendiri oleh komposer Shouk Azis. Selain menampilkan kesemua ahli kumpulan Umbrella, video muzik Hilang menggandingkan Zarul dengan seorang bintang muda, Natasha Elyzza, sebagai teraju utama. 

Turut menyerikan video muzik Hilang adalah penampilan eksklusif pelakon versatil, Zulin Aziz, yang telah sudi bekerjasama dengan Umbrella sebagai tanda sokongan terhadap kumpulan kegemarannya.

Menurut Umbrella, mereka yakin dengan kekuatan melodi dan susunan muzik yang menggabungkan elemen 90an dan moden, lagu Hilang mampu bersaing dengan lagu-lagu balada sedia ada malah berpotensi untuk mengulangi kejayaan lagu Ramalanku Benar Belaka, yang pernah menjadi satu fenomena yang mengangkat populariti Umbrella.

Saksikan video muzik Hilang daripada Umbrella, di: https://youtu.be/wijXnHd3V0o

Dapatkan maklumat dan perkembangan terkini mengenai Umbrella di akaun media sosial:

SEKIAN

5 comments:

  1. Boleh hits macam dulu ke ni??
    Macam tak percaya je..
    Tapi ok la dari senyap sunyi..
    Kesian peminat2 yang menyokong masa gegar Vaganza dulu, menyepi lama sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya yg menyokong masa GV tu lebih kepada Zarul, bukan kepada grup dia, lepas GV Zarul ada lagu baru di tahun 2017 dan 2018 iaitu Jangan Pernah dan Remuk ..xde la dia menyepi cumanya takde popular sgt jer

      Delete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.