Lawatan ke Ladang Buah Naga - HL Dragon Fruit Eco Farm, Sepang, Selangor

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Buah Naga, atau dalam bahasa saintifiknya Hylocereus undatus merupakan salah satu buah-buahan yang mula mendapat perhatian di Malaysia. Tahukah anda di Malaysia juga terdapat ladang buah naga? Bagaimana pula rupa pokok dan cara tanaman buah naga?

Baru-baru ini aku ada sertai satu program FAM TRIP Kita Ke Kampung anjuran UPEN SELANGOR, Majlis Kebudayaan Negeri Selangor dan Gaya Travel Magazine. Fam Trip ini membawa kami semua, media, blogger dan influencer untuk merasai pengalaman kampung. Di dalam program tersebut, salah satu aktivitinya adalah lawatan ke sebuah ladang buah naga dan melihat dan mencuba pelbagai makanan berasaskan buah naga.


HL DRAGON FRUIT ECO FARM



Ladang buah naga yang kami lawati adalah HL Dragon Fruit Eco Farm. HL Dragon Fruit Eco Farm ini terletak di daerah Sepang, Selangor. Di sini, anda berpeluang untuk melawat kawasan ladang buah naga, melihat bagaimana pokok buah naga ditanam.


Buat pertama kalinya juga aku melihat buah naga berwarna kuning. Sebelum ini, setahu aku buah naga hanya mempunyai variasi warna merah sahaja kulitnya, dan isinya berwarna putih dan ungu sahaja. Tetapi kali ini aku melihat buah naga berwarna kuning.


Mengikut info yang diberikan, jenis buah naga berwarna kuning merupakan jenis yang susah untuk hidup. Selain itu, harganya yang agak mahal, disebabkan itu lebih banyak buah naga merah yang ditanam. Diladang ini sahaja, hanya beberapa pokok buah naga kuning sahaja yang ditanam.




Fakta Menarik : Pokok Buah Naga merupakan keluarga kaktus. Melihat pada batangnya sahaja anda boleh agak bahawa ia tergolong dalam keluarga kaktus. Cara menanam pokoknya juga senang sahaja, hanya perlu mencantas batang dan kemudian terus tanam di tanah yang subur.



Di daerah Sepang ini, aku dapat lihat banyak juga ladang buah naga. Sepanjang perjalanan ke Homestay Banghuris dan ke ladang buah naga ni, memang banyak tanaman buah naga. Pastinya tanaman buah naga disini sangat baik dan juga menguntungkan.



HL RESTAURANT & CAFE


Satu lagi tarikan menarik di sini adalah menu makanan berasaskan buah naga! Terletak di kawasan yang sama, sebelum anda ke HL Dragon Fruit Eco Fruit Farm dan melawat buah naga, anda akan masuk ke kawasan HL Restaurant & Cafe yang menawarkan pelbagai produk dan menu makanan menggunakan buah naga sebagai bahan utama.


Selepas melawat ladang buah naga, berpanas dan berpeluh, tibalah masa untuk anda makan dan nikmati pelbagai hidangan sedap-sedap belaka yang menggunakan buah naga didalam resipinya.



HL Dragon Fruit Fried Rice




Dalam banyak-banyak menu,  yang menarik perhatian aku adalah HL Jumbo Curry Chicken Dragon Fruit Bun. Ia adalah roti berbentuk bulat, dan kemudiannya dipotong dengan cara unik, kemudiannya di bahagian dalam terdapatnya kari ayam. Kemudian anda boleh makan roti tersebut dengan kuah kari ayam itu. Cara persembahan menu ini begitu menarik kerana perlu ada kemahiran untuk memotong dan menghidang.

HL Jumbo Curry Chicken Dragon Fruit Bun


Selain itu, terdapat juga minuman buah naga yang begitu sedap dan mampu menghilangkan dahaga dengan pantas! 


Lawatan ke HL Dragon Fruit ECO Farm sememangnya memberikan pengalaman baru dan menarik untuk aku. Melihat dan mendengar penerangan tentang buah naga, sememangnya satu info terbaru yang berharga.

Mencuba dan menikmati makanan dan minuman menggunakan buah naga sebagai bahan pula memberikan rasa yang unik, sesuatu yang segar dan aku rasa berpotensi untuk dikomersilkan untuk pasaran yang lebih besar.



LOKASI


Alamat : Lot 7608, Jalan Besar, Baru Satu, 43900, Sepang, Selangor, Malaysia
Tel :+601 153577687
Emel : hlrestaurantandcafe@hotmail.com
Laman Web : https://hlrestaurantandcafe.business.site/


#KitaKeKampung #KitaKanSekampung #PusingSelangorDulu #BudayaSelangor #travellocal #travelsafe #GayaTravel

Program Kita Ke Kampung yang berlangsung dari 24 Julai - 27 Julai ini dibawakan oleh UPEN Selangor, pengurusan oleh Majlis Kebudayaan Negeri Selangor dan disokong oleh Gaya Travel Magazine

23 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Saya klu dah dapat makan buah naga memang suka sangat. Tak pernah lak makan buah naga warna kuning...

    ReplyDelete
  2. bestnya.. and so creative. mesti sedap nasi dragon fruit tu. ada nampak kelibat abang azmi. hehe

    ReplyDelete
  3. Sedapnya buah naga. Nampak menyelerakan menu menu yang ada dekat situ.

    ReplyDelete
  4. Buah kegemaran akak ni.Kalau beli sebiji tak cukup. Tak makan nasi tak pe dah kalau dapat buah naga..

    ReplyDelete
  5. Menarik betul ek bun tu. Tak sangka plak banyak resipi menggunakan dragon fruit nie

    ReplyDelete
  6. wah bestnya!!! dapat tengok pokok2 buah naga, lagi2 yang rare (kuning)..

    menu2 berasaskan buah naga tu pun unik..

    ReplyDelete
  7. Buah naga nng kaya dengan khasiat. Pernah buat smoothie dan dan Sedap

    ReplyDelete
  8. Buah naga my feverrt.. Bestnya dpt pergi ladang dia.. Macam2 boleh uat dengan buah naga ye

    ReplyDelete
  9. sedap..suka buah naga.. rupanya mcm ganas tp lembut di DALAM haha

    ReplyDelete
  10. wa I wish to visit Buah Naga aka Hylocereus undatus farm too! Love all of it especially yang kuning itu, sweet tapi mahal!

    ReplyDelete
  11. Bestnya dapat melawat farm buah naga macam ni. Meriah dan macam-macam benda dapat belajar. Saya pun suka buah naga

    ReplyDelete
  12. Wow i love dragon fruits and did not know that there is a dragon fruit farm in sepang too.

    ReplyDelete
  13. long time didnt visit dragon fruit plantation.. so nice and have lots to tried up there ya...

    ReplyDelete
  14. Menarik dan unik menu berasaskan buah naga nie.. AM baru pertama kali tgk pokok buah naga.. selalu makan buah naga yang dah siap dijual d pasaraya

    ReplyDelete
  15. Wow memang mempersonakan dapat melawat ladang dragon fruit ni. Terkilan ternampak banyak hidangan yang boleh dibuat dengan dragon fruit. :)

    ReplyDelete
  16. The last stop of our excursion in the zone of 'all year products' of Burma is the fig or 'Tha dish thee' as it is called here. Fig is the normal name of a class of the mulberry family and the products of these plants. rare exotic fruits

    ReplyDelete
  17. It's actually a great and helpful piece of information. I am satisfied that you just shared this useful information for us.
    terminator 3 leather jacket

    ReplyDelete
  18. Our the purpose is to share the reviews about the latest Jackets,Coats and Vests also share the related Movies,Gaming, Casual,Faux Leather and Leather materials available Yankees Jacket

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post