Dumpling Kings & Phuture Daging Berkolaborasi Lancarkan Outlet Dumpling (Plant-Based Dumpling) Pertama di Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Dumpling Kings & Phuture Daging Berkolaborasi Lancarkan Outlet Dumpling (Plant Based) Pertama di Malaysia | Anda peminat dumpling? Teringin nak makan dumpling tapi tak tahu nak makan dekat mana? Okay, korang jangan risau sebab aku nak ceritakan tentang dumpling yang istimewa untuk anda semua!

DUMPLING KINGS & PHUTURE DAGING BERKOLABORASI LANCARKAN OUTLET DUMPLING (PLANT BASED) PERTAMA DI MALAYSIA

Baru-baru ini aku berpeluang untuk hadir ke sesi food tasting dan juga majlis pelancaran kolaborasi antara [ specialised plant-based meat dumpling franchise]  Dumpling Kings dan juga [plant-based meats foodtech companyPhuture Daging. Majlis yang istimewa ini diadakan di restoran Le Food, Subang Jaya, Selangor.

DUMPLING KINGS diusahakan oleh Shawn Pan & Lyn Teh, dan salah satu matlamat mereka adalah memberikan pengalaman baru dalam pemakanan dumpling dengan memberikan pilihan baru iaitu dumpling daging berasaskan tumbuh-tumbuhan. Mereka juga bermatlamat untuk memenuhi citarasa pengguna Muslim dengan pilihan dumpling yang pelbagai dan juga lebih sihat.

Dumpling Kings bakal melancarkan outlet pertama mereka di Lembah Klang pada suku keempat tahun 2020 dan akan membuka peluang kepada rakan bisnes untuk langkah kehadapan pada tahun 2021. Bersama-sama dengan Phuture Daging, Dumpling Kings akan membantu para peniaga untuk bertapak di dalam industri makanan daging berasaskan tumbuh-tumbuhan.

PHUTURE DAGING pula merupakan syarikat halal makanan daging berasaskan tumbuhan pertama di Malaysia. Mereka juga antara pelopor untuk industri Vegan Meat Malaysia. Syarikat ini menyokong industri kecil dan sederhana tempatan yang berminat untuk menceburi bidang makanan daging berasaskan tumbuh-tumbuhan. Phuture Daging juga  menyokong petani tempatan melalui menjadikan mereka sebagai sumber utama penghasilan makanan.

KOLABORASI DUMPLING KINGS X PHUTURE DAGING


Memanfaatkan Phuture Daging (customised plant-based meat solutions and halal-certified manufacturing process), Dumpling Kings berazam untuk menghasilkan dumpling yang boleh dikongsi sesama rakyat Malaysia, tanpa mengira diet dan juga batasan agama.

Kolaborasi antara kedua syarikat ini bakal menyaksikan pembukaan outlet pertama Dumpling Kings yang menawarkan makanan 100% Halal, menu makanan daging berasaskan tumbuh-tumbuhan pada suku keempat 2020.

Pengasas bersama Dumpling Kings, Lyn berkata " We've seen an increased demand and awareness of plant-based food in Malaysia, especially since the COVID-19 pandmic has impacted the food logistics network, raising health and food safety concerns. However, current plant-based dining spaces are limited and less accessible.

Our tagline Dumplings for All is fulfilled by making healthy plant-based dumplings (typically
meat-based) accessible to all Malaysians. This is a perfect fit with Phuture Daging’s ethos in producing halal plant-based meat from local ingredients, as their offerings are not only more
affordable, but more socially and environmentally conscious."

Lyn dan juga pengasas bersama Shawn, merancang untuk menambah baik kolaborasi bersama Phuture Daging melalui model franchise yang bakal memberikan peluang usahawan dan perniagaan untuk usahawan muda di Malaysia yang berminat berkolaborasi bersama Phuture Daging pada tahun 2021, dengan membuka jenama Dumpling Kings kepada usahawan muda yang ingin ceburi industri makanan daging berasaskan tumbuh-tumbuhan.

Tambah Shawn lagi, “Consumers have increasing awareness and Malaysia’s enterprising youth are willing to build on this. With our best practices in sourcing, financing, and marketing in place and backed by the foodtech experts at Phuture Daging, we at Dumpling Kings can work with aspiring entrepreneurs to grow the local plant-based sector".

Antara yang turut hadir pada majlis ini adalah pengurus besar Phuture Daging, Datin Maziah Binti Omar yang menyatakan perkongsian ini menjadi satu permulaan untuk Phuture Daging memberikan penyelesaian untuk makanan daging halal berasaskan tumbuh-tumbuhan di pasaran Malaysia.

Daging berasaskan tumbuh-tumbuhan oleh Phuture Daging adalah diproses mengikut piawaian halal dimana ianya dikawal selia oleh Bahagian Penasihat Halal Phuture Daging  diketuai oleh Pn. Norlia Binti Yusof.

SESI FOOD TASTING DUMPLING


Sekarang tibalah masanya untuk aku pertontonkan pada anda semua sesi food tasting Dumpling berasaskan tumbuh-tumbuhan. Aku nak ingatkan kepada anda semua supaya tidak mengalirkan air liur selepas melihat makanan-makanan ini kerana semuanya sangat menyelerakan.

Dumpling Mushrooms


Dumpling Mushroom With Handmade Ramen


Dumpling Chives With Japanese Pearl Rice


Dumpling Kimchi

Dumpling Chilies


Steamed Dumpling With Chilies

Side dish : Chilies Cucumber & Potato Slices , Chiled Peanut Beancurd Carrot , Korean Kimchi ,  Spicy Sour Kelp 



Secara keseluruhannya , aku sangat suka dengan kesemua dumpling yang disediakan. Tetapi yang paling aku suka dumpling chilies yang pedas. Aku rasa anda yang minat dengan rasa pedas pasti akan suka dengan dumpling ini. Satu lagi, makan dumpling bersama dengan side dishes yang sedap juga adalah satu kepuasan. Apa yang aku boleh katakan adalah SEDAP, PUAS & KENYANG.

Untuk info lanjut, anda boleh layari :-
www.phuturedaging.com


Dumpling Kings:
⭐Co-founder Shawn Pan (HP: 014 3a95 8806)
⭐Co-founder Lyn Teh (HP: 012 226 7391)
⭐E-mail Address: dk.dumplingkings@gmail.com

Phuture Daging:
⭐General Manager Datin Maziah Omar ⭐(H/P: 019- 650 3747 -
maziah@phuturedaging.com)

SEKIAN

#dumplingforall #dkdumplingkings #phuturedaging #plantbasedmeat #plantbaseddumpling #jommandu




3 comments:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.