Majlis Kenduri Akikah Daniel dan Majlis Hari Lahir

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Majlis Kenduri Akikah Daniel dan Majis Hari Lahir

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, kali ini adalah cerita sambungan untuk artikel Makan di Restoran Bigg Mug Cafe. Kalau ada yang belum baca, jemputlah baca artikel tu ya. Oh ya, cerita kali ini lebih personal ya, berkenaan cerita dalam kehidupan aku, mungkin ada yang tak suka bercerita tentang kehidupan sendiri dalam blog, tapi macam aku sendiri dari dulu lagi memang bercerita tentang apa yang berlaku dalam diri aku, sama ada kemalangan, kematian dan sebagainya.

Aku balik ke Kedah dari Lembah Klang kerana keluarga aku dah lama merancang untuk mengadakan majlis kenduri akikah untuk anak saudara aku, Daniel. Kalau tidak aku balik lambat sikit, tapi tiba-tiba ada pengumuman Selangor & KL kena PKPB, jadi aku terpaksa balik awal, iaitu tepat sehari sebelum PKPB dijalankan.

MAJLIS KENDURI AKIKAH DANIEL & MAJLIS HARI LAHIR

Majlis Kenduri Akikah Daniel dan Majis Hari Lahir
Salah satu kedai menjual barang perhiasan yang kami singgah.

Majlis akikah ini dirancang bersama dengan majlis hari lahir ahli keluarga pada bulan Oktober. Tarikh majlis ini juga sama dengan tarikh kelahiran Daniel iaitu pada 24 Oktober. Jadi, kami merancang nak buat majlis akikah yang meriah di samping masih menjaga SOP PKPP. 

Mungkin ada yang akan kata, "Kenapa nak buat kenduri musim-musim Covid ni?" Okay, sebenarnya dahr ancang awal dan jumlah tetamu yang dijemput pun sikit sahaja. Nak membatalkan, lepas tu entah bila pulak boleh buat. Kalau tidak perancangan awal nak buat bulan 11, tapi tengoklah sekarang dah kena PKPB pulak kawasan rumah aku ni.


PERSIAPAN MAJLIS

Majlis Kenduri Akikah Daniel dan Majis Hari Lahir

Persiapan majlis dibuat hanya beberapa hari sebelum sahaja sebab ini majlis biasa-biasa sahaja, jumlah tetamu pun hanya 100 orang macam tu sahaja. Persiapan mengenai juadah dan sebagainya diuruskan oleh mak, ayah dan abang ipar aku manakala persiapan mengenai kek dan barangan hadiah diuruskan kami adik beradik.

Mencari barang untuk hias backdrop dan juga meja untuk meletak kek. Rasanya inilah sambutan hari lahir yang paling grand dan meriah dalam keluarga aku dimana perhiasan dan sebagainya dibeli! Kalau tidak sebelum-sebelum ini hari lahir disambut dengan makanan daripada Kentucky Fried Chicken sahaja.

Majlis Kenduri Akikah Daniel dan Majis Hari Lahir

Mencari bangan perhiasan serta sedikit barang di dalam goodies utnuk diberikan kepada para tetamu dan tukang masak membawa kami ke Sungai Petani dan juga Butterworth. Yang lebih seronoknya sebab Daniel ikut jugak waktu mencari barang-barang tu. 

Majlis Kenduri Akikah Daniel dan Majis Hari Lahir

Malam sebelum berlangsungnya majlis tersebuat ada tiga agenda yang perlu dibuat. Pertamanya menyediakan barang-barang yang akan digunakan untuk memasak pada esok hari, menyiapkan bekas goodies untuk tetamu dan jiran-jiran dan yang terakhirnya adalah menyiap dan menghias meja untuk bergambar.

Untuk juadah pada esok harinya, ayah aku bersama rakan-rakannya yang akan memasak. Ya, waktu kenduri kahwin kakak aku dua tahun lepas pun merekalah yang membantu untuk memasak. Lepas siap sahaja menyediakan barang-barang untuk memasak pada esok pagi, kami pun mula kerja-kerja menghias.

Majlis Kenduri Akikah Daniel dan Majis Hari Lahir

Sebenarnya ada ja yang tawarkan servis untuk menghias sebegini dengan harga mereka, tapi aku rasa biarlah untuk kali pertama ini kami sendiri yang hias. Sepatutnya dibahagian backdrop tu kami kena gunakan kain hitam yang panjang, tapi disebabkan sudah kesuntukan masa, kami hanya gunakan kertas hitam sahaja.

Dalam pukul 1 pagi macam tu barulah selesai menghias dan sebagainya. Alhamdulillah, bagi aku ia sudah cukup cantik. Beberapa kali jugaklah belon-belon tu berterbangan, tapi alhamdulillah tiada satu pun yang meletop. Haha.  

HARI KEJADIAN MAJLIS

Majlis Kenduri Akikah Daniel dan Majis Hari Lahir

Seawal pagi-pagi lagi rakan-rakan ayah aku dah datang ke rumah untuk memasak juadah untuk dimakan pada tengah hari tersebut. Alhamdulillah, dalam waktu yang sama juga kek-kek dan beberapa makanan lain tiba di rumah. Untuk kek dan makanan lain ini kakak aku sudah tempah awal.

Majlis Kenduri Akikah Daniel dan Majis Hari Lahir


Majlis Kenduri Akikah Daniel dan Majis Hari Lahir

Lepas dah susun semuanya makanan atas meja, barulah nampak lebih lawa. Alhamdulillah, memang sedap-sedap kek yang ditempah ini. Ada banyak kek sebab majlis ini bukan untuk menyambut kelahiran Daniel sahaja, tapi termasuklah mak, abang ipar, dan adik aku sekaligus. Sebab itu ditulis pada kek "October Baby" & "Happy October Birthday. Manakala kek Didi & Friends tu memang untuk Daniel pun, walapun dia sebenarnya bukannya boleh makan kek lagi hehe.


Majlis Kenduri Akikah Daniel dan Majis Hari Lahir
Mak & ayah aku | mak & mak saudara aku

Ramai juga tetamu yang datang pada majlis akikah ini. Tetapi jangan risau, SOP berkenaan Covid-19 telah kami lakukan. My Sejahtera dan juga buku bersama mesin pengesan suhu telah diletakkan untuk merekod kehadiran setiap tetamu. Alhamdulillah, semua tetamu mengikut SOP. Selain jiran-jiran, saudara mara disebelah ayah dan juga keluarga abang ipar aku turut datang memeriahkan majlis.

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Walaupun aku risau sebenarnya kek dan makanan di atas meja disambar dengan cepat oleh budak-budak. Haha. Apa-apapun aku rasa gembira dan bersyukur kerana majlis akikah dan majlis hari lahir ini berjalan dengan lancar sebab dah beberapa bulan dirancang.

SELEPAS MAJLIS

Majlis Kenduri Akikah Daniel dan Majis Hari Lahir

Sebelum semua perhiasan dikemas semula pada keesokkan harinya, sempatlah Daniel bergambar dengan kek, yang kemudiannya dia pegang, haha habis rosak kek ni. Takdalah rosak mana pun, cuma Daniel terpegang kek ni dibahagian tepi sahaja. Mana kek lain? Kek-kek lain telah habis dikerjakan. Haha, sebab sedap sangat kut, biasalah keluarga aku memang kuat makan.

Oh ya, paling memenatkan pastinya nak mengemas semula khemah kenduri, membasuh segala perkakas dan barang dapur yang digunakan. Juadah yang masih tinggal kami bungkus dan berikan pada jiran-jiran. Setelah selesai semuanya, masa untuk berehat.

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar, tiada sebarang masalah yang berlaku. Bersyukur juga sebab kami buat pada tarikh tersebut. Kalau tidak nampak gayanya terpaksa tunda lagi ke tarikh yang lain. Untuk waktu sekarang ni, kami hanya berada di rumah sahaja. Agak risau dengan Covid-19 yang semakin teruk. Satu lagi akut ak faham kenapa PKPB dah ditamatkan di Kedah tapi di daerah Kulim masih lagi berjalan. 

Apa-apapun terima kasih kerana membaca cerita yang aku tulis ini. Ya, aku suka menulis perkara yang berlaku dalam hidup aku di blog ini, kerana inilah diari kehidupan. Walaupun sejak akhir-akhir ini sangat kurang artikel peribadi, tapi aku harap dengan adanya artikel sebegini in shaa Allah lagi berpuluh-puluh tahun aku dapat baca dan lihat balik cerita ini.

SEKIAN

4 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Buat sekaligus macam ni jimat pun ye jugak..Meriah dah tentu meriah..

    ReplyDelete
  2. Mcm mana perjalanan majlis ye? Sbb sy pun bercadang nk buat 2 majlis ni jugak sekaligus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebnarnya perjalanan majlis takdalah formal pun, cuma ada bacaan doa awal2 tu, lepas tu tetamu dah boleh makan. time tetamu makan tu, kitorg pun start bergambar dkt tempat birthday tu. ada jugak tetamu yg datang nak makan kek & sebagainya :)

      Delete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post