Sudah Mempunyai Akaun SPA8i? Ini Cara Daftar SPA9 dan Dapatkan ID Baru untuk Login Masuk

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Cara Daftar SPA9 : Sudah Mempunyai Akaun SPA8i dan Cara Dapatkan ID Baru untuk Login Masuk

Ramai yang sudah tahu bahawa Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah dinaiktaraf dengan sistem yang lebih teratur daripada SPA8i kepada SPA9. Kini, anda bolehlah menggunakan sistem SPA9 untuk memohon pekerjaan yang anda inginkan. Jika anda belum pernah mendaftar atau akaun anda telah tamat tempoh, anda perlu membuat PENDAFTARAN semula.

Selain itu, jika anda sudah mempunyai akaun SPA8i yang masih aktif, anda juga perlu membuat pendaftaran untuk mendapatkan ID baharu. Sekiranya anda tidak berbuat demikian, anda bakal mengalami masalah untuk masuk semula ke akaun anda di SPA9

Untuk memudahkan anda, berikut adalah penerangan lengkap tentang cara-cara daftar dan dapatkan ID anda untuk login. 


CARA DAFTAR SPA9 : DAPATKAN ID BARU UNTUK LOGIN SEMULA


Berikut adalah cara-cara membuat permohonan : -

1) Tekan link ini https://spa9.spa.gov.my/

2) Klik PENDAFTARAN PENGGUNA

Cara Daftar SPA9 : Sudah Mempunyai Akaun dan Dapatkan ID Baru untuk Login Masuk


3) Lengkapkan maklumat pada ruangan yang kosong dengan lengkap

4) Pada bahagian PERSETUJUAN, klik tanda ✔ di kotak tersebut tanda anda telah setuju

5) Tekan DAFTAR


Cara Daftar SPA9 : Sudah Mempunyai Akaun dan Dapatkan ID Baru untuk Login Masuk

6) Tekan pada Log Masuk

7) Masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan baru anda, dan tekan Log Masuk

Cara Daftar SPA9 : Sudah Mempunyai Akaun dan Dapatkan ID Baru untuk Login Masuk


Cara Daftar SPA9 : Sudah Mempunyai Akaun dan Dapatkan ID Baru untuk Login Masuk

Siap! Anda kini boleh mengemaskini maklumat dan memohon jawatan seperti biasa!

Sekiranya anda tidak membuat pendaftaran seperti di atas, anda mungkin akan mengalami masalah log masuk. Tujuan pendaftaran semula ini dilakukan adalah untuk kemaskini kata laluan anda.

Selain itu, maklumat permohonan jawatan anda yang lalu pada SPA8i masih wujud, anda cuma perlu mengemaskini beberapa maklumat yang diminta sahaja.

MAKLUMAT TAMBAHAN BERKENAAN SPA9

✦ Pemohon hanya dibenarkan mendaftarkan maksimum sehingga 15 jawatan sahaja (termasuk latihan separa perubatan);

✦ Tempoh sah laku pendaftaran pemohon adalah selama satu (1) tahun daripada tarikh pendaftaran;

✦ Pendaftaran pekerjaan adalah tertakluk kepada Dasar One Step Lower iaitu;
i) Calon yang memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda hanya layak memohon jawatan di peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja.

ii) Calon yang memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda dan Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik hanya layak memohon jawatan di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik sahaja.

iii) Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik hanya layak memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik, SPM/SVM dan Latihan Separa Perubatan.
     
✦ Pendaftaran pemohon yang tidak memenuhi kriteria seperti di Perkara 2(b)(i) dan 2(b)(iii) di atas akan terbatal dan pemohon dikehendaki untuk mengemas kini semula permohonan dalam SPA9.

✦ Pemohon juga dikehendaki untuk memastikan alamat emel yang didaftarkan dalam SPA9 adalah tepat serta sentiasa menyemak folder Spam Mail/ Junk Mail dalam emel bagi mengelakkan kegagalan menerima emel pemakluman mengenai panggilan peperiksaan/ temu duga dan sebagainya. Adalah menjadi tanggungjawab pemohon untuk menyemak dari semasa ke semasa segala pemakluman terkini Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia melalui emel yang didaftarkan dalam SPA9, Portal Rasmi SPA dan Facebook Rasmi SPA. 

Untuk melihat senarai jawatan yang dibuka dan juga pengumuman terkini di laman SPA, tekan link ini : PENGUMUMAN TERKINI DI SPA9 

AKHIR KATA

Semoga artikel ini dapat membantu anda untuk mendaftar di SPA9 sekaligus anda juga dapat memohon jawatan yang anda inginkan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Semoga bermanfaat.


SEKIAN

1 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.



  1. Hai,jemput join GA saya :)
    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/12/digital-arts-giveaway.html

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post