Cara Daftar SPA9 untuk Akaun Baru dan Akaun Tamat Tempoh

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Pasti ramai yang ingin memohon jawatan dalam Perkhidmatan Awam. Kepada anda yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan tersebut, anda bolehlah membuat permohonan melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Untuk pengetahuan anda, sistem permohonan kerja dalam Perkhidmatan awam telah dinaiktaraf untuk penggunaan yang lebih mesra dan mudah. Sekiranya anda belum pernah mendaftar SPA8i sebelum ini dan juga dimana akaun anda telah tamat tempoh, anda bolehlah membuat Pendaftaran Baru



CARA DAFTAR SPA9


Untuk anda yang belum pernah membuat pendaftaran di sistem lama, SPA8i atau akaun anda telah tamat tempoh, anda perlulah membuat pendaftaran baru di SPA9 untuk memohon jawatan dalam Perkhidmatan Awam. 

Berikut adalah cara-cara membuat permohonan : -

1) Tekan link ini https://spa9.spa.gov.my/

2) Klik PENDAFTARAN PENGGUNA

Cara Daftar SPA9 untuk Akaun Baru dan Akaun Tamat Tempoh


3) Lengkapkan maklumat pada ruangan yang kosong dengan lengkap

4) Pada bahagian PERSETUJUAN, klik tanda ✔ di kotak tersebut tanda anda telah setuju

5) Tekan DAFTAR

Seterusnya anda boleh log in untuk buat permohonan jawatan yang anda inginkan.

CARA LOG IN SPA9


Baiklah, setelah selesai mendaftar, anda bolehlah log in semula ke laman SPA9 anda dan membuat permohonan jawatan. Berikut adalah langkah-langkahnya :-

1) Tekan Link ini : https://spa9.spa.gov.my/

2) Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan

Cara Daftar SPA9 untuk Akaun Baru dan Akaun Tamat Tempoh

3) Anda boleh kemaskini maklumat dan membuat permohonan jawatan.

Sebelum boleh memohon jawatan, anda perlulah mengemaskini maklumat yang diminta seperti maklumat peribadi, maklumat kelayakan akademik dan sebagainya. 


MAKLUMAT TAMBAHAN BERKENAAN SPA9

✦ Pemohon hanya dibenarkan mendaftarkan maksimum sehingga 15 jawatan sahaja (termasuk latihan separa perubatan);

✦ Tempoh sah laku pendaftaran pemohon adalah selama satu (1) tahun daripada tarikh pendaftaran;

✦ Pendaftaran pekerjaan adalah tertakluk kepada Dasar One Step Lower iaitu;
i) Calon yang memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda hanya layak memohon jawatan di peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja.

ii) Calon yang memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda dan Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik hanya layak memohon jawatan di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik sahaja.

iii) Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik hanya layak memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik, SPM/SVM dan Latihan Separa Perubatan.
   
✦ Pendaftaran pemohon yang tidak memenuhi kriteria seperti di Perkara 2(b)(i) dan 2(b)(iii) di atas akan terbatal dan pemohon dikehendaki untuk mengemas kini semula permohonan dalam SPA9.

✦ Pemohon juga dikehendaki untuk memastikan alamat emel yang didaftarkan dalam SPA9 adalah tepat serta sentiasa menyemak folder Spam Mail/ Junk Mail dalam emel bagi mengelakkan kegagalan menerima emel pemakluman mengenai panggilan peperiksaan/ temu duga dan sebagainya. Adalah menjadi tanggungjawab pemohon untuk menyemak dari semasa ke semasa segala pemakluman terkini Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia melalui emel yang didaftarkan dalam SPA9, Portal Rasmi SPA dan Facebook Rasmi SPA. 

Untuk melihat senarai jawatan yang dibuka dan juga pengumuman terkini di laman SPA, tekan link ini : PENGUMUMAN TERKINI DI SPA9 


AKHIR KATA

Semoga artikel kali ini dapat membantu anda untuk mendaftar akaun di SPA9 dan dapat membuat permohonan jawatan yang anda mahukan dalam Perkhidmatan Awam. Semoga bermanfaat.

SEKIAN

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post