Senarai Bantuan Kerajaan 2021 untuk B40, M40, Pelajar IPT, Warga Emas & Lain-Lain

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Senarai Bantuan Kerajaan 2021 untuk B40, M40, Pelajar IPT, Warga Emas & Lain-Lain

Senarai Bantuan Kerajaan 2021 untuk B40, M40, Pelajar IPT, Warga Emas & Lain-Lain | Berikut merupakan senarai bantuan yang diberikan kerajaan untuk golongan yang terjejas pendapatannya. Sekiranya anda tergolong daripada golongna B40, M40, Pelajar IPT, Pelajar, Warga Emas, anda bolehlah membuat permohonan. Setiap bantuan mempunyai kriteria dan kelayakannya tersendiri.


Sekiranya anda benar-benar layak, silakan memohon bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan ini. Bantuan yang diberikan oleh pihak pemerintah ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban anda dalam menjalani kehidupan seharian dan juga dapat menampung tanggungan anda. Sebarang soalan bolehlah diajukan dibahagian komen dibawah.

1) SEMAKAN & PERMOHONAN TELEFON PINTAR PERCUMA UNTUK GOLONGAN B40 | PERCUMA | 120GB DATA INTERNET DISERTAKAN


Berikut dikongsikan maklumat mengenai Cara Permohonan Telefon Pintar Percuma termasuk syarat kelayakan dan semakan status :-

Sebelum membuat pencalonan murid, sila pastikan muriD tersebut adalah dari keluarga B40 :

1. Anda perlu mendapatkan kebenaran dahulu daripada ibubapa murid yang hendak dicalonkan dan kumpulkan maklumat seperti berikut :
  • Nombor MyKid/MyKad Murid
  • Nombor Mykad Ibubapa
  • Status yang menunjukkan mereka dari keluarga B40 di portal Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
2. Layari Portal BPN Hasil secara online di https://bpn.hasil.gov.my/ dan masukkan No. Kad Pengenalan Ibubapa

3. Kemudian, sila klik pada butang "Semak"

4. Anda perlu mendaftarkan nama dengan mengisi borang permohonan secara online di https://appform.prod.frogdev.asia/ atau https://ytlfoundation.org/learn .

5. Lengkapkan maklumat pelajar dan ibubapa serta butiran tambahan yang perlu disertakan.

2) BANTUAN KREDIT E-WALLET RM100

Mereka yang berumur 18-20 tahun akan membuat tuntutan bantuan e-wallet RM100 oini.

Sehubungan dengan itu, ianya juga akan diberikan keapda semua pelajar IPTA dan juga IPTS tanpa mengira umur.
  • Tiada permohnan bersurat atau perlu pergi ke mana-mana pejabat kerajaan diperlukan.
  • Anda akan menerima bantuan sekiranya anda memuat turun salahs atu aplikasi e-wallet di atas.
  • Selepas itu, anda perlulah mendaftar akaun atau verifikasi akaun menggunakan kad pengenalan anda.
  • Mengisi segala butiran yang diperlukan.
PERHATIAN
  • Bantuan e-wallet ini akan diperolehi sekriaya anda layak pada awal Januari 2021. Sekiranya anda layak, bantuan ini boleh ditebus melalui verifikasi kad pengenalan.

3) PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN RM700 UNTUK GOLONGAN B40



Kelayakan Untuk Permohonan Mysalam

Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)
1. Individu berumur antara 18-65 tahun dan pasangan.
2. Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
3. Individu OKU yang berumur antara 18 tahun hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)
1. Penyakit kritikal akan menerima bantuan RM8,000 + Hospitalisasi untuk maksimum selama 14 hari

Info :
Sedikit info tambahan untuk anda semua, untuk sesiapa mereka yang kena kuarantin tu sebenarnya anda boleh melakukan penebusan mySalam. Walaupun kamu kena kuarantin daripada rumah sahaja tetapi anda semua masih boleh melakukan penebusan. Sebagai contoh, anda telah diarahkan untuk kuarantin selama tempoh 10 hari (RM50x10) = RM500. (Tempoh miminum tebus 1 hari dan maksimum tebus adalah selama 14 hari)

Cara Membuat Permohonan

Untuk membuat permohonan, sila rujuk pada pautan yang diberikan dibawah. Namun sebelum anda melakukan penebusan sila pastikan bahawa anda telah melakukan semakan sama ada anda layak untuk menerima bantuan ini ataupun tidak. Untuk ketahui cara melakukan semakan, anda boleh ikuti langkah berikut :-

1) Sila layari www.mysalam.com.my
2) Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa tanda (-)
3) Klik pada pautan "Semak"
4) Pada bahagian bawah nanti akan ada paparan yang menyatakan sama ada anda layak atau tidak

Sekiranya anda layak, terdapat dua cara yang anda boleh lakukan untuk menebus bantuan ini. Sila rujuk pada cara berikut :-

Cara Pertama 
Tuntutan Secara Online
  1. Log masuk ke dalam portal https://www.mysalam.com.my/b40/public/
  2. Jika anda belum mendaftar mySalam, sila daftar terlebih dahulu. Sila klik LOG MASUK KALI PERTAMA dan ikuti langkah seperti yang diarahkan.
  3. Setelah selesai mendaftar, pengesahan nombor telefon akan diminta. Jika nombor telefon anda sudah tidak boleh digunakan, sila hubungi talian bantuan untuk pihak mereka melakukan reset kata laluan. Selepas iotu, anda boleh masukkan kata laluan anda yang baru.
  4. Sila kemaskini profile anda.
  5. Selepas kemaskini profile anda, sila klik TUNTUTAN> PENYERAHAN TUNTUTAN> TUNTUTAN HOSPITALISASI> MASUKKAN TARIKH MULA DAN TAMAT KUARANTIN > PILIH NON PANEL UNTUK (NAMA HOSPITAL)> MUAT NAIK COPIY IC> MUAT NAIK BORANG ANNEX 14 & 17
  6. Klik hantar
  7. Sila tunggu jawapan dan keputusan. Mereka akan maklumkan kemudian.
Cara Kedua
Tuntutan Secara Manual
  1. Anda boleh pergi ke mana-mana kiosk mySalam.
  2. Bawa bersama salinan kad pengenalan dan borang annec 14&17. Untuk kawasan Labuan, kiosk mySalam berada di Hospital Nukleusb (bersebelahan dengan mesin ATM Bank Rakyat)
  3. Serahkan segala dokumen diperlukan untuk pihak mereka masukkan dalam sistem (key-in)
  4. Bagi kawasan lain, boleh hubungi nombor dibawah ini untuk ketahui lebih lanjut lokasi kiosk mySalam di kawasan anda.
TALIAN BANTUAN

Telefon : 1-300-88-8938
Email : info@mysalam.com.my

4) BANTUAN KANAK-KANAK SERTA KELUARGA | KADAR BAYARAN RM150 (7-18 TAHUN) & RM200 (6 TAHUN KEBAWAH)


Menurut  makluman tersebut, jumlah kadar Bantuan Kanak-Kanak JKM akan dinaikkan seperti berikut :-

Kadar Jumlah Bantuan Lama :
  • Maksimum bagi seorang anak akan menerima RM100
  • Maksimum sebanyak RM450 jika anak melebihi 4 orang.
Jumlah Bantuan Baharu (MULAI 2021)
  • Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM150 (sebulan) seorang
  • Kanak-kanak berumur 6 tahun dan kebawah akan mendapat RM200 (sebulan) seorang
  • Maksimum sebanyak RM1,000 sekeluarga sebulan
Syarat khusus bagi membuat permohonan Bantuan Kanak-Kanak JKM adalah seperti berikut :-
  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia
  • Keluarga/penjaga yang memberi jagaan keapda kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  • Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas.
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM)
Tatacara Permohonan Bantuan JKM Kanak-Kanak Tahun 2021

Anda boleh membuat permohonan melalui 2 cara iaitu sama ada secara manual atau online. Disini kami kongsikan borang permohonan yang anda boleh mohon seperti dibawah:-

Cara Permohonan Bantuan Kanak-Kanak JKM Online
  1. Pertama sekali, pergi ke laman web rasmi JKM atau terus ke pautan ini : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/
  2. Sila klik pada pautan Daftar Permohonan Atas Talian
  3. Di halaman seterusnya, pilih Negeri dan isikan Nombor Kad Pengenalan.
  4. Tekan butang Daftar
  5. Isikan maklumat lain yang berkaitan.
  6. Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat atas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
SILA BAWA DOKUMEN BERIKUT SEMASA HADIR KE PEJABAT :-
  • Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan MyKad Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan Kad OKU/ slip pendataran sementara OKU (Jika Kategori OKU)
  • Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)
  • Salah satu Bil Utiliti (air/elektrik/telefon/astro)
  • Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/terlantar/kronik/alat tiruan)
Cara Permohonan Bantuan JKM Kanak-Kanak Secara Manual (Hadir Ke Pejabat JKM)
  1. Untuk memohon secara manual, anda boleh hadir ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
  2. Senarai Pejabat JKM Negeri & Cawangannya boleh dirujuk di SINI.
Borang Permohonan Bantuan JKM
Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan bantuan JKM, sila berhubung dengan Pejabat JKM negeri atau ibu pejabat seperti yang dipaparkan di bawah.

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045Emel : Maklum Balas (ISPAAA)

5) SEMAKAN & STATUS BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR 2021) YANG ANDA PERLU TAHU


Penyemakan jumlah kelulusan Bantuan BPR 2021

Berikut merupakan perkongsian isi kategori yang menerim bantuan prihatin rakyat kali ini :-

ISI RUMAH B40 ( GAJI RM2,500 KEBAWAH)

JUMLAH ANAK

JUMLAH BAYARAN

1 ORANG ANAK

RM 1,200

2 ORANG ANAK KE ATAS

RM 1,800


ISI RUMAH B40 ( GAJI RM2,501 HINGGA RM4,000)

JUMLAH ANAK

JUMLAH BAYARAN

1 ORANG ANAK

RM 800

2 ORANG ANAK KE ATAS

RM 1,200


ISI RUMAH M40 (GAJI RM4,001 HINGGA RM5,000)

JUMLAH ANAK

JUMLAH BAYARAN

1 ORANG ANAK

RM 500

2 ORANG ANAK KE ATAS

RM 750


BANTUAN PRIHATIN RAKYAT BPR BUJANG

Manakala bagi anda yang berumur 21 tahun ke atas dan anda mempunyai gaji di bawah RM2,500 setiap bulan, jumlah bayaran yang anda akan terima bagi Bantuan Prihatin Rakyat sebanyak RM350.

PERMOHONAN BPR 2021 ONLINE

Untuk pengetahun anda semua, bagi permohonan baharu bantuan prihatin rakyat, sekiranya anda  ingin memohon dan layak, anda bolehlah memohon pada butiran berikut :-

PERKARA

BUTIRANNYA

PENDAFTARAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT 2021

MINGGU KETIGA JANUARI 2021


CARA PENDAFTARAN ONLINE

i) Checklist  Penting
Berikut kami kongsikan kepada anda cheklist penting yang perlu anda semak sebelum anda membuat permohonan baharu :-
  • Kemaskini status perkahwinan anda
  • Yang belum ada, sila daftar akaun bank BSN terlebih dahulu
  • Sedang dikemaskinikan
SEMAK KEMASIKINI BANTUAN PRIHATIN RAKYAT 2021
Anda perlu kemaskini dengan maklumat dan info anda yang terkini. Maklumat akan dikemaskinikan untuk anda.

Tarikh Bayaran BPR 2021

PERKARA

BUTIRANNYA

JANUARI 2021

AKAN DIKEMASKINIKAN



SEMAKAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT

PERKARA

BUTIRANNYA

SEMAKAN KELULUSAN BPR 2021

bpn.hasil.gov.my


Sekiranya anda ingin menyemak status Bantuan Prihatin Rakyat 2021 anda, Klik di Sini.

SOALAN LAZIM

1) Bila tarikh pembayaran bantuan? - Boleh Semak di jadual diatas
2) bila permohonan baru akan dibuka? - Sedang dikemaskinikan
3) Apa itu Bantuan Prihatin Rakyat)
- Ia adalah bantuan khas kewangan yang diberikan kepada golongan B40 & M40 sempena pengumuman Bajet Belanjawan 2021
4) Adakah ia sama dengan bantuan suami prihatin 2021? - Tidak Sama Sekali
5) Bagaimana cara check BPR Online? - Rujuk bahagian atas.

Semoga penerangan ini bermanfaat untuk anda, rakan-rakan dan keluarga anda.

6) BANTUAN KEBAJIKAN WARGA EMAS JKM RM500


Syarat Kelayakan

Berikut dikongsikan syarat untuk memohon bantuan yang perlu dipenuhi oleh orang tua dan warga emas :-
  • Pemohon mestilah warganegara & bermastautin di Malaysia
  • Mestilah berumur 60 tahun ke atas
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa dan ;
Warga emas tidak menetap di :
  1. Institusi kendalian JKM atau
  2. Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma atau
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM
CARA MEMBUAT PERMOHONAN BANTUAN WARGA EMAS

Untuk memohon bantuan ini, pemohon perlu mendaftar melalui atas talian iaitu :-
  1. Pertama sekali, layari http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp
  2. Klik pada pautan 'Daftar Permohonan' bagi pengguna baru
  3. Sila masukkan negeri, tempat tinggal serta nombor kad pengenalan
  4. Setelah selesai perkara diatas, klik butang 'Daftar'
  5. Dalam masa 14 hari, sila ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran. Senarai direktori pejabat boleh dirujuk melalui link http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/directory&id=UzlRTjkxUVFUa2Q5a0hFVm1UQXZuUT09
  6. Bawa bersama dokumen yang diperlukan.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SEMASA PERMOHONAN

Dokumen-dokumen yang perlu dibawa ketika berkunjung ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah seperti berikut :-
  • Salinan kad pengenalan diri pemohon
  • Salinan kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan
SOALAN LAZIM

1. Jika saya sudah berumur 65 tahun, adakah saya layak memohon Bantuan Warga Emas?
Boleh, namun tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan lain yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat

2. Adakah warga emas yang tinggal di Rumah Jagaan Orang Tua layak untuk memohon bantuan ini?
Tidak. Bantuan ini diberikan hanya untuk warga emas yang tinggal di dalam komuniti dan bukannya dibawah mana-mana pusat jagaan.

3. Adakah warga emas yang bukan warganegara Malaysia layak memohon bantuan ini?
Tidak. Bantuan ini hanya diperuntukkan kepada warga emas warganegara Malaysia sahaja.

4. Jika saya sudah memohon secara atas talian namun tidak hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat untuk menyerahkan dokumen, adakah permohonan saya akan diterima?
Tidak. Pemohon mesti menghantar dokumen yang diperlukan di Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berhampiran untuk proses verifikasi.

Maklumat dan Pertanyaan Lanjut

Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan Pejabat JKM negeri atau ibu pejabat seperti yang dipaparkan di bawah.

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

7) PERMOHONAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN KPM RM100


Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolhan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.

Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.

PEMILIHAN / KRITERIA KELAYAKAN

Pemberian Bantuan Awal Persekolahan keapda murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut :
  • Murid warganegara Malaysia ( perlu dibuktikan dengan sijil lahir/MyKid/MyKad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara)
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa. Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak beolh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan.
  • Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekoral Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain Sekolah Antarabangsa).
KAEDAH PENYALURAN ATAU BAYARAN

Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke :-
  • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; atau
  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun  Kumpulan Wang Kerajaan.
KADAR & JENIS BANTUAN

Murid yang menerima Bantuan Awal Persekolahan akan diberi bantuan sebanyak RM100.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off)

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di sini https://www.moe.gov.my/en/bantuan-pembelajaran-menu/bantuan-awal-persekolahan-bap

SEKIAN

2 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Moga dipermudahkan urusan bagi mereka2 yg memerlukan. Hari ni last day untuk join GA http://www.aimisyahirah.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html kot ada rezeki, mehla join! :)

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post