Rentak Selangor 2021 Semarakkan Seni, Budaya dan Warisan Negeri Selangor

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Rentak Selangor 2021 Semarakkan Seni, Budaya dan Warisan Negeri Selangor

Program Rentak Selangor yang telah bermula sejak tahun 2016, bermatlamat menyemarakkan seni, budaya dan warisan dengan menyediakan landasan persembahan serta ruang untuk berkongsi ilmu buat para tokoh warisan budaya dan penggiat seni budaya dari pelbagai komuniti di negeri Selangor.

Di samping itu, program ini diharap dapat memberi santapan minda kepada rakyat negeri Selangor dan khalayak ramai terutama sekali bagi generasi muda yang bakal mewarisi peradaban serta warisan yang kita tinggalkan kepada mereka.

Rentak Selangor 2021 Semarakkan Seni, Budaya dan Warisan Negeri Selangor

Sepertimana yang kita sedia maklum, pandemik Covid 19 yang melanda dunia pada hari ini bukan sahaja menjejaskan ekonomi dunia malahan turut serta merubah landskap kehidupan masyarakat. Besar harapan saya agar program seumpama ini sedikit sebanyak dapat membantu artis budaya di Negeri Selangor untuk meneruskan kelangsungan dalam norma baharu.

Rentak Selangor 2021 Semarakkan Seni, Budaya dan Warisan Negeri Selangor
Sekitar penggambaran siaran langsung promosi RENTAK SELANGOR 2021 semalam bersama Yang Berhormat Tuan Borhan Bin Aman Shah, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar & Kebudayaan Negeri Selangor.

Rentak Selangor 2021 Semarakkan Seni, Budaya dan Warisan Negeri Selangor

Tahun ini juga menyaksikan program Rentak Selangor dilaksanakan dalam format baharu, 
iaitu dalam bentuk rakaman digital dan Live di platform media sosial, dilaksanakan mengikut garis panduan dan langkah pencegahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengurangkan transaksi fizikal.

Langkah proaktif ini juga seiring dengan usaha kerajaan negeri untuk meneroka inisiatif pendigitalan yang diharapkan dapat memberi manfaat kepada rakyat, lebih-lebih lagi buat generasi akan datang. Program Rentak Selangor menampilkan kepelbagaian seni warisan budaya yang diamalkan oleh komuniti tempatan di negeri Selangor, iaitu komuniti Melayu, Cina, India dan Orang Asal seperti seni muzik cempuling yang telah diiktiraf sebagai identiti negeri Selangor, angklong, Gordang 9 dan seni tarian singa.

Rentak Selangor 2021 Semarakkan Seni, Budaya dan Warisan Negeri Selangor

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar & Kebudayaan Negeri Selangor, Yang Behormat Tuan Borhan Aman Shah berkata, program Rentak Selangor buat julung kalinya dianjurkan secara digital pada hari ini.

Jelasnya, usaha itu dijalankan bagi membantu mempromosi kepelbagaian seni dan budaya Selangor dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Semoga kita sama-sama menghayati, menikmati, dan meraikan seni warisan budaya kita.

Rentak Selangor 2021 Semarakkan Seni, Budaya dan Warisan Negeri Selangor
Sekitar penggambaran siaran langsung promosi RENTAK SELANGOR 2021 semalam bersama Yang Berhormat Tuan Borhan Bin Aman Shah, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar & Kebudayaan Negeri Selangor.

Video rakaman program Rentak Selangor boleh mula ditonton di saluran Facebook rasmi Rentak Selangor di pautan 

Adalah menjadi harapan Kerajaan Negeri Selangor untuk menyemarakkan seni dan budaya dengan menyediakan landasan persembahan serta ruang untuk berkongsi ilmu buat para tokoh warisan budaya dan penggiat seni dari pelbagai komuniti di Negeri Selangor seterusnya menjadikan Negeri Selangor sebagai destinasi seni, budaya dan warisan negara

Rentak Selangor 2021 Semarakkan Seni, Budaya dan Warisan Negeri Selangor
Sekitar penggambaran siaran langsung promosi RENTAK SELANGOR 2021 semalam bersama Yang Berhormat Tuan Borhan Bin Aman Shah, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar & Kebudayaan Negeri Selangor.
.

Terima Kasih

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post