Selamat Datang Bulan September: Refleksi Hari Kebangsaan Ke-69 & Impian Besar

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat Datang Bulan September: Refleksi Hari Kebangsaan Ke-69 & Impian Besar

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk menulis lagi di blog ini. Rasa macam lama betul tak buka dan menulis. Kekangan masa dan juga kerja-kerja lain yang banyak membuatkan blog ini sedikit terabai. Walaubagaimanapun, aku bersyukur kerana masih boleh menulis seperti dulu kala. Biarpun hanya satu artikel seminggu, bagi aku itu sudah memadai.

Selamat Hari Kebangsaan Ke-69 Buat Malaysia

Masih belum terlewat untuk aku ucapkan Selamat Hari Kebangsaan yang ke-69 buat negara tercinta, Malaysia. Di umur 69 tahun ini, pelbagai kejayaan dan kemajuan telah dicapai. Begitu banyak perbezaan dari usia 1 tahun sehinggalah kini. Pemimpin bertukar ganti, dunia pula sudah jauh berubah dengan pemodenan serta teknologi. Namun timbul satu soalan, bagaimana pula dengan rakyatnya? Adakah masih sama atau sudah berubah? Berubah ke arah yang baik atau ke belakang?

Masih belum terlewat untuk aku ucapkan Selamat Hari Kebangsaan yang ke-69 buat negara tercinta, Malaysia. 

Di umur 69 tahun ini, pelbagai kejayaan dan kemajuan telah dicapai. Begitu banyak perbezaan dari usia 1 tahun sehinggalah kini. Pemimpin bertukar ganti, dunia pula sudah jauh berubah dengan pemodenan serta teknologi. Namun timbul satu soalan, bagaimana pula dengan rakyatnya? Adakah masih sama atau sudah berubah? Berubah ke arah yang baik atau ke belakang?

Aku lihat beberapa tahun kebelakangan ini, rakyat Malaysia semakin hilang adab. Adab di media sosial terutamanya, aku lihat masih perlu banyak diperbaiki. Ramai yang suka membuat kenyataan provokatif, kenyataan tanpa bukti, menyebar pengaruh negatif, serta membalas komen tanpa adab.

Politik dan Adab di Media Sosial

Sudah tentu ia ada kaitan dengan isu politik. Bagi aku, buat apa golongan bawahan mahu berhentam dan bergaduh sesama sendiri, sedangkan golongan atas bertepuk tampar gembira menikmati kemewahan?

Di dada akhbar dan media sosial, mereka dilihat sebagai hero, saling herdik-mengherdik dan mengeluarkan kata cacian. Apabila penyokong melihat orang atasan berkelakuan sedemikian, adakah mereka tidak akan ikut serta? Sudah pasti akan ikut, walaupun masing-masing boleh berfikir dengan akal dan minda yang cerdas bahawa perbuatan sedemikian adalah salah.

Walaubagaimanapun, sebagai anak bangsa Malaysia, aku melihat negara ini masih berpotensi besar. Berpotensi ke arah kemajuan, rakyat yang bijaksana, bersatu padu, serta pemimpin yang bijak memimpin rakyatnya ke arah yang lebih baik. Itulah antara doa aku untuk Hari Kebangsaan 2026 ini. Semoga dengan umur yang hampir mencecah angka 70 tahun ini, Malaysia akan terus ke hadapan dan menjadi yang terbaik.

Sesuatu yang Besar di Bulan September

Masih belum terlewat untuk aku ucapkan Selamat Hari Kebangsaan yang ke-69 buat negara tercinta, Malaysia. Di umur 69 tahun ini, pelbagai kejayaan dan kemajuan telah dicapai. Begitu banyak perbezaan dari usia 1 tahun sehinggalah kini. Pemimpin bertukar ganti, dunia pula sudah jauh berubah dengan pemodenan serta teknologi. Namun timbul satu soalan, bagaimana pula dengan rakyatnya? Adakah masih sama atau sudah berubah? Berubah ke arah yang baik atau ke belakang?

Alhamdulillah, di bulan September ini ada sesuatu yang besar dalam hidup aku akan berlaku, in shaa Allah. Sesuatu yang sebenarnya sudah lama aku impikan, dan kini hampir menjadi kenyataan.

Aku tak pasti sama ada aku nak cerita secara terperinci atau tidak, tetapi sesuatu yang besar ini mungkin bagi orang lain tidaklah besar mana. Namun bagi aku, ini adalah salah satu impian utama. Ini antara checklist yang perlu aku tick dalam jangka masa beberapa hari lagi.

Aku sedar, selepas menerimanya nanti, aku bakal menggalas tanggungjawab yang cukup besar. Ya, mungkin bagi orang lain ia kelihatan seperti satu beban, terikat dan sebagainya. Tapi bagi aku yang dibesarkan dalam keadaan sederhana, ini adalah sesuatu yang cukup istimewa. In shaa Allah.

Sentiasa Memupuk Rasa Syukur

Masih belum terlewat untuk aku ucapkan Selamat Hari Kebangsaan yang ke-69 buat negara tercinta, Malaysia. Di umur 69 tahun ini, pelbagai kejayaan dan kemajuan telah dicapai. Begitu banyak perbezaan dari usia 1 tahun sehinggalah kini. Pemimpin bertukar ganti, dunia pula sudah jauh berubah dengan pemodenan serta teknologi. Namun timbul satu soalan, bagaimana pula dengan rakyatnya? Adakah masih sama atau sudah berubah? Berubah ke arah yang baik atau ke belakang?

Setiap hari aku rasa bersyukur kerana dikurniakan rezeki untuk hidup dengan sihat (walaupun sebenarnya ada sakit kronik yang tak dapat sembuh, tapi it's okay). Diberi rezeki untuk makan tanpa perlu mencatu wang (Alhamdulillah), serta diberi rezeki keluarga yang sangat memahami dan rapat. Walaupun perkataan "sayang" itu sangatlah sukar untuk didengar, tapi masing-masing tahu bahawa rasa itu sentiasa ada dalam keluarga.

Bohong kalau aku kata yang aku tak pernah rasa cemburu dengan orang lain. Ya, aku selalu juga cemburu melihat orang lain diberikan rezeki lebih. Tetapi apa yang aku tetapkan dalam diri adalah: ya, boleh cemburu, tapi sekejap sajalah. Sebab selepas itu kita kena teruskan hidup juga. Lagipun, mungkin mereka hanya tunjuk perkara yang positif sahaja dan simpan yang negatif begitu juga dengan aku.

Buat masa sekarang, aku hanya rasa syukur diberi rezeki. Dalam masa yang sama, aku cuba berusaha untuk memajukan diri dengan pelbagai kemahiran baharu. Aku tak nak rasa selesa di tempat yang sama terlampau lama, sebab takut sekiranya ada apa-apa perubahan berlaku secara tiba-tiba.

Kesimpulan


Artikel kali ini hanyalah sebagai pembuka tirai untuk bulan September. Aku harap dapat menulis dengan lebih kerap lagi, dan juga menyelesaikan beberapa artikel yang tertunda berbulan lamanya. Adoii, mood nak menulis tu kadang-kadang datang, kadang-kadang pergi macam ombak!

Apa-apapun, terima kasih kepada korang yang sudi datang dan membaca blog ini. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah. In shaa Allah.. 
Tags

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!