Cara Bayar Pinjaman PTPTN di Aplikasi Shopee

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Cara Bayar Pinjaman PTPTN di Aplikasi Shopee

Cara Bayar Pinjaman PTPTN di Aplikasi Shopee | Laman membeli belah dalam talian paling popular di Malaysia, Shopee pastinya dikunjungi kalau bukan ratus ribu, jutaan rakyat Malaysia dalam jangka masa sehari. Ia tidak lain tidak bukan kerana betapa banyaknya barangan yang dijual serta pelbagai promosi yang ada di situ.

Tapi tahukah anda, aplikasi Shopee juga boleh digunakan untuk pelbagai perkara termasuklah membayar bil dan juga membayar Pinjaman PTPTN anda? Ya, inilah fungsi terbaru yang terdapat di aplikasi Shopee yang anda boleh cuba. Kini tiada alasan lagi untuk anda tidak membayar pinjaman PTPTN anda.

Berikut akan dikongsikan cara-cara dari awal sehinggalah selesai pembayaran PTPTN anda melalui Shopee. Jangan risau kerana caranya cukup mudah dan anda dapat lihat melalui setiap gambar yang disertakan bersama dengan panduan. Selamat mencuba dan membayar PTPTN anda.

CARA BAYAR PINJAMAN PTPTN DI APLIKASI SHOPEE

#1 Buka aplikasi Shopee, pilih bahagian Deals, Top-Ups & Bills > PTPTN (under Bills Category)

Cara Bayar Pinjaman PTPTN di Aplikasi Shopee

#2 Terdapat tiga pilihan untuk anda :

✅Pinjaman Pendidikan : Bayaran Balik Pinjaman
✅Simpanan Pendidikan : SSPN-i, SSPN-i-Plus

Cara Bayar Pinjaman PTPTN di Aplikasi Shopee


#3 Masukkan nombor kad pengenalan anda > tekan "Check Account" untuk lihat akaun anda.


Cara Bayar Pinjaman PTPTN di Aplikasi Shopee

#4 Pilih akaun anda untuk membuat bayaran, masukkan jumlah "amount" > Tekan "Continue" untuk check out.

PERHATIAN
❗Jumlah minimum adalah RM10 dan jumlah maximum adalah RM999.
❗Bayaran perkhidmatan bernilai RM1.00 akan dikenakan oleh penyedia perkhidmatan dan akan ditambah dalam jumlah pembayaran anda. 


Cara Bayar Pinjaman PTPTN di Aplikasi Shopee


#5 Di halaman Checkout, anda boleh membuat pembayaran melalui ShopeePay atau cara pembayaran lain.

Cara pembayaran yang tersedia :-

✅ShopeePay
✅Debit / Credit Card
     Untuk SSPN-I hanya Debit Card
✅Online Banking
✅Cash Payment di 7-Eleven

Cara Bayar Pinjaman PTPTN di Aplikasi Shopee


#6 Untuk pembayaran yang telah berjaya, PTPTN akan memproses bil anda dalam masa 3 hari bekerja. Tekan "View Order Details" untuk lihat butiran bil anda.

Cara Bayar Pinjaman PTPTN di Aplikasi Shopee

#7 Tekan "Order Received" dan scroll ke bawah > Tekan  "Download My Receipt" untuk melihat resit di dalam aplikasi Shopee.

Cara Bayar Pinjaman PTPTN di Aplikasi Shopee

#8 Anda boleh membayar bil PTPTN / SSPN melalui Shopee seberapa banyak kali yang anda mahukan. Dibahagian My Orders > Completed, pilih "Pay Another Bill" untuk membuat pembayaran PTPTN / SSPN yang lain.

Cara Bayar Pinjaman PTPTN di Aplikasi Shopee


Bagaimana? Mudah bukan. Dengan adanya fungsi pembayaran PTPTN di aplikasi Shopee, secara tidak langsung memberikan kemudahan buat semua peminjam PTPTN untuk mula membayar pinjaman mereka.  Rasanya tidak lama lagi pelbagai lagi fungsi menarik yang akan dibuat oleh Shopee untuk memaksimumkan penggunaan aplikasi mereka. Mungkin selepas ini bukan hanya untuk membeli belah tetapi pelbagai lagi.
SEKIAN

Sumber : Shopee

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post