Senarai 50 Filem Terbaik di Netflix Yang Anda Mesti Tonton

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Senarai 50 Filem Terbaik di Netflix yang Anda Mesti Tonton | Untuk sesiapa yang mempunyai akaun Netflix atau mahu menonton filem-filem yang seronok, bermanfaat dan memberi hiburan anda boleh baca artikel kali ini. Alhamdulillah, siap juga senarai 50 filem terbaik di Netflix ini. 

NETFLIX merupakan sebuah laman menonton filem, drama dan pelbagai lagi jenis tontonan berbayar. Sehingga kini, terdapat ribuan filem dan drama yang berada di laman tersebut.  Sehingga Januari 2021, jumlah penonton berbayar di Netflix adalah seramai 204 juta orang. Ramai bukan?!

Untuk pengetahuan anda, filem-filem yang disenaraikan ini adalah mengikut pelbagai jenis genre. Selain itu, turutan filem bukanlah mengikut ranking dari paling baik ke tidak baik, tetapi susunannya adalah random. Mungkin ada diantara filem ini anda pernah tonton, dan ada yang anda belum pernah tonton.

In shaa Allah, dengan adanya senarai ini, bolehlah anda menambah lagi filem-filem yang anda akan tonton dimasa akan datang.

SENARAI 50 FILEM TERBAIK DI NETFLIX YANG ANDA MESTI TONTON

Julie & Julia (2009)


Julie & Julia (2009) sebuah filem biografi, komedi-drama yang diarahkan Nora Ephron dibintangi oleh Meryl Streep, Amy Adams, Stanley Tucci dan Chriss Messina. Filem ini mengisahkan tentang kehidupan seorang chef iaitu Julia Child sewaktu awal kariernya dalam bidang kulinari bersama seorang gadis muda Julie Powell.  Filem ini menerima kritikan positif daripada pengkritik, rating bagi Rotten Tomatoes adalah 77% dan mendapat kutipan $USD 129.5 juta dengan bajet $USD 40 juta. 

Ma Rainey's Black Bottom (2020)


Filem Ma Rainey's Black Bottom (2020) merupakan sebuah filem drama yang diarahkan oleh George C. Wolfe dan ditulis oleh Ruben Santiago-Hudson, dan dibintangi oleh Viola Davis dan Chadwick Boseman. Filem ini mengisahkan tentang Ma Rainey, seorang penyanyi blues dan drama yang berlaku ketika sesi rakaman pada tahun 1920-an di Chicago. Filem ini dinamakan sebagai salahs beuah filem 10 terbaik pada tahun 2020 oleh American Film Institute.

Bonnie and Clyde (1967)


Bonnie and Clyde (1967) merupakan sebuah filem biografi yang diarahkan oleh Arthur Penn dan dibintangi oleh Warren Beatty dan Faye Dunaway. Filem ini tuturt dibintangi oleh Michael J. Pollard, Gene Hackman dan Estelle Parsons.  Filem ini dikatakan antara filem terawal untuk era New Hollywood. Filem ini turut menerima pelbagai anugerah termasuklah Oscar baru kategori Best Supporting Actress dan juga Best Cinematography.

Cool Hand Luke (1967)


Filem Cool Hand Luke (1967) merupakan sebuah filem klasik Amerika Syarikat yang diarahkan oleh Stuart Rosenberg, dibintangi oleh Paul Newman dan George Kennedy. Newman memegang watak Luke, seorang banduan di dalam kem tahnan Florida yang enggan mengikut sistem. Filem ini disetkan pada awal tahun 1950-an adalah berdasarkan novel tajuk yang sama ditulis oleh Don Pearce. Filem ini mendapat pelbagai anugerah termasuklah Academy Award for Best Supporting Actor dan juga tercalon untuk Academy Award for Best Actor, Academy Award for Best Adapted Screenplay dan Best Original Score. 

His House (2020)


Filem His House (2020) merupakan sebuah filem seram thriller ditulis dan diarahkan oleh Remi Weekes berdasarkan cerita oleh Felicity Evans dan TObu Venables. Filem ini dibintangi oleh Wunmi Mosaku, Sope Dirisu dan Matt Smith. Filem ini mengisahkan tentang pasangan pelarian dari Sudan Selatan, bergelut untuk sesuaikan diri dengan kehidupan baru di sebuah bandar yang mempunyai kejahatan disebaliknya. Filem ini menerima rating 100% untuk Rotten Tomatoes dan 72/100 untuk Metacritic. Selain itu, filem ini turut tercalon dalam beberapa kategori untuk anugerah British Indipendent Film Awards dan British Academy Film Awards. 

Loving (2016)


Filem Loving (2016) merupakan sebuah filem romantik biografi drama yang mengisahkan tentang Richard dan Mildred Loving, plaintif dalam keputusan 1967 U.S. Supreme Court (the Warren Court) yang membatalkan undang-undang negeri yang melarang perkahwinan antara kaum. Filem ini diterbitkan oleh Big Beach dan Raindog Films. Dibintangi oleh Ruth Negga dan Joel Edgerton sebagai watak utama. 

Fruitvale Station (2013)


Filem Fruitvale Station (2013) ini merupakan sebuah filem biografi drama yang ditulis dan diarahkan oleh Ryan Coogler. Ini merupakan filem pertama diarahkan oleh Ryan Coogler berdasarkan kejadian-kejadian yang membawa kepada kematian Oscar Grant, seorang pemuda yangg telah dibunuh pada tahun 2009 oleh pegawai polis BART Johannes Mehserle di stesen Fruitvale di kawasan Oakland.  Michael B. Jordan memegang watak sebagai Oscar Grant manakal Kevin Durand dan CHad Michael Murray sebagai pegawai polis BART. 

Middle of Nowhere (2012)


Filem Middle of Nowhere (2012) merupakan sebuah filem yang ditulis dan diarahkan oleh Ava DuVernay dan dibintangi oleh Emayatzy Corinealdi, David Oyelowo, Omari Hardwick dan Lorraine Toussaint. Filem ini mengisahkan tentang kehidupan Ruby yang mempunyai seorang suami yang merupakan banduan.  Filem ini mendapat rating Rotten Tomatoes 83% dan menerima pelbagai anugerah. 

High Flying Bird (2019)


Filem High Flying Bird (2019) merupakan sebuah filem drama sukan yang diarahkan oleh Steven Soderbergh, berdasarkan kisah yang dicadangkan oleh André Holland dan lakon layar oleh Tarell ALvin McCraney. Filem ini dibintangi oleh André Holland, Zazie Beetz, Melvin Greeg, Sonja Sohn, Zachary Quinto dan ramai lagi. Filem ini mengisakan tentang seorang ejen sukan yang perlu merancang plan dalam masa 72 jam, untuk membuat satu peluang kontroversi pada kliennya, seorang pemain bola keranjang. Filem ini dirakam secara keseluruhannya menggunakan iPhone 8. Filem ini menerima rating Rotten Tomatoes 91% dan Metacritic 78/100. 

Training Day (2001)


Filem Training Day (2001) merupakan sebuah filem jenayah thriller yang diarahkan oleh Antoine Fuqua dan ditulis oleh David Ayer. Dibintangi oleh Denzel Washington sebagai Alonzo Harris dan Ethan Hawke sebagai Jake Hoyt, dua orang pegawai LAPD bahagian narkotik didalam tempoh 24 jam di kawasan kejiranan di Westlake, Echo Park dan South Central Los Angeles.  Filem ini ditayangkan pada tahun 2001 dan menerima pelbagai anugerah termasuklah memenangi anugerah Academy Awards for Best Actor. 


Carol (2015)


Filem Carol (2015) merupakan sebuah filem romantik drama yang diarahkan oleh Todd Haynes. Lakon layarnya ditulis oleh Phyllis Nagy dan berdasarkan novel 1952 The Prince of Salt oleh Patricia Highsmith. Filem ini dibintangi oleh Cate Blanchett, Rooney Mara, Sarah Paulson, Jake Lacy dan Kyle Chandler. Di setkan pada awal tahun 1950-an di bandar New York, filem Carol ini menceritakan tentang kisah hubungan sulit antara jurugambar wanita dan wanita lebih tua yang sedang melalui penceraian. Filem ini menerima 6 pencalonan Oscar termasuklah kategori Best Actress, 5 pencalonan Golden Globe dan 9 pencalonan BAFTA Award. 

Inception (2010)


Filem Inception (2010) merupakan sebuah filem sains fiksyen dan aksi ditulis dan diarahkan oleh Christopher Nolan yang juga merupakan penerbit filem ini. Filem ini dibintangi oleh Leonardo DiCaprio sebagai seorang pencuri professional yang mencuri informasi dengan masuk ke dalam minda bawah sedar targetnya. Antara pelakon lain yang membintangi filem ini adalah Ken Watanabe, Joseph Gordon-Levitt, Marion Cotillard, Elliot Page, Tom Hardy, dan Michael Caine. Filem ini mendapat kutipan $USD 836.8 Juta dan menerima pelbagai anugerah terutama bagi kategori teknikal seperti Best Visual Effects. 

The Social Network (2010)


Filem The Social Network (2010) ini merupakan sebuah filem bigorafi drama yang diarahkan oleh David Fincher dan ditulis oleh Aaron Sorkin. Diadaptasi dari buku The Accidental Billionaires (2009) oleh Ben Mezrich, filem ini mengisahkan tentang bagaimana terasasnya penciptaan laman Facebook. Pelakon yang membintangi filem ini adalah Jesse Eisenberg sebagai Mark Zuckerberg, dan Andrew Garfield sebagai Eduardo Saverin, Justin Timberlake sebagai Sean Parker dan Armie Hammer sebagai Cameron.

A Clockwork Orange (1971)


Filem A Clockwork Orange (1971) ini merupakan sebuah filem jenayah dystopian, diarahkan oleh Stanley Kubrick, berdasarkan novel dengan tajuk yang sama oleh Anthony Burgess. FIlem ini mengisahkan imej ganas, kelakuanganas kumpulan remaja, gang dan subjek sosial, politik dan ekonomi di dunia dystipian Britain. Filem ini dibintangi oleh Malcolm McDowell, Michael Tarn, James Marcus, Warren Clarke dan John Clive.  Filem ini menerima 4 pencalonan dalam Oscar, 7 pencalonan dalam British Academy Film Awards dan 3 pencalonan dalam Golden Globe Awards. 

Dolemite Is My Name (2019)


Filem Dolemite Is My Name (2019) merupakan sebuah filem biografi komedi yang diarahkan oleh Craig Brewer dan ditulis oleh Scott Alexander dan Larry Karaszewski. Filem ini dibintangi oleh Eddie Murphy sebagai pembikin filem Rudy Ray Moore yang lebih dikenali membawa watak Dolemite untuk stand-up komedi dan siri filem blaxploitation, yang bermula dengan filem Dolemite (1975). Filem ini telah dipilih oleh National Board of Review dan Time magazine sebagai salah satu daripada 10 filem terbaik untuk tahun 2019. 

Dick Johnson Is Dead (2020)


Filem Dick Johnson Is Dead (2020) merupakan sebuah filem dokumentari yang diarahkan oleh Kirsten Johnson dan ditulis bersama oleh Johnson dan Nels Bangerter. Filem ini mengisahkan tentang bapa Johnson, Richard yang mengidap penyakit dementia, memberi gambaran cara kematian berbeza dan ganas. Di dalam setiap senario, Johnson dan anak perempuannya bermain dengan fantasi dan humor.  Filem ini menerima rating 100% untuk Rotten Tomatoes dan menerima pelbagai pencalonan anugerah termasuklah Sundance Film Festival. 

Nightcrawler (2014)


Filem Nightcrawler (2014) merupakan sebuah filem thriller yang ditulis dan diarahkan oleh Dan Gilroy. Filem ini dibintangi oleh Jake Gyllenhaal sebagai Louis "Lou" Bloom, seorang yang merakam kejadian kejam di waktu malam di Los Angeles dan menjual gambar dan rakaman tersebut pada stesen televisyen temaptan. Rene Russo, Riz Ahmed dan Bil paxton juga turut membintangi filem ini. Filem ini menerima rating Rotten Tomatoes pada 95% serta dicalonkan untuk beberapa anugerah termasuklah Academy Awards, British Academy Film Awards, Critic's Choice Awards dan Golden Globe Awards. 

Spotlight (2015)


Filem Spotlight (2015) merupakan sebuah filem biografi drama yang diarahkan oleh Tom McCarthy dan ditulis bersama oleh McCarthy dan Josh Singer. Filem ini mengisahkan tentang The Boston Globe's pasukan "Spotlight",  syarikat tertua dalam industri surat khabar unit penyelidikan di Amerika Syarikat dan  penyelidikan mereka termasuklah tentang penderaan seks kanak-kanak yang berleluasa di kawasan Boston oleh paderi Katolik Rom.  Antara pelakon yang membintangi filem ini adalah Mark Ruffalo, Michael Keaton, Rachel McAdams, John Slattery dan Stanley Tucci.

The Dark Knight (2008)


Filem The Dark Knight (2008) merupakan sebuah filem adiwira yang diarah, diterbit dan ditulis bersama oleh Christopher Nolan. Berdasarkan watak dalam DC Comics, Batman, filem ini merupakan filem kedua untuk The Dark Knight Trilogy dan sekuel bagi filem Batman Begins. Filem ini dibintangi oleh Christian Bale, Michael Caine, Heath Ledger, Gary Oldman, Aaron Eckhart, Maggie Gyllenhaal dan Morgan Freeman. Filem ini mengisahkan tentang Bruce Wayne/Batman, Leftenan Polis James Gordon dan Peguam Daerah, Harvey Dent membentuk perikatan untuk menyelesaikan masalah jenayah di Gotham City tetapi mereka terpaksa menghadapi Joker. Filem ini menerima pencalonan untuk pelbagai anugerah termasuklah Academy Award, Golden Globe, BAFTA Award dan pelbagai lagi. 

Zathura (2005)


Filem Zathura (2005) merupakan sebuah filem pengembaraan sains fiksyen yang diarahkan oleh Jon Favreau. Ia merupakan adaptasi buku kanak-kanak Zathura (2002) oleh Chris Van Allsburg, penulis buku kanak-kanak Jumanji (1981). Filem ini merupakan spin off kepada filem Jumanji (1995) dan merupakan filem kedua dalam franchise JUmanji. Filem ini dibintangi oleh Josh Hutcherson, Jonah Bobo, Dax Shepard, Kristen Stewart dan Tim Robbins. 

The Old Guard (2020)


Filem The Old Guard (2020) merupakan sebuah filem adiwira yang diarahkan oleh Gina Prince-Bythewood dan ditulis oleh Greg Rucka berdasarkan komik dengan tajuk yang sama. Filem ini dibintangi oleh CHarlize Theron, KiKi Layne, Matthias Schoenaerts, Marwan Kenzari, Luca Marinelli, Harry Melling, Van Veronica Ngo dan Chiwetel Ejiofor. Filem ini mengisahkan tentnag sekumpulan pasukan immortal dalam misi membalas dendam. Filem ini mendapat rating 80% untuk Rotten Tomatoes dan menerima beberapa pencalonan anugerah termasuklah Critic's Choice Super Awards, People's Choice Awards dan Saturn Awards. 

Da 5 Bloods (2020)


Filem Da 5 Bloods (2020) merupakan sebuah filem perang drama diarahkan, diterbitkan dan ditulis bersama oleh Spike Lee. Filem ini dibintangi oleh Delroy Lindo, Jonathan Majors, Clarke Peters, Johnny Tri Nguyem, Norm Lewis, Isiah Whitlock Jr., Melanie Thierry, Paul Walter Hauser,  Jasper Pääkkönen, Jean Reno dan Chadwick Boseman. Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan veteran perang Vietnam kembali ke negara tersebut untuk mencari tinggalan ketua mereka dan juga barangan berharga yang mereka tanam ketika berkhidmat. Filem ini menerima pelbagai pencalonan anugerah termasuklah Academy Awards, Black Reel Awards dan pelbagai lagi. 

13th (2016)


Filem 13th (2016) merupakan sebuah filem dokumentari yang diarahkan oleh Ava DuVernay. Filem ini mengisahkan tentang pertembungan antara isu bangsa dan keadilan di Amerika Syarikat. Tajuk bagi filem ini diambil bersempena dengan Thirteenth Amendment to the United States Constitution (1865) yang menghapuskan perhambaan di seluruh Amerika Syarikat dan menghentikan perhambaan secara tanpa rela kecuali atas hukuman atas kesalahan melakukan jenayah. Filem ini menerima pelbagai pencalonan untuk anugerah termasuklah Academy Award for Best Documentary Feature. 

I'm Thinking of Ending Things (2020)


Filem I'm Thinking of Ending Things (2020) merupakan sebuah filem psikologi thriller ditulis dan diarahkan oleh Charlie Kaufman. Filem ini adalah berdasarkan novel dengan judul yang sama (2016) oleh Iain Reid. Filem ini dibintangi oleh Jessie Buckley, Jesse Plemons, Toni Collette dan David Thewlis. Filem ini mendapat rating 82% untuk Rotten Tomatoes dan menerima pelbagai pencalonan dalam anugerah termasuklah Boston Society of Film Critics Awards, Chicago Film Critics Association dan Dublin Film Critics Circle. 

Lady Bird (2017)


Filem Lady Bird (2017) merupakan sebuah filem drama komedi yang ditulis dan diarahkan oleh Greta Gerwig dan merupakan pengarahannya yang pertama. Pelakon yang membintangi filem ini termasuklah Saoirse Ronan, Laurie Metcalf, Tracy Letts, Lucas Hedges, Timothée Chalamet, Beanie Feldstein, Stephen McKinley Henderson dan Los Smith. Filem ini disetkan di Scaramento, California, ketika musim luruh 2002 dan musim panas 2003, mengisahkan tentang seorang senior sekolah menengah yang meningkat dewasa dan hubungannya dengan ibu. 

Rain Man (1988)


Filem Rain Man (1988) merupakan sebuah filem "road drama" yang diarahkan oleh Barry Levinson dan ditulis oleh Barry Morrow dan Ronals Bass. Filem ini mengisahkan tentang penjual kenderaan yang mementingkan diri sendiri, Charlie Babbitt, yang mendapati bahawa ayahnya yang terpisah telah meninggal dan mewariskan hampir seluruh harta pusaka berjuta-juta dolar itu kepada puteranya yang lain, Raymond, seorang yang autistik, yang keberadaannya tidak disedari Charlie. Charlie hanya tinggal dengan kereta vintaj dan bunga ros yang kepunyaan ayahnya. Filem ini dibintangi oleh Dustin Hoffman, Tom Cruise, Valeria Golino, Jerry Molen dan Ralph Seymour. 


Uncut Gems (2019)


Filem Uncut Gems (2019) merupakan sebuah filem jenayah thriller yang diarahkan oleh Josh dan Benny Safdie dan lakon layar ditulis bersama Ronald Bronstein. Filem ini dibintangi oleh Adam Sandler sebagai Howard Ratner, seorang penagih dan penjudi di kawasan Diamond District, New York yang perlu mendapatkan semula permata yang dibelinya untuk membayar hutang-hutangnya. Filem ini turut dibintangi oleh Lakeith Stanfield, Julia Fox, Kevin Garnett, Idina menzel, dan Eric Bogosian.  Filem ini menerima pelbagai pencalonan anugerah termasuklah Critic's Choice Movie Awards, Independent Spirit Awards dan pelbagai lagi. 


No Direction Home : Bob Dylan (2005)


Filem No Direction Home : Bob Dylan (2005) merupakan sebuah filem dokumentari yang diarahkan oleh Martin Scorsese yang menbincangkan tentang kehidupan Bob Dylan dan impaknya pada muzik dan budaya Amerika untuk abad ke 20. Filem ini memfokuskan pada ketika tibanya Dylan di New York pada January 1961 dan ketika berakhirnya jelajahnya setelah kemalangan motor pada Julai 1966.Filem ini menerima kritikan positif daripada pengkritik dan menerima 88% untuk rating Rotten Tomatoes. Filem ini turut menerima pencalonan untuk Peabody Award dan Grammy Award. 

Crip Camp : A Disability Revolution (2020)


Filem Crip Camp: A Disability Revolution (2020) merupakan sebuah dokumentarai yang diarahkan, ditulis dan diterbit bersama oleh Nicole Newnham dan James LeBrecht. Barack Obama dam Michelle Obama menjadi penerbit eksekutif bagi filem ini.  Crip Camp bermula pada thaun 1971 di Camp Jened, sebuah kem musim panas yang digambarkan sebagai "kem yang bebas dan untuk mereka yang kurang upaya". Dibintangi oleh Larry Allison, Judith Heumann, James LeBrecht, Denise Sherer Jacobson dan Stephen Hofmann, filem ini memfokuskan pada ahli kem ini yang datang untuk mengubah diri mereka dan juga hak untuk orang yang kurang upaya. Filem ini mendapat rating Rotten Tomatoes 100% dan turut menerima pencalonan untuk beberapa anugerah termasuklah Academy Awards, Sundance Film Festival, dan pelbagai lagi. 

The Death and Life of Marsha P. Johnson (2017)


Filem The Death and Life of Marsha P. Johnson (2017) merupakan sebuah filem dokumentari yang diarahkan oleh David France.  Filem ini memfokuskan pada Marsha P. Johnson dan Sylvia Rivera, seorang tokoh terkemuka untuk pergerakan hak untuk gay dan transgender di bandar New York dari tahun 1960-an sehingga 1990-an. Filem ini mereima rating Rotten Tomatoes 96% dan Metacritic memberikan markah 76/100. 


Scott Pilgrim vs. the World (2010)


Filem Scott Pilgrim vs. the World (2010) merupakan sebuah filem aksi romantik komedi yang ditulis bersama, diterbitkan dan diarahkan oleh Edgar Wright berdasarkan novel grafik Scott Pilgrim oleh Bryan Lee O'Malley. Filem ini dibintangi oleh Michael Cera sebagai Scott Pilgrim, seorang pemuzik yang malas dan perlu memenangi pertandingan untuk mendapatkan kontrak rekod dan juga perlu bertarung dengan tujuh bekas kekasih teman wanitanya sekarang iaitu Ramona Flowers, yang dilakonkan oleh Mary Elzabeth Winstead. Antara pelakon lain yang turut berlakon dalam filem ini termasuklah Kieran Culkin, Chris Evans, Anna Kendrick, dan Alison Pill. 

The Florida Project (2017)


Filem The Florida Project (2017) merupakan sebuah filem drama "slice of life" yang diarahkan oleh Sean Baker dan ditulis oleh Baker dan Bergoch. Filem ini dibintangi oleh Willem Dafoe, Brooklyn Prince, Bria Vinaite, Valeria Cotto, Christopher Rivera dan Caleb Landry Jones. Filem ini mengisahkan tentang seorang gadis berusia 6 tahun tinggal bersama ibunya yang tidak bekerja di sebuah hotel di Kissimmee, Florida dan mereka berusaha untuk bertahan hidup dan memenuhi keperluan mereka. Kehidupan mereka yang perit adalah sangat berbeza dengan Walt Disney World yang terletak berdekatan. Filem ini telah terpilih oleh National Board of Review dan American Film Institute sebagai salah sebuah 10 filem terbaik untuk tahun tersebut. 

American Factory (2019)


Filem American Factory (2019) merupakan sebuah filem dokumentari yang diarahkan oleh Steven Bognar dan Julia Reichert tentang sebuah kilang syarikat China Fuyao di Moraine, sebuah bandar berdekatan dengan Dayton, Ohio yang mengambil alih Moraine Assembly, kilang General Motors yang ditutup. Filem ini merupakan filem pertama yang diterbitkan oleh syarikat Barack Obama dan Michelle Obama, Higher Ground Productions.  Filem ini memenangi anugerah Academy Award for Best Documentary Feature. 

My Happy Family (2017)


Filem My Happy Family (2017) merupakan sebuah filem drama yang diarahkan oleh Nana Ekvtimishvili dan Simon Groß. Filem ini mengisahkan tentang seorang wanita berumur 50 tahun memutuskan untuk meninggalkan keluarganya meninggalkan pelbagai pertanyaan pada keluarganya. Filem ini ditayangkan pada World Cinema Dramatic Competition pada 2017 Sundance Film Festival.  Kedua-dua pengarah ini dianugerahkan Best Director pada Sofia International Film Festival.


Cloudy With a Chance of Meatballs (2009)


Filem Cloudy with a Chance of Meatballs (2009) merupakan sebuah filem animasi, sains fiksyen dan komedi yang diterbitkan oleh Sony Pictures Animation. Filem ini adalah berdasarkan buku kanak-kanak (1978) dengan judul yang sama oleh Judi dan Ron Barret. Filem ini ditulis dan diarahkan oleh Phil Lord dan Christopeher Miller dan dibintangi oleh pelakon alih suara seperti Bill Hader, Anna Faris, James Caan, Andy Samberg, Bruce Sampbell, Mr. T, Benjamin Bratt dan Neil Patrick Harris. Filem ini menceritakan tentang seorang pencipta yang bernama Flint Lockwood yang membangunkan sebuah mesin yang boleh mengubah air menjadi makanan. Setelah mesin tersebut mula membuat ribut 'makanan', Flint perlu memusnahkan mesin tersebut untuk selamatkan dunia. 


Pan's Labyrinth (2006)


Filem Pan's Labyrinth (2006) merupakan sebuah filem Spanish-American fantasi yang ditulis, diarahkan dan diterbitkan bersama oleh Guillermo del Toro. Filem ini dibintangi oleh  Ivana Baquero, Sergi López, Maribel Verdú, Doug Jones, and Ariadna Gil. Filem ini mengisahkan tentang kisah yang berlaku di Sepanyol pada musim panas 1944, lima tahun selepas Perang Saudara Sepanyol, pada masa awal Francoist. Naratifnya menghubungkan dunia nyata ini dengan dunia mitos yang berpusat pada labirin yang ditinggalkan, ditinggalkan dan makhluk fauna yang misteri, dengan siapa watak utamanya, Ofelia, berinteraksi. Ayah tiri Ofelia, Kapten Falang Vidal, memburu Maquis Sepanyol yang memerangi rejim Francoist di wilayah itu, sementara ibu hamil Ofelia, Carmen, semakin sakit. Ofelia bertemu dengan beberapa makhluk aneh dan ajaib yang menjadi pusat kisahnya, memimpinnya melalui percubaan kebun labirin lama.

Monty Python and the Holy Grail (1975)


Filem Monty Python and the Holy Grail (1975) merupakan sebuah filem komedi British ditulis dan dilakonkan oleh kumpulan komedi Monty Python (Chapman, Cleese, Gilliam, Idle, Jones dan Palin), diarahkan oleh Gilliam dan Jones. Filem ini telah diundi oelh pembaca majalan Total Film sebagai filem komedi ke 5 terbaik sepanjang masa. Selain itu, filem ini juga menerima rating Rotten Tomatoes 97%. 

Taxi Driver (1976)


Filem Taxi Drvier (1976) merupakan sebuah filem yang diarahkan oleh Martin Scorsese, ditulis oleh Paul Schrader dan dibintangi oleh Robert De Niro, Jodie Foster, Cybill Shepherd, Harvey Keitel, Peter Boyle, Leonard Harris dan Albert Brooks.  Filem ini disetkan di bandar New York selepas perang Vietnam. Filem ii menceritakan tentang pengalaman dan mental seorang pembawa teksi dan veteran perang, Travis Bickle ketika waktu malam di bandaraya itu. Filem ini menerima pelbagai jenis pencalonan anugerah termasuklah 4 untuk Academy Awards, 7 pencalonan untuk BAFTA Award dan pelbagai lagi! 

Mudbound (2017)


Filem Mudbound (2017) merupakan sebuah filem drama sejarah yang diarahkan oleh Dee Rees dan ditulis oleh Rees dan Virgil Wiliams, berdasarkan novel dengan tajuk yang sama pada tahun 2008 oleh Hillary Jordan. Filem ini dibintangi oleh Carey Mulligan, Garret Hedlund, Jason Clarke, Jason Mitchell, Jonathan Banks dan Mary J. Blige. Filem ini menceritakan tentang kisah veteran Perang Dunia ke dua, seorang berkulit putih dan seorang berkulit hitam, kembali ke kawasan pedalaman Mississippi untuk menghadapi masalah 'racism' dan PTSD mengikut cara mereka tersendiri.  Filem ini menerima pelbagai pencalonan anugerah, termasuklah di 90th Academy Awards  dalam kategori Best Supporting Actress, Best Original Song, Best Adapted Screenplay dan Best Cinematography.

Okja (2017)


Filem Okja (2017) merupakan sebuah filem pengembaraa aksi yang diarahkan oleh Bong Joon-ho dan ditulis oleh Bong dan Jon Ronson. Filem ini mengisahkan tentang seorang gadis yang membesarkan "super pig" yang telah diubah genetiknya.  Filem ini merupakan hasil usaha sama produksi Korea Selatan dan Amerika Syarikat dan dibintangi oleh pelakon seperti Ahn Seo-hyun, Byun Hee-bong, Yoon Je-moon, CHoi Woo-shik, Tilda Swinton, Paul Dano, Steven Yeun, Lily Collins dan ramai lagi. Filem ini menerima rating Rotten Tomatoes 86% dan Metacritic pula memberikan markah 75 daripada 100. Filem ini tercalon untuk dua buah anugerah iaitu 70th Cannes Film Festival dan Saturn Awards. 

The Irishman (2019)


Filem The Irishman (2019) merupakan sebuah filem epik jenayah diarah dan diterbitkan oleh Martin Scorsese dan ditulis oleh Steven Zaillian, berdasarkan buku I Heard You Paint Houses (2004) oleh Charles Brandt. Filem ini dibintangi oleh Robert De Niro, Al Pacino, Joe Pesci, Ray Romano, Bobby Cannavale, Anna Paquin, Stephen Graham dan Harvey Keitel. Filem ini mengisahkan tentang Frank Sheeran, seorang pemanduk trak yang menjadi pembunuh upahan yang terlibat dengan mafia Russel Bufalino dan kumpulan jenayahnya, termasuklah waktu dia bekerja untuk Teamster Jimmy Hoffa. Filem ini menerima rating Rotten Romatoes 95% manakala Metacritic memberikan markah 94 daripada 100. Filem ini turut menerima pelbagai pencalonan anugerah termasuklah 10 pencalonan untuk 92nd Academy Awards dan juga 5 pencalonan untuk 7th Golden Globe Awards. 


Atlantics (2019)


Filem Atlantics (2019) merupakan sebuah filem romantik, supernatural dan drama yang diarahkan oelh Mati Diop. Filem ini menceritakan tentang kisah seorang gadis, Ada dan pasangannya, Souleiman, berjuang untuk mendapat pekerjaan, migrasi, kesusahan keluarga dan juga hantu.  Dibintangi oleh Mame Bineta Sane, Amdoe Mbow, Ibrahima Traore, Nicole Sougoe, Aminata Kane dan ramai lagi.  Filem ini menerima rating Rotten Tomatoes 96% manakala Metacritic memberikan 85 markah daripada 100.

Justin Timberlake + the Tennessee Kids (2016)


Justin Timberlake + The Tennessee Kids (2016) merupakan sebuah filem konsert oleh Jonathan Demme, dokumentari tentang persembahan terakhir Justin Timberlake dalam siri The 20/20 Experience World Tour di MGM Grand Garden Arena, Las Vegas. Filem ini ditayangkan bermula pada 12 Oktober 2016 dan durasinya adalah selama 90 minit. 

Moonlight (2016)


Filem Moonlight (2016) merupakan sebuah filem drama yang ditulis dan diarahkan oleh Barry Jenkins, berdasarkan semi-autobiografi yang diterbitkan oleh Tarell Alvin McCraney berjudul  in Moonlight Black Boys Look Blue. Filem ini dibintangi oleh Trevante Rhodes, André Holland, Janelle Monáe, Ashton Sanders, Jharrel Jerome, Naomie Harris, and Mahershala Ali. Filem ini memaparkan tiga peringkat umur dan kehidupan watak utamanya, zaman kanak-kanak, waktu remaja dan juga awal kehidupan dewasa. Ia mengetengahkan unsur kesusahan yang dihadapi tentang identiti dan sesualnya, termasuklah penderaan emosi dan fizikal yang diterima ketika membesar. Filem ini menerima anugerah Academy Award untuk Besst Picture dan juga 8 pencalonan dalam Academy Awards. 

Burning Cane (2019)


Filem Burning Cane (2019) merupakan sebuah filem drama ditulis dan diarah oleh Phillip Youmans dalam debut pengarahannya. Filem ini dibintangi oleh Wendell Pierce, Karen Kaia Livers, Dominique McClellan dan Braelyn kelly. Disetkan di kawasan pendalaman Louisiana,  filem ini mengisahkan tentang Helen Wayne, seorang ibu yang kuat agama, dan dia berusaha untuk membesarkan anak lelakinya yang bermasalah. Filem ini menerima rating Rotten Tomatoes sebanyak 91% manakala Metacritic memberikan markah 74 daripada 100. Filem ini turut memenangi tiga anugerah di Tribeca Film Festival. 

Marriage Story (2019)


Filem Marriage Story (2019) merupakan sebuah filem drama yang ditulis dan diarahkan oleh Noah Baumbach, beliau juga menerbitkan filem ini bersama David Heyman. Filem ini dibintangi oleh Scarlett Johansson, Adam Driver, Laura Dern, Alan Alda, Ray Liotta, Juliee Hagerty dan Merrit Wever. Filem ini mengisahkan tentang pasangan yang sudah berkahwin, seorang pelakon dan seorang pengarah melalui fasa-fasa penceraian. Filem ini menerima 6 pencalonan untuk 92nd Academy Awards, 6 pencalonan untuk 77th Golden Globe Awards dan 5 pencalonan pada 73rd British Academy Film Awards. 

Roma (2018)


Filem Roma (2018) merupakan sebuah filem drama Mexico yang diarahkan dan ditulis oleh  Alfonso Cuarón, beliau juga menerbitkan, merakam dan edit filem ini. Di setkan pada tahun 1970 dan 1971, Roma menampilkan kisah seorang pembantu rumah keluarga kelas pertengahan, juga sebagai  separuh autobiografi yang mana pengarah bawakan di kejiranan Colonia Roma di bandar Mexico. Filem ini dibintangi oleh Yalitza Aparicio dan Marina de Tavira. Pada Academy Awards yang ke 91, filem ini menerima 10 pencalonan dan memenangi 3 daripadanya dan pelbagai lagi pencalonan untuk anugerah-anugerah filem. 

A Single Man (2009)


Filem A Single Man (2009) merupakan sebuah filem drama berdasarkan novel dengan tjauk yang sama oleh Christopher Isherwood. Merupakan pengarahan pertama oleh pereka fesyen terkenal Tom Ford, filem ini dibintangi oleh Colin Firth yang dicalonkan untuk Academy Award for Best Actor untuk watak yang dilakonkannya, George Falconer, seorang professor British gay yang tertekan tinggal di Selatan California pada tahun 1962. Pelakon lain yang membintangi filem ini adalah Julianne Moore, Nicholas Hoult, Matthew Goode, Jon Kortajarena dan ramai lagi.

The Bling Ring (2013)


Filem The Bling Ring (2013) merupakan sebuah filem jenayah yang ditulis dan diarahkan oleh Sofia Coppola. Filem ini dibintangi oleh Katie Chang, israel Broussard, Emma Watson, Taissa Farmiga dan Claire Julien. Filem ini adalah berdasarkan sebuah artikel dalam Vanity Fair (2010) berjudul The Suspects Wore Loubotins" oleh Nancy Jo Sales. Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang obses dengan populariti dan menggunakan internet untuk mencari rumah untuk melakukan jenayah. 

Private Life (2018)


Filem Private Life (2018) merupakan sebuah file yang ditulis dan diarahkan oleh Tamara Jenkins, dan dibintangi oleh Paul Giamatti, Kathryn Hahn, Kayli Carter, Molly Shahnon, John Carroll Lynch, Desmin Borges dan Denis O'Hare. Filem ini memfokuskan pada Richard dan Rachel, pasangan yang sudah berkahwin di bandaraya New York, berusaha untuk mendapatkan cahaya mata dengan apa jua cara. Filem ini menerima rating Rotten Tomatoes sebanyak 94% manakala Metacritic memberikan 83 markah daripada 100 markah. 

50 FILEM TERBAIK DI NETFLIX


Mengapa tiada filem-filem dari Asia? Untuk filem-filem Asia termasuk filem dari Malaysia akan disenaraikan dalam senarai lain yang eksklusif untuk filem-filem pilihan Asia sahaja. Kalau dicampurkan semuanya, mungkin senarai ini akan menjadi lebih panjang, dan bermakna lebih banyak masa yang akan diambil untuk menyiapkan artikel ini.

Semoga artikel ini dapat memberi anda pengetahuan tentang filem-filem terbaik di Netflix, akhir kata, selamat menonton filem.

SEKIAN

Sumber : Netflix | Google Image

2 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post