Review The Queen's Gambit (2020), Salah Satu Siri Netflix Terbaik Tahun 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Review The Queen's Gambit (2020), Salah Satu Siri Netflix Terbaik Tahun 2020

The Queen's Gambit (2020) merupakan sebuah mini siri berdasarkan novel dengan tajuk yang sama oleh Walter Tevis pada tahun 1983.  Tajuk siri ini adalah merujuk kepada "Queen's Gambit", salah satu gerakan pembukaan dalam permainan chess. Minisiri ini ditulis dan diarahkan oleh Scott Frank yang turut sama menghasilkan siri ini bersama Allan Scott. 

Latar masa siri The Queen's Gambit ini bermula pada pertengahan 1950-an dan ke arah 1960-an, mengikuti kehidupan Beth Harmon, seorang anak yatim yang bijak bermain chess sehingga menjadi pemain chess terbaik dunia dan dalam masa yang sama diganggu dengan masalah ketagihan arak alkohol dan dadah. 

Netflis telah menayangkan The Queen's Gambit bermula pada 23 Oktober 2020. Selepas empat minggu ditayangkan, siri ini menjadi minisiri paling banyak ditonton di Netflix. Siri ini memenangi dua anugerah di Golden Globe Awards untuk kategori Best Limited Series or Television Film dan Best Actress- Miniseries or Television Film.

Review The Queen's Gambit (2020), Salah Satu Siri Netflix Terbaik Tahun 2020

The Queen's Gambit
Berdasarkan The Queen's Gambit oleh Walter Tevis
Pengarah & Penulis : Scott Frank
Pelakon : Anya Taylor-Joy, Bill Camp, Moses Ingram, Isla Johnston
Muzik : Carlos Rafael Rivera
Episod : 7
Tarikh Mula Tayang : 23 Oktober 2020


SINOPSIS THE QUEEN'S GAMBIT

Kisah ini bermula di Lexington, Kentucky, di mana Beth yang berusia sembilan tahun, yang kehilangan ibunya dalam kemalangan kereta, dibawa ke rumah anak-anak yatim di mana dia diajar bermain catur oleh penjaga bangunan, Encik Shaibel. 

Review The Queen's Gambit (2020), Salah Satu Siri Netflix Terbaik Tahun 2020

Kebiasaanya pada tahun 1950-an, rumah anak yatim akan memberikan pil penenang setiap hari kepada gadis-gadis, yang berubah menjadi satu ketagihan bagi Beth. Dia dengan pantas menjadi pemain catur yang hebat kerana kemahiran visualisasi, yang ditingkatkan oleh ubat penenang itu. Beberapa tahun kemudian, Beth diambil sebagai anak angkat oleh Alma Wheatley dan suaminya dari Lexington. Ketika dia menyesuaikan diri dengan rumah barunya, Beth memasuki pertandingan catur dan menang walaupun tidak mempunyai pengalaman sebelumnya dalam pertandingan catur yang kompetitif. Dia bersahabat dengan beberapa orang, termasuk bekas Johan Negeri Kentucky Harry Beltik, Juara Nasional Amerika Syarikat Benny Watts, dan wartawan dan rakan pemain D.L. Townes. Ketika Beth naik ke puncak dunia catur dan meraih keuntungan kewangan dari kejayaannya, kebergantungannya pada dadah dan alkoholnya menjadi semakin buruk.

BARISAN PELAKON

  • Anya Taylor-Joy sebagai Beth Harmon
  • Bill Camp sebagai Mr. Shaibel
  • Moses Ingram sebagai Jolene
  • Christiane Seidel sebagai Helen Deardorff
  • Rebecca Root sebagai miss Lonsdale
  • Chloe Pirrie sebagai Alice Harmon
  • Akemnji Ndifornyen sebagai Mr. Fergusson
  • Marielle Heller sebagai Alma Wheatley
  • Harry Melling sebagai Harry Beltik
  • Patrick Kennedy sebagai Allston Wheatley
  • Jacob Fortune-Llyod sebagai Townes
  • Thomas Brodie-Sangster sebagai Benny Watts
  • Marcin Dorocinski sebagai Vasily Borgov

Ulasan The Queen's Gambit 

Review The Queen's Gambit (2020), Salah Satu Siri Netflix Terbaik Tahun 2020

Sebenarnya dah lama aku nak tonton siri ni, tapi ada kekangan. Alhamdulillah, baru-baru ini barulah sempat nak tonton keseluruhan siri ini. Sebenarnya aku kalau nak tonton siri, aku suka tonton kesemua episod sekaligus. Tak perlu nak tunggu lama-lama untuk episod seterusnya. In shaa Allah, aku akan berikan ulasan tentang apa yang aku rasa tentang The Queen's Gambit ini.


Jalan Cerita  Sebelum menonton filem ini, hanya berdasarkan gambar, aku belum dapat tangkap tentang apa sebenarnya siri ini. Hanya ada gambar catur sahaja. Lepas menonton episod pertama, okay, aku sudah tertarik. Bagaimana diceritakan tentang Beth Harmon yang mula belajar permainan chess atau catur ini.

Dengan latar masa 1950-an dan 1960-an, ketika itu peranan wanita dan juga penglibatan wanita dalam pelbagai perkara masih terhad. Beth Harmon bagaikan seorang adiwira di dalam dunia catur, yang diberikan kuasa bermain catur dengan begitu baik tetapi dalam masa yang sama menghadapi konflik diri.

Setiap episod membuatkan kita mahu tonton lagi episod seterusnya. Ada beberapa cerita dalam Netflix yang bila mana aku tonton episod pertama, rasa macam tak nak sambung tengok lagi dah sebab ceritanya agak mendatar. Tetapi cerita ini aku suka, jalan ceritanya buatkan kita nak tahu perjalanan Beth Harmon ni.

Review The Queen's Gambit (2020), Salah Satu Siri Netflix Terbaik Tahun 2020



CGI Okay, tentang CGI pula, yang boleh kita nampak adalah bagaimana imaginasi Beth Harmon dilihatkan melalui CGI. Nampak real dan memberikan nilai tambah dalam penceritaan. Kita boleh lihat apa yang terjadi dalam fikiran Beth Harmon apabila sedang berfikir, bagaimana dia belajar dan menjadi pandai dalam permainan catur.

Selain itu, ada banyak juga babak yang dibuat dengan latar hijau. Bila tonton video disebalik tabir, barulah sedar bahawa ia hanyalah CGI. 

Review The Queen's Gambit (2020), Salah Satu Siri Netflix Terbaik Tahun 2020

Lakonan Of course antara yang patut diberi pujian tinggi adalah lakonan oleh setiap pelakonnya. Ini merupakan pertama kali aku menonton lakonan Anya Taylor-Joy. Memang nampak sangat elegan dan bila mana ada konflik dalam wataknya, boleh lihat lakonan yang bersungguh-sungguh. Pelakon-pelakon lain juga berjaya menjadikan mini siri ini sebuah dunianya sendiri. 

Aku suka hubungan antara Beth Harmon dan ibu angkatnya, Alma Wheatley lakonan Marielle Heller. Boleh nampak pada awalnya agak awkward, tapi lama-kelamaan hubungan antara mereka menjadi rapat dan membuatkan aku terkejut adalah kematian Alma Wheatley.

Secara keseluruhannya, siri The Queen's Gambit ini merupakan satu siri yang menghiburkan untuk aku. Untuk mereka yang tidak suka cerita yang perlu berfikir, mungkin siri ini agak bosan untuk anda. Kalau sukakan cerita aksi, memang anda akan sangat bosan menonton siri ini. Aku suka dengan siri ini sebab aku suka cerita yang membuatkan kita berfikir dan dalam masa yang sama memberi ilmu baru. Adakah aku akan menonton lagi siri ini? In shaa Allah tapi bukan dalam masa terdekat.

Bintang : ⭐⭐⭐⭐ /5

No comments:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.