SKMM Arahkan Celcom, Maxis, Tune Talk dan Webe Tidak Kelirukan Pengguna

Assalamualaikum dan salam sejahtera

SKMM Arahkan Celcom, Maxis, Tune Talk dan Webe Tidak Kelirukan Pengguna

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) baru-baru ini telah memaklumkan dan mengarahkan (4) penyedia perkhidmatan iaitu Celcom, Maxis, Tune Talk dan Webe untuk membuat tindakan pembetulan ke atas promosi yang mengelirukan. Ia termasuklah mnyatakan dengan jelas terma dan syarat untuk segala perkhidmatan yang ditawarkan termasuklah mengenai Fair Usage Policy (FUP). 

Notis arahan dikeluarkan megikut Seksyen 127 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) kepada 4 penyedia perkhidmatan yang dinyatakan di atsa kerana ketidakpatuhan mereka berkaitan pengiklanan berpandukan Kod Amalan Am Pengguna bagi industri komunikasi dan multimedia. 

SKMM turut membuat pemantau terhadap promosi dan iklan-iklan yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi supaya semua maklumat yng diberikan adalah jelas, tidak mengelirukan dan mudah difahami. 

Ramai yang pengguna berasa tertipu apabila menggunakan pelan tanpa had yang dilakukan penyedia perkhidmatan telekomunikasi. Pelan ini diiklankan dengan menawarkan data tanpa had, tetapi ia juga hadir dengan Fair Usage Policy (FUP) yang tersembunyi dan tidak diberitahu pada pengguna dengan jelas. 

Fair Usage Policy adalah pendekatan untuk memberikan pengalaman setara untuk semua pengguna dan membendung penggunaan keterlaluan yang akan menjejaskan pengalaman pengguna amnya. Walaupun pendekatan ini adalah bagus untuk menjaga pengguna di talian, tetapi menjadi masalah apabila ia tidak dinyatakan dengan jelas dan mudah difahami kepada pelanggan. 

Dalam notis yang sama, SKMM turut menyeru pengguna untuk memahami promosi yang ditawarkan sebelum membuat pembelian atau melanggannya. Pengguna juga pelu memastikan pelan yang dilanggan adalah bersesuaian dengan keperluan dan penggunaan masing-masing. 

Sumber : MCMC

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post