Aplikasi Mindful Muslim Terapi Untuk Minda, Jiwa dan Rohani

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Aplikasi Mindful Muslim

Aplikasi Mindful Muslim Terapi Untuk Minda, Jiwa dan Rohani | Sejak awal tahun 2020 sehinggalah Mei 2021, sebanyak 1,099 kes bunuh diri telah direkodkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan antara faktor pendorong dikenal pasti adalah kerana stres, depresi dan kemurungan melampau disebabkan masalah kewangan, hilang pekerjaan, bebanan hutang dan masalah keluarga. Apatah lagi ketika negara dilanda pandemik Covid-19 dan ramai yang terkesan teruk akibat pandemik terbabit.

KEMURUNGAN & TEKANAN 🠊 BUNUH DIRI

Mengikut statistik, 50% daripada cubaan membunuh diri datangnya dari kemurungan. Bagi mereka yang mempunyai kemurungan dan sekiranya tidak dirawat mempunyai kebarangkalian 20% untuk melakukan cubaan membunuh diri. 

Antara tanda-tanda mereka yang mengalami kemurungan adalah :-

➤ Perasaan yang tertekan
➤ Kurang atau hilang minat pada perkara / aktiviti yang disukai sebelum ini
➤ Perubahan berat badan yang ketara
➤ Rasa letih atau tidak bersemangat
➤ Rasa diri sudah tidak berharga
➤ Hilang kebolehan untuk fokus pada sesuatu perkara

Aplikasi Mindful Muslim
Info Grafik The Star


CARA ATASI KEMURUNGAN

Antara cara-cara mengatasi kemurungan adalah dengan dapatkan nasihat profesional, beriman kepada takdir yang baik dan buruk, eratkan silaturrahim, tawakkal, jalani kehidupan dengan seimbang, berzikir, mohon pertolongan daripada Allah dan sebagainya.

Dengan adanya aplikasi Mindful Muslim ini, aku berpendapat ia sangat sesuai untuk membantu mereka yang kemurungan, mempunyai tekanan dan sebagainya ini untuk tenangkan jiwa dan tingkatkan kesihatan mental seiring dengan agama Islam.

Aplikasi Mindful Muslim

MINDFUL MUSLIM APLIKASI PENENANG JIWA PERTAMA DI DUNIA

Mindful Muslim merupakan aplikasi penenang jiwa pertama di dunia berasaskan Islami, dibangunkan untuk membantu lebih 1.8 billion orang Islam di seluruh dunia, meningkatkan kesihatan mental dan emosi. Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Mindful Muslim, Mohamad Akhtaar Abdul Ghani, objektif utama pembangunan aplikasi ini adalah untuk membantu meningkatkan kesihatan mental umat Islam yang berdepan pelbagai cabaran pada masa kini dengan elemen Islamik.


Aplikasi Mindful Muslim

Dilengkapi bacaan ayat al-Quran, zikir, kisah-kisah para Nabi, ceramah motivasi, bacaan rukyah, doa-doa khas menghilangkan tekanan dan bunyian alam semulajadi. Aplikasi ini juga mempunyai versi suara wanita dan lelaki agar pengguna boleh mendengarnya dengan lebih selesa mengikut jantina masing-masing.  

Aplikasi Mindful Muslim

Dilancarkan pada tahun 2020, aplikasi ini dibangunkan bersama 16 penyelidik yang turut berperanan sebagai penulis dan membuat voice over. Aplikasi ini boleh didapati dalam versi bahasa Inggeris dan bakal diperluaskan dalam bahasa Melayu dan Arab. 

Aplikasi Mindful Muslim boleh dilayari secara percuma selain mempunyai kandungan premium yang boleh dilanggan pada harga AS$3.90 (RM16.09) sebulan. 


Aplikasi Mindful Muslim

MENCUBA APLIKASI MINDFUL MUSLIM

Aplikasi Mindful Muslim

Aku juga turut menggunakan aplikasi ini dan jujurnya Mindful Muslim ini satu aplikasi yang memudahkan kita untuk berasa tenang dan nyaman. Kalau sebelum ini aku agak sibuk dengan kerja-kerja, kekangan pandemik Covid-19, kuarantin diri dan sebagainya yang membuatkan kadang-kadang aku rasa tertekan, tetapi dengan aplikasi ini aku dapat menenangkan diri, mendengar bacaan surah-surah al-Quran, mendengar kisah-kisah nabi dan pelbagai lagi.

Penggunaan aplikasi ini juga sangat senang kerana antaramukanya cantik, menarik dan 'clean'. Memilih surah-surah, sirah nabi dan pelbagai lagi juga mudah dengan adanya panduan apabila aplikasi ini dibuka. Antara fungsi yang aku suka adalah pada ruqyah yang mana pengguna mempunyai pilihan untuk memilih ruqyah mengikut kategori pilihan masing-masing. 

Aplikasi ini bukan sahaja untuk pengguna menenangkan jiwa tetapi ia turut membantu untuk pengguna mendalami agama Islam dengan pelbagai kandungan yang tersedia. Bolehlah belajar tentang sirah Nabi, doa-doa dan surah-surah Al-Quran yang tersedia di dalam aplikasi ini. Ia secara tidak langsung dapat mendekatkan diri dengan Allah. S.W.T



"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." ( Surah Al-Baqarah, ayat 128 )


MUAT TURUN MINDFUL MUSLIM APP 🠋





#MindfulMuslimMy  #MindfullMuslim  #MindfulMuslimApp  #MotivasiIslam

RUJUKAN : 

1,099 bunuh diri sejak 2020 hingga Mei 2021 (bharian.com.my) 

Kemurungan: Punca, Tanda tanda dan Rawatan - The Diagnosa 

Bagaimana Atasi Kemurungan Mengikut Islam? | SalamWebToday

14 comments:

  1. Ramai blogger yang update pasal apps ni. Sesiapa yang cipta apps ni memang smart sebab dah bagi ketenangan kat kita. Terapi ketenangan di hujung jari.

    ReplyDelete
  2. Thank you for sharing this! Will share this with my Muslim friends as I am not a Muslim.

    ReplyDelete
  3. Sangt bagus aplikasi begini untuk ubati penyakit mental. Maklumlah ramai yang stress musim pandemik ini

    ReplyDelete
  4. Sama la. Rawlins pasang time nak tidur, sekali dengan bunyi latar belakang air hujan atau air terjun, tenang je otak time tidur.

    ReplyDelete
  5. wahh bagusnya apps ni, sangat-sangat bermanfaat di musim pandemik ni. ok nanti nak install

    ReplyDelete
  6. Aplikasi yang sangat bagus untuk muslim. sangat sangat bermanfaat lagi lagi musim pandemik ni

    ReplyDelete
  7. Bagus apps ni sis dah download. Banyak doa dan zikir boleh menenangkan jiwa and senang nak tido bila ada apps ni.

    ReplyDelete
  8. bagus ni applikasi istimewa utk muslim yang ingin diisikan jiwanya dengan perkara yang dapat memberi manfaat

    ReplyDelete
  9. Bagus app seperti ini untuk orang Muslim lagi-lagi untuk membantu yang kemurungan.

    ReplyDelete
  10. Aplikasi yang bagus. Bukan sahaja untuk orang dewasa, anak-anak pun suka. Kalau tidur malam, akak akan pasang surah utk tidur tu dan baca sama-sana dengan anak. Mereka akan baca dan auto terlelap. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  11. Bagus juga kan ada app macam ni... we need something like this so badly especially during this hard time.. terapi minda is something that i need too.. nak cari version yang sesuai for me la...

    ReplyDelete
  12. wow menarik sgt. app mindfulness pn ada utk segment audience Muslim. nk try jgk nnt kita download haha

    ReplyDelete
  13. Dalam phone sekarang wajib ada apps2 macam ni sebab kalau rasa nak murung ke stress cepat2lah cari jalan selesai. Jika apps macamni adalah salah satu caranya why not kann. Janji kita rasa bahagia dan tenang.

    ReplyDelete
  14. Terapi ketenangan lewat aplikasi memang sangat dibutuhkan saat inilah. Apalagi bagi kita-kita yang sangat sibuk, ponsel dalam genggaman setiap saat kan?

    But btw, Sejak awal tahun 2020-Mei 2021, ada 1.099 kasus suicide di Malaysia? Oh my God, tinggi sekali itu. Benar sekali, ketenangan jiwa perlu buat kita supaya terhindar dari perbuatan tercela membunuh diri sendiri. May God bless us.

    I'm not Moslem by the way, i am a Christian, but i do the same, instal Abide Prayer in my mobile, same like Mindful Muslim.

    Salam kenal dari Indonesia.

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.