Review Filem : Hutang 2D (2021) Filem Pertama Kumpulan Floor 88

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Okay, sebelum ni anda dah baca kan tentang filem Hutang 2D? Kalau belum, boleh baca di sini > HUTANG 2D. Baru-baru ini aku berkesempatan untuk menonton filem ini dan ini adalah review dan ulasan aku untuk filem Hutang 2D lakonan kumpulan Floor 88 dan ramai lagi.


Filem Hutang 2D (2021) merupakan sebuah filem pertama lakonan kumpulan Floor 88, diarahkan oleh Irwan Rauf dan Eric Fuzi. Filem ini dengan durasi 95 minit hanya ditayangkan di Astro First, saluran 480. Antara pelakon lain yang turut membintangi filem ini adalah seperti Ropie, Fauziah Dato' Ahmad Daud, Black Hanifah, Baby Shima dan ramai lagi.

FILEM HUTANG 2D


Penerbit: Azlan Zaharie, Arie Zaharie, Ezam Merican (Fdam)
Penerbit Eksekutif : Arie Zaharie, Lydia Ibtizam, Dato' Jamil Baharom
Pengarah : Irwan Rauf & Eric Fuzi
Produksi : Arie Zaharie Production & Knack Knack Studios
Durasi : 95 minit
Kos Filem : RM300,000
Tarikh Tayangan : 5 Ogos 2021 (Astro First)

BARISAN PELAKON

  • Ayie Elham (Floor 88)  sebagai Ayie
  • Baby Shima  sebagai Shima
  • Eric Fuzi (Floor 88)  sebagai Eric
  • Akram (Floor 88) sebagai Akram
  • Falique (Floor 88) sebagai Falique
  • Achoi (Floor 88) sebagai Achoi
  • Amir (Floor 88) sebagai Amir
  • Fauziah Dato Ahmad Daud AMN sebagai Mak Ima
  • Ropie  sebagai Pak Jib
  • Black Hanifah sebagai Han
  • Wafiy Aan sebagai Kit
  • Coki sebagai Aiman
  • Altimet  sebagai Gua Mambang


SINOPSIS FILEM HUTANG 2D


Filem HUTANG 2D mengangkat genre komedi, aksi dan fantasi. Ia mengisahkan tentang Ayie (Ayie Elham), seorang pelukis webtoon yang kuat berangan dan bersifat pengecut. Hubungan Ayie dan ayahnya, Pak Jie (Ropie) tidak mesra, bahkan bakat melukisnya juga sering dipandang rendah oleh Pak Jie. Itu membuatkan Ayie rasa sedih dan kurang keyakinan, termasuklah memendam rasa terhadap jirannya, Shima (Baby Shima). Sementara itu, Pak Jie banyak berhutang dan sering diganggu oleh dua orang gangster, Han (Black) dan Kit (Wafiy Ilhan). 


Apabila Pak Jie diserang di rumahnya, Ayie terus menyembunyikan diri. Segalanya berubah apabila Ayie bertemu dengan Gua Mambang (Altimet) dan telah menghadiahkan sebuah ‘tablet’ ajaib. Ayie mendapati setiap lukisannya di tablet itu akan menjadi kenyataan. Kemudian, Ayie mencipta rakan-rakan baru dengan mempunyai kuasa ‘superhero’ yang luar biasa agar dapat membantunya menyelesaikan masalah hidupnya.

ULASAN FILEM HUTANG 2D

Baru-baru ini aku sempat menonton filem Hutang 2D ini menerusi siaran awal yang diberikan kepada pihak media. Jalan cerita filem ini bagi aku cukup mudah, iaitu mengenai tajuknya sendiri iaitu hutang. Jadi aku yakin isu hutang akan menjadi isu utama dalam filem ini, tetapi tekaan aku meleset kerana ada beberapa isu lain yang ditambah untuk menjadikan filem ini lebih berkembang.

Antara plot atau isu lain adalah seperti penculikan wanita di kawasan perumahan flat yang aku berpendapat menenggelamkan isu hutang. Mungkin pembikin filem ini hanya mahu jadikan isu hutang sebagai plot pertama sahaja, iaitu pemula bagi masalan-masalah lain. Adegan pengenalan kepada watak-watak ciptaan Ayie juga aku rasa mungkin boleh diperbaiki lagi.


Aspek yang aku suka dalam filem ini adalah latar lokasi yang digunakan. Tidak seperti majoriti cerita melayu yang lain, filem ini membawa kisah rakyat di perumahan Flat PPRT. Tiada rumah banglo, dato, datin dan sebagainya yang begitu sinonim dengan cerita melayu.

Untuk lakonan pula, bagi aku mereka semua menjayakan watak dengan baik, terutamanya Kak Ogy yang sememangnya seorang pelakon hebat. Begitu juga dengan Ropie yang menceriakan suasana dengan elemen kelakarnya. Watak Ayie juga bagi aku dijayakan dengan baik, boleh lihat lakonannya yang bersahaja dan sisi kelakarnya.


Mungkin pelakon tambahan seperti penduduk flat tersebut boleh memperbaiki lakonan kerana nampak kaku tidak seperti pelakon lain. Watak Coki bagi aku tidak memberi impak yang banyak. Jika watak itu tiada pun mungkin filem ini masih boleh difahami. Mungkin pemilihannya untuk menarik minat penonton muda yang meminati Coki.


Elemen kesan khas juga aku rasa patut dipuji kerana boleh dilihat kesungguhan walaupun ia masih jauh berbanding dengan filem di Hollywood. Menjayakan filem ini sewaktu pandemik adalah satu perkara yang susah, tahniah buat produksi dan semua yang menjayakan penerbitan filem ini. Ya, jika ada sambungan mungkin filem sekuel, aku pasti akan menontonnnya. Harapan aku supaya filem berikutnya akan menjadi lebih baik dari semua aspek.

BINTANG : ⭐⭐⭐/ 5


SEKIAN

2 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. tak sangka baby shima boleh berlakon, chemistry dengan ayie pun bagus. Nasib baik Eric pujuk Baby shima berlakon, kalau tak rugi lah bakat terpendam tersia

    ReplyDelete
  2. Perghhh seuma muka-muka yang buka beshe2 lah berlakon dalam ni

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post