Makan di Restoran Ori Ayam Kampung, Shah Alam | Betul Ke Sedap Macam Orang Cakap?

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Makan di Restoran Ori Ayam Kampung, Shah Alam | Betul Ke Sedap Macam Orang Cakap?

Apa khabar rakan-rakan dan sahabat sekalian? Alhamdulillah, semoga semuanya dalam keadaan baik dan sihat sejahtera sentiasa. Baiklah, kali ini aku nak menulis sedikit ulasan dan pengalaman aku makan di sebuah restoran yang menarik di Shah Alam. Alhamdulillah, aku sempat mencuri masa untuk menulis artikel kali ini, jadi jemput baca sehingga ke penghujung ya!

MAKAN DI RESTORAN ORI AYAM KAMPUNG, SHAH ALAM

Makan di Restoran Ori Ayam Kampung, Shah Alam | Betul Ke Sedap Macam Orang Cakap?

Pada hari ahad baru-baru ini, aku dipelawa oleh rakan aku untuk makan tengahhari di sebuah restoran yang dikenali sebagai Ori Ayam Kampung. Lokasinya terletak di Seksyen 22, Shah Alam. Memandangkan ketika itu sudah memasuki musim perayaan, jadi memang tak ramai orang sebab aku rasa ramai yang mengambil peluang untuk pulang ke kampung. 

Kami sampai sekitar jam 11:30 atau 12:00 macam tu, memang sesuai untuk makan tengah harilah waktunya. Alhamdulillah, tempat meletak kereta memang banyak (mungkin sebab cuti?). Jadi, tanpa membuang masa, kami pun terus masuk melihat apa yang menarik di restoran ini. 


SUASANA DALAM RESTORAN ORI AYAM KAMPUNG, SHAH ALAM

Makan di Restoran Ori Ayam Kampung, Shah Alam | Betul Ke Sedap Macam Orang Cakap?

Sebelum bercerita tentang makanan, aku nak cerita tentang suasana dalam restoran terlebih dahulu. Okay, restoran ini dibuka seawal 8.30 pagi, mungkin ada yang datang untuk bersarapan. Ketika kami sampai pun ada ramai pelanggan yang seang menikmati makanan. 

Suasana dalam restoran pertama sekali kelihatan sangat selesa. Ada pendingin hawa dan juga kipas, selesa untuk datang menikmati makanan. Selain itu, apa yang aku lihat pemilihan warnanya macam seakan sama dengan salah satu restoran nasi ayam famous di Malaysia. Hmmm... menarik. 

Makan di Restoran Ori Ayam Kampung, Shah Alam | Betul Ke Sedap Macam Orang Cakap?

Next, tempat duduk dan meja. Memang selesa dan meja pun cantik. Tak melekit-lekit dan sebagainya. Seterusnya adalah untuk memesan makanan. 


MAKANAN RESTORAN ORI AYAM KAMPUNG, SHAH ALAM

Makan di Restoran Ori Ayam Kampung, Shah Alam | Betul Ke Sedap Macam Orang Cakap?

Ada beberapa menu yang kami pilih dan pesan. Antaranya adalah seperti berikut ;-
  • Ayam Kampung Goreng
  • Siput Sedut Masak Lemak
  • Gulai Tetel
  • Asam Pedas Pari
  • Terung Berlado
  • Sambal Hijau / Sambal Biasa
  • Limau Ais
  • Teh O Ais
Makan di Restoran Ori Ayam Kampung, Shah Alam | Betul Ke Sedap Macam Orang Cakap?

Okay, ada beberapa gambar aku lupa nak ambil gambar dekat, macam menu Asam Pedas Pari & Terung Berlado. Tapi tak mengapalah. 

Makan di Restoran Ori Ayam Kampung, Shah Alam | Betul Ke Sedap Macam Orang Cakap?

Hmm..untuk ayam goreng kampung ni bagi aku saiznya agak mengecewakan. Mungkin sebab aku lebih suka bahagian lain macam dada dan sebagainya, yang lebih banyak isi. Kalau beli ayam KFC, aku pasti akan request bahagian 'tight' atau dada sebab bagi aku lagi berbaloi. Tapi tak mengapalah. Walaupun saiznya sebegitu, tetapi rasanya masih sedap. 

Makan di Restoran Ori Ayam Kampung, Shah Alam | Betul Ke Sedap Macam Orang Cakap?

Gulai Tetel ni bagi aku rasanya memang sedap. Sesuai dengan tekak melayu aku. Mungkin ada orang akan rasa biasa-biasa sahaja, tetapi bagi aku rasanya dah cukup baik untuk seseorang yang suka makan lauk campur melayu ni.

Makan di Restoran Ori Ayam Kampung, Shah Alam | Betul Ke Sedap Macam Orang Cakap?

Bagi aku kedua-dua sambal ini sama sahaja tahap kepedasannya, tapi kalau suruh dipilih, mungkin aku akan pilih sambal hijau. Tak tahu kenapa, tapi ramai juga yang mintak sambal ni di kaunter.

Makan di Restoran Ori Ayam Kampung, Shah Alam | Betul Ke Sedap Macam Orang Cakap?

Untuk siput sedut masak lemak ni pula, aku tak tau rasanya macam mana sebab aku tak makan siput sedut. Maaf sangat sebab tak dapat nak review. Kenapa aku amik menu ni? Hey! Aku bukan datang sorang, macam yang aku bagitahu sebelum ni, kawan aku yang ajak aku makan di sini.

Untuk menu yang aku tak sempat ambil gambar dekat, asam pedas ikan pari, rasanya memang sedap. Boleh rasa asam pedasnya, tetapi kalau memgharapkan yang betul-betul 'kick' mungkin boleh ke negeri Melaka.

Untuk terung berlado pula, aku memang suka menu terung masak lada. Entah kenapa masa kecik & remaja aku tak makan terung, tapi sejak 5 tahun lepas aku macam suka pula lauk terung. Jadi, untuk aku lauk ini memang dah sedap.


SENARAI MENU DI RESTORAN ORI AYAM KAMPUNG


Makan di Restoran Ori Ayam Kampung, Shah Alam | Betul Ke Sedap Macam Orang Cakap?

Okay, mesti anda tertanya, takkan itu sahaja makanan di sini? Anda boleh lihat dalam gambar-gambar menu ni. Ada banyak pilihan makanan dan minuman yang anda boleh cuba di sini. Anda juga boleh nampak harga yang dipaparkan. Macam mana? Harganya berbaloi atau tak?

Makan di Restoran Ori Ayam Kampung, Shah Alam | Betul Ke Sedap Macam Orang Cakap?

Bagi aku harganya adalah harga standard, sesuai dengan suasana restoran dan juga makanan yang kita nikmati. Tak terlampau mahal dan tak terlampau murah. Untuk warga Shah Alam bolehlah datang. Tak kira kalau anda student ke, family ke, aku rasa sesuai ja untuk datang makan di sini. 

Makan di Restoran Ori Ayam Kampung, Shah Alam | Betul Ke Sedap Macam Orang Cakap?


Secara keseluruhannya, aku berikan restoran ini 8.5/10. Makanannya sedap-sedap belaka, suasana makan pun selesa, harga pun berpatutan. Ada banyak pulak tu pilihan makanan. In shaa Allah kalau ada peluang nanti aku akan datang lagi ke sini. Kepada yang nak tahu lokasi dan sebagainya, boleh lihat di bawah.

Restoran Ori Ayam Kampung Nasi Lemak


Lokasi : 2F, Jalan Jubli Perak 22/1, Seksyen 22, 40300 Shah Alam, Selangor
Telefon : 014-886 6650
Waktu Operasi : Setiap Hari (8.30 pagi - 10.30 malam)

SEKIAN

*ini bukan review berbayar

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!