Selamat Hari Kebangsaan 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera


SELAMAT HARI KEBANGSAAN 2021 | Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Semoga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera. Seperti yang kita sedia maklum, tanggal 31 Ogos setiap tahun adalah tarikh keramat dimana tertubuhnya sebuah negara baru, Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya pada tahun 1963, bergabung dengan Sabah dan Sarawak menjadi Malaysia yang tercinta.

Cukup pasal sejarah (masih ingat ketika belajar di sekolah menengah), tanpa disoal oleh sesiapa, aku nak menjawab soalan " Apakah makna merdeka bagi anda?".


#1 Bebas, aku rasa semua orang berpendapat yang sama, itulah maksud yang utama dan jelas. Bebas daripada dijajah. Tetapi walaupun kita, rakyat Malaysia bebas dijajah oleh kuasa asing, tetapi bagi aku dari segi pemikiran, kita masih dijajah. Kalau dilihat rakyat di negara lain, mereka berlumba-lumba maju ke hadapan, dengan teknologinya, ilmu yang dipelajarinya, seni budaya mereka diketengahkan, tetapi kita disini, (bukan semua) terumbang-ambing dengan isu-isu remeh, pecahan politik, rampasan kuasa dan sebagainya.


#2 Jika waktu bersekolah, merdeka adalah hari yang meriah. Di rumah, psatinya akan menonton perarakan yang kebiasaannya diadakan di Dataran Merdeka. Melihat perarakan berwarna warni, nyanyian lagu-lagu patriotik, semuanya cukup seronok. Kalau di sekolah pula, sepanjang bulan kemerdekaan pasti akan ada pelbagai pertandingan, kempen dan sebagainya bagi menyemarakkan rasa patriotik terhadap diri masing-masing.

Aku masih ingat, ada pertandingan menghias basikal dengan tema patriotik. Sewaktu aku di darjah 4, aku berbasikal ke sekolah yang jaraknya kira-kira 1 kilometer sahaja. Menghias basikal dengan membeli bendera Jalur Gemilang pelbagai rupa dan dihias pada setiap penjuru basikal. Tiba di hari pertandingan, aku kalah. Walaubagaimanapun, ia tidak mematahkan semangat.


#3 Lagu Patriotik | Aku berpendapat lagu-lagu patriotik di awal dekad 2000 adalah yang paling sedap, paling diingati lirik-liriknya. Keranamu Malaysia, Jalur Gemilang dan beberapa lagi lagu pasti akan dinyanyikan di sekolah ketika perhimpunan. Ketika aku di sekolah menengah, lagu-lagu ini dimainkan oleh pasukan pancaragam dimana aku adalah salah seorang dari pasukan tersebut.


Lagu-lagu patriotik di waktu sekarang, bagi aku mungkin serba tak kena. Mungkin kerana dalam kehidupan aku, aku tak boleh menerima lagu baru? Entahlah. 

#4 Bendera Jalur Gemilang | Aku masih ingat pada suatu ketika begitu banyaknya kenderaan yang mempunyai bendera Jalur Gemilang terpacak megah dicermin hadapannya. Hampir semua orang bersemangat menyambut bulan kemerdekaan. Pemberian bendera-bendera Jalur Gemilang di banyak tempat dengan percuma.


#5 Filem bertemakan patriotik juga ditayangkan diwaktu hari kemerdekaan. Antara yang paling memberi kesan bagi aku adalah filem 1957 : Hati Malaya. Filem-filem lain seperti Bukit Kepong, Leftenan Adnan, Paloh, dan Tanda Putera juga sering ditayangkan pada hari kebangsaan.

Filem-filem sebegini selalu ditayangkan dibulan kemerdekaan kerana mungkin penyiar merasakan filem-filem ini sesuai pada bulan kemerdekaan sahaja, padahal patriotik bukanlah mengikut musim.

#6 Bila rasa cinta pada negara, atau patriotik muncul, seterusnya yang aku akan buat adalah melihat pencapaian negara dalam pelbagai bidang. Bidang sukan, pembangunan, pendidikan, seni, dan pelbagai lagi. Dimana nak lihat semua ini? Youtube dan Google adalah rujukan utamanya.

Tetapi sejak akhir-akhir ini, rasa patriotik semakin berkurangan kerana kemelut politik yang menyebabkan prestasi negara semakin teruk, ditambah dengan pandemik dan pelbagai faktor lagi. Apa-apapun semoga semua kemelut dan pelbagai lagi masalah akan pulih dan para pemimpin negara dan memimpin sebaiknya. 



Sebagai penutup bicara, aku nak ucapkan selamat hari kebangsaan kepada seluruh rakyat Malaysia.  

SEKIAN

5 comments:

  1. Selamat menyambut hari kemerdekaan buat kali ke 64. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

    ReplyDelete
  2. Kemerdekaan yang amat hebat ialah berjaya melawan nafsu dan kesombongan diri. Salam kemerdekaan dalam pelbagai sudut..Subahanallah

    ReplyDelete
  3. Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 64. Merdeka!

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.