Review Filem : The Midnight Sky (2020)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Review Filem : The Midnight Sky (2020)

Mencari filem-filem sains fiksyen di Netflix, aku terjumpa sebuah filem yang ditayangkan pada tahun 2020 berjudul The Midnight Sky. Filem apakah ini? Melihat sinopsis pendeknya, nampak macam sebuah filem yang menarik. Teta[i selepas menonton secara keseluruhannya, semuanya seperti serba tak kena. 

Filem The Midnight Sky (2020) merupakan sebuah filem sains fiksyen diarahkan oleh George Clooney berdasarkan sebuah novel pada tahun 2016 berjudul Morning, Midnight oleh Lily Brooks-Dalton. Filem ini dibintangi oleh Clooney, seorang saintis yang perlu ke kawasan artik untuk menghalang kapal angkasa kembali ke Bumi setelah Bumi dilancda kecelakaan. Pelakon lain yang turut membintangi filem ini adalah Felicity Jones, David Oyelowo, Tiffany Boone,  Demián Bichir, Kyle Chandler dan ramai lagi. 

Filem The Midnight Sky (2020) ditayangkan secara terhad pada 11 Disember 2020 sebelum ditayangkan di Netflix bermula 18 Disember 2020. Filem ini menerima ulasan pelbagai daripada pengkritik, tetapi filem ini disenaraikan sebagais salah satu filem terbaik dari 10 filem pada tahun 2020 oleh National Board of Review. 

FILEM THE MIDNIGHT SKY (2020)

Review Filem : The Midnight Sky (2020)

Pengarah : George Clooney
Layar Cerita : Mark L. SMith
Penerbit : Grant Heslov, George Clooney, Keith Redmon, Bard Dorros, Cliff Roberts
Pelakon : George Clooney, Felicity Jones, David Oyelowo, Tiffany Boone
Sinematografi : Martin Ruhe
Muzik : Alexandre Desplat
Tarikh Tayangan : 11 Disember 2020
Durasi : 118 minit


BARISAN PELAKON FILEM THE MIDNIGHT SKY (2020)

Review Filem : The Midnight Sky (2020)
  • George Clooney sebagai Augustine Lofthouse
  • Ethan Peck sebagai Augustine ketika muda
  • Felicity Jones sebagai Dr. Iris "Sully" Sullivan
  • Caoilinn Springall sebagai Iris muda
  • David Oyelowo sebagai Commander Adewole
  • Kyle Chandler sebagai Mitchell
  • Demián Bichir sebagai Sanchez
  • Tiffany Boone sebagai Maya
  • Sophie Rundle sebagai Jean Sullivan
  • Tim Russ sebagai Mason Mosley
  • Miriam Shor sebagai isteri Mitchell

SINOPSIS FILEM THE MIDNIGHT SKY (2020)

Review Filem : The Midnight Sky (2020)

Saintis Augustine Lofthouse telah menumpukan pekerjaan hidupnya untuk mencari planet yang dapat dihuni di mana manusia dapat berkembang. Dia bertemu Jean Sullivan setelah memberikan pembentangan di sebuah gala dan mereka berdua menjalinkan hubungan romantis. Setelah kehamilan tidak terjadi, Jean meninggalkan Lofthouse kerana obsesinya terhadap kerja dan ketidakupayaannya untuk menjalin hubungan dengan manusia lain. Beberapa tahun kemudian, Lofthouse bertemu dengannya lagi dan dia mengatakan kepadanya bahawa mereka mempunyai anak perempuan, dimana Lofthouse pilih untuk tidak bertemu.

Tiga puluh tahun kemudian, pada tahun 2049, satu bencana yang tidak diketahui telah menghapuskan sebahagian besar populasi Bumi mengakibatkan permukaan Bumi tercemar dengan radiasi. Lofthouse enggan menyertai operasi menyelamat bersama ahli markas Kutub Utara yang lain, kerana menyedari bahawa usianya sudah tidak lama untuk hidup dan juga kerana penyakit serius yang tidak dikenali yang memerlukan hemodialisis dilakukan. Dia mencari sistem komputer pangkalan untuk misi ruang angkasa yang masih aktif untuk memberi amaran mengenai keadaan di Bumi, dan hanya menemui satu: kapal angkasa Aether, yang kembali dari penjelajahan di bulan planet Musytari yang dapat dihuni dikenali dengan nama K-23, yang ditemui oleh Lofthouse. Anak kapal angkasa tersebut telah terputus hubungan dengan Bumi tetapi mereka tidak tahu mengapa. Lofthouse mendapati antena di markasnya terlalu lemah untuk menghubungi mereka.

Review Filem : The Midnight Sky (2020)

Kemudian, dia mengalami mental 'blackout'. Selepas memadamkan api di dapur, dia menyedari seorang gadis muda bersembunyi dan tidak bercakap. Dia cuba menghubungi pasukan penyelamat lain untuk meminta seseorang mengambil gadis tersebut, tetapi mereka semua berada di luar jangkauan atau sudah mati. Gadis itu berkomunikasi dengan Lofthouse melalui lukisan dan memberitahu namanya Iris. Lofthouse semakin menyukai gadis tersebut dan membawanya dengan kereta salji ke pangkalan lain di utara, yang mempunyai antena yang lebih besar dan lebih kuat. Dia kehilangan peralatan dialisisnya akibat satu kemalangan, dan akan menyebabkannya mati tidak lama lagi. Tiba di pangkalan, Lofthouse berjaya membuat hubungan dengan Aether, tetapi kru kapal angkasa terganggu dengan medan asteroid yang merosakkan radar dan sistem komunikasi kapal.

Untuk memperbaiki kerosakan itu, pakar misi Sully yang hamil dan pasangannya, Komandan Adewole, melakukan 'spacewalk' dengan jurutera penerbangan mereka, Maya. Mereka memperbaiki komunikasi dan radar tetapi dilanda serangan asteroid kedua yang mengakibatkan Maya cedera parah. Sully menghubungi Lofthouse, yang memintanya untuk tidak kembali ke Bumi, tetapi kembali ke K-23 dan memulakan kehidupan baru di sana. Juruterbang Aether, Tom Mitchell, menolak, tetapi setelah mengetahui kata-kata terakhir isterinya dan melihat keadaan atmosfera Bumi, dia memahami bahawa adalah kepentingan terbaik kru untuk kembali ke bulan planet Musytari. Namun, dia memutuskan untuk menggunakan salah satu dari dua kenderaan untuk kembali ke Bumi, dengan harapan dapat menemui keluarganya yang mungkin telah dipindahkan untuk keselamatan sementara. Sanchez, yang melihat Maya sebagai anak perempuan kedua, memutuskan untuk menemaninya dan menguburkan mayatnya.

Review Filem : The Midnight Sky (2020)

Di dalam komunikasi terakhirnya, Sully memberitahu Lofthouse bahawa dia adalah salah satu sebab mengapa dia menyertai NASA. Dia mengucapkan terima kasih, memberitahunya bahawa ibunya Jean mengenalinya, kerana dia telah memberinya batuan dari bulan, dan nama penuhnya adalah Iris Sullivan. Lofthouse mengatakan bahawa dia sudah tahu namanya, menjadikannya jelas bahawa Iris, gadis muda yang dia lihat adalah hanya halusinasi. Ketika ditanya bagaimana dia sampai di pangkalan tersebut, dia mengatakan dia fikir mungkin dapat menolong seseorang, juga tanda sebagai alasan dia memantau misi Aether bukan hanya kerana dia menemui bulan ke mana mereka pergi , tetapi juga kerana dia tahu Sully adalah anak perempuannya dan bahawa dia adalah sebahagian dari misi itu. Sebelum keluar ke luar yang sejuk tanpa sebarang perlindungan, Lofthouse memberitahu Sully bahawa dia bangga akhirnya bertemu dengannya dan Sully menjelaskan keadaan bulan K-23 kepada Lofthouse. Sully dan Adewole dibiarkan untuk kembali ke K-23 menggunakan kod laluan yang diberikan kepada mereka oleh Lofthouse untuk memberi permulaan yang kedua kepada manusia.


ULASAN FILEM THE MIDNIGHT SKY (2020)

George Clooney. Siapa yang tak kenal pelakon hebat Hollywood ini. Kali ini beliau berlakon dan mengarahkan pula sebuah filem sains fiksyen. Tetapi adakah filem ini setanding dengan filem-filem sains fiksyen Hollywood yang lain? Ini adalah pendapat dan ulasan aku tentang filem The Midnight Sky (2020).

Jalan cerita filem ini mudah untuk difahami. Dimana plotnya berkisarkan tentang Bumi diambang kemusnahan dimana sudah tidak sesuai untuk dihuni akibat radiasi. Watak Lofthouse pula sebagai teraju utama, tidak mahu ke kawasan selamat dan ingin memberi pesanan kepada kapal angkasa yang ebrada di angkasa untuk tidak pulang ke Bumi. Bagi aku plot ini menarik tetapi bila ditonton dalam filemnya, bagi aku jalan ceritanya agak perlahan.

Review Filem : The Midnight Sky (2020)

Beberapa plot atau penceritaan di dalam filem ini yang memberi impak pun tidaklah banyak. Antara yang benar-benar memberikan impak bagi aku adalah ketika kapal angkasa Aether dilanda serangan asteroid. Babak Maya dengan darah terapung apabila dibuka sahaja sutnya memang sangat ngeri! Kemudian, jalan ceritanya kembali mendatar.

Barisan pelakonnya pula mantap-mantap belaka, George Clooney sudah semestinya. Felicity Jones dan beberapa pelakon aku rasa sudah memberikan usaha terbaik dalam lakonan mereka. Cuma seperti yang aku katakan jalan ceritanya agak perlahan dan pengisian antara plot agak lemah.

Review Filem : The Midnight Sky (2020)

Plot twist dibahagian akhir juga bagi aku agak lemah iaitu apabila rupa-rupanya budak perempuan bernama Iris itu hanyalah bayangan Lofthouse sahaja. Mungkin maksud tersirat di sini boleh diterima tetapi yang lain bagi aku biasa sahaja.

Apa yang aku harapkan sebenarnya adalah lebih banyak babak menunjukkan situasi Bumi, contohnya dibandar-bandar besar. Kemudian babak di bulan planet Musytari itu boleh dikembangkan lagi. Mungkin ceritanya adalah sebegini di dalam buku, nampak gayanya aku kena baca bukunya untuk lihat dengan lebih jelas penceritaanya.

Review Filem : The Midnight Sky (2020)

Kesimpulannya, filem The Midnight Sky (2020) tidak mencapai jangkaan aku tentang filem-filem sains fiksyen. Jalan ceritanya yang lemah, tetapi CGI yang nampak baik. Mungkin kalau disebut perkataan Midnight Sky, aku akan lebih mengingati tentang lagu Miley Cyrus dengan judul yang sama dari album Plastic Hearts.

BINTANG : ⭐⭐/ 10

1 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post