Review Filem : The Space Between Us (2017)

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Filem The Space Between Us (2017) merupakan sebuah filem romantik sains fiksyen diarahkan oleh Peter Chelsom, ditulis oleh Allan Loeb dan cerita oleh Stewart Schill, Richard Barton Lewis dan Loeb. Filem ini dibintangi oleh Gary Oldman, Asa Butterfield, Britt Robertson dan Carla Gugino. Filem ini menceritakan tentang kisah seorang budak lelaki yang lahir di planet Marikh dan mengembara kembali ke Bumi. 

Filem ini menerima review dan ulasan negatif oleh pengkritik di Amerika Syarikat dan hanya mengutip kutipan $USD 14.8 juta sahaja dengan bajet $USD 30 juta.

FILEM THE SPACE BETWEEN US (2017)

Review Filem : The Space Between Us (2017)

Pengarah : Peter Chelsom
Lakon Layar : Allan Loeb
Cerita Asal : Stewart Schill, Richard Barton Lewis, Allan Loeb
Penerbit : Richard Barton Lewis
Pelakon : Gary Oldman, Asa Butterfield, Carla Gugino, Britt Robertson
Sinematografi : Barry Peterson
Muzik : ANdrew Lockington
Tarikh Tayangan : 3 Februari 2017
Durasi : 121 minit
Bajet : $USD 30 Juta
Kutipan : $USD 16.08 Juta

BARISAN PELAKON FILEM THE SPACE BETWEEN US (2017)

Review Filem : The Space Between Us (2017)

  • Gary Oldman sebagai Nathaniel Shepherd
  • Asa Butterfield sebagai Gardner Elliot
  • Carla Gugino sebagai Kendra Wyndham
  • Britt Robertson sebagai Tulsa
  • B. D. Wong sebagai Pengarah Genesis Tom Chen
  • Janet Montgomery sebagai Sarah Elliot
  • Trey Tucker sebagai Harrison Lane
  • Scott Takeda sebagai Dr. Gary Loh
  • Adande Thorne sebagai Scott Hubbard
  • Colin Egglesfield sebagai abang Sarah
  • Gil Birmingham sebagai Shaman Neka
  • Logan Paul sebagai Roger
  • Danny Winn sebagai Dr. Cox

SINOPSIS FILEM THE SPACE BETWEEN US (2017)

Review Filem : The Space Between Us (2017)

Billionaire Nathaniel Shepard, CEO Genesis, melancarkan misi pertama untuk menghasilkan koloni di Marikh. Semasa dalam perjalanan, angkasawan Sarah Elliot mendapati dia hamil. Dia melahirkan Gardner setelah mendarat di Mars, dan meninggal dunia akibat 'eklampsia' ; manakala bapa Gardner tidak diketahui. Nathaniel meletakkan Gardner di Marikh sebagai rahsia; dia bimbang imej Genesis akan menjadi buruk dan kembali sekiranya ke Bumi boleh membahayakan kesihatan Gardner. Gardner dibesarkan oleh angkasawan Kendra Wyndham dan saintis lain di Marikh.

Review Filem : The Space Between Us (2017)

Enam belas tahun kemudian, dia menggodam robot yang dia turut bantu membina untuk mendapatkan akses ke barang-barang peribadi ibunya. Dia menjumpai cincin perkahwinan dan video Sarah dan seorang lelaki di sebuah rumah di tepi pantai. Yakin bahawa lelaki itu adalah ayahnya, Gardner bertekad untuk mencarinya. Di ruang sembang Internet, Gardner bercakap dengan Tulsa, seorang gadis pintar dari Colorado yang tinggal di rumah anak yatim. Dia mempercayai bahawa Gardner hanya tinggal di penthouse kerana penyakit 'osteogenesis imperfecta'. Mereka membincang rancangan mereka untuk masa depan dan Gardner berjanji akan mengunjunginya suatu hari nanti.

Kendra membuat panggilan video kepada Nathaniel dan pengarah Genesis, Tom Chen; dia mengatakan bahawa Gardner sangat pintar dan mahu dia dibenarkan pergi ke Bumi. Nathaniel menolak; Gardner harus menjalani pembedahan berisiko untuk meningkatkan kepadatan pada tulangnya dan berlatih untuk menyesuaikan diri dengan tekanan atmosfera Bumi. Gardner menjalani pembedahan dan latihan melawan apa yang diinginkan Nathaniel dan menaiki kapal angkasa kembali ke Bumi bersama Kendra dan beberapa angkasawan lain.

Review Filem : The Space Between Us (2017)

Ketika mereka tiba di Bumi, Nathaniel memarahi Tom yang merahsiakan latihan Gardner. Gardner dikuarantin di NASA dan menjalani ujian perubatan untuk menentukan kecergasan hidupnya di Bumi. Apabila ujian menunjukkan Gardner tidak dapat hidup di Bumi dalam jangka masa yang lama, dia melarikan diri dan menemui Tulsa dan meyakinkannya untuk membantu mencari ayahnya. Mereka diekori oleh Nathaniel dan Kendra, yang berusaha meyakinkan Gardner untuk kembali ke NASA tetapi dia melarikan diri dengan Tulsa dan mengetahui lokasi lelaki yang mengahwinkan ibu bapa Gardner, Shaman Neka. Nathaniel dan Kendra mengetahui bahawa tubuh Gardner mengandung kadar troponin yang sangat tinggi, menunjukkan jantung yang membesar, tidak dapat menahan tekanan atmosfera Bumi; Gardner mesti dikembalikan ke Marikh dengan segera sekiranya dia mahu hidup.

Review Filem : The Space Between Us (2017)

Gardner memberitahu asal usulnya kepada Tulsa yang tidak mempercayainya. Mereka menemui Neka, yang bersetuju untuk menolong mereka dan membiarkan Tulsa menggunakan komputernya untuk mencari rumah di tepi pantai dari video Gardner. Mereka melakukan perjalanan ke Summerland, California, berhenti di Las Vegas untuk bersuka ria, di mana Gardner rebah dan dibawa ke hospital. X-ray menunjukkan tiub karbon di tulang Gardner, dan Tulsa akhirnya mempercayai kenyataan Gardner yang dilahirkan di Marikh. Gardner tahu dia tidak dapat bertahan di Bumi dan ingin bertemu ayahnya sebelum dia meninggal. Tulsa membantunya menyelinap keluar dari hospital dan mereka memandu ke rumah pantai tersebut; mereka bertemu lelaki dari video Gardner yang rupanya adalah abang Sarah, bukan ayah Gardner. Gardner menganggap ini adalah satu pembohongan dan berlari ke laut, memberitahu Tulsa bahawa di sinilah dia ingin mati sebelum rebah.

Review Filem : The Space Between Us (2017)

Nathaniel dan Kendra tiba tepat pada masanya untuk menyelamatkan Gardner dengan CPR. Gardner bertanya kepada Nathaniel mengenai Sarah dan menyedari bahawa Nathaniel adalah ayahnya. Nathaniel, Kendra, dan Tulsa membawa Gardner ke Dream Chaser dan meluncur ke orbit, dengan harapan ini akan menstabilkan Gardner. Bebas dari graviti Bumi, Gardner dihidupkan semula.

Tidak lama kemudian, Gardner menaiki kapal angkasa ke Marikh setelah melalui perpisahan dengan Tulsa. Kendra, yang akan bersara dengan NASA, mengambil Tulsa sebagai anak angkat. Bertekad untuk bertemu dengan Gardner di Marikh, Tulsa menyertai program latihan Kendra. Gardner dilihat kembali ke Marikh bersama Nathaniel.

ULASAN & REVIEW FILEM  THE SPACE BETWEEN US (2017)

Review Filem : The Space Between Us (2017)

Sebuah lagi filem sains fiksyen yang aku tonton dalam minggu yang sama. Tetapi filem ini bukanlah filem sains fiksyen tetapi ditambah satu lagi genre iaitu romantik. Macam mana boleh jumpa filem ini? Netflix lah penyebabnya. Banyak juga filem-filem menarik bergenrekan sains fiksyen di Netflix.

Baiklah. Tiada sebarang jangkaan melainkan selepas menonton apa-apa filem untuk rasa puas, terhibur dan nak tonton lagi. Pertamanya, jalan ceritanya adalah suatu yang segar. Bagaimana seorang bayi dilahirkan di planet Marikh? Graviti di sana berbeza, pasti ada kesan terhadap tubuh badannya.  Seterusnya adalah hubungan dua individu yang tidak pernah bertemu dan berhubung dari jarak sangat jauh. Berjuta-juta kilometer jauhnya. Kemudian, bagaimana pula mereka yang lahir di planet Marikh nak sesuaikan diri di planet Bumi? Akhir sekali adalah pencarian siapakah ayah sebenar kepada watak Gardner. Inilah persoalan-persoalan yang terjawab di dalam filem ini.

Review Filem : The Space Between Us (2017)

Watak-watak di dalam filem ini tidaklah ramai. Asa Butterfield aku pernah tonton lakonannnya dalam siri Sex Education manakala pelakon-pelakon lain aku agak kurang kenal. Walaubagaimanapn lakonan mereka hebat dan bersahaja. Tidak kekok. 

Antara yang aku suka adalah babak-babak Gardner bersama Tulsa. Perjalanan mereka mencari kebenaran terisi dengan momen-momen indah dan romantik. Mungkin kalau dipanjangkan lagi cerita antara mereka bagi aku lebih menarik. Babak akhir juga dimana Kendra mengambil Tulsa sebagai anak angkatnya dan Tulsa menyertai program latihan untuk ke Marikh. Melihat babak itu, aku teruja untuk melihat jika ada sekuel filem ini, mungkin cerita selanjutnya hubungan antara Gardner dan Tulsa, tetapi aku sedar sekuel adalah sangat tidak akan berlaku kerana respon negatif yang diterima serta kutipan tiket yang tidak memberangsangkan.

Review Filem : The Space Between Us (2017)

Genre fiksyen sains juga tidaklah mengecewakan di dalam filem ini.Mungkin ada beberapa sahaja yang aku lihat agak mustahil. Contohnya komunikasi antara planet Marikh dan Bumi seperti berada di Bumi. Padahal dalam keadaan sekarang, komunikasi mengambil masa kira-kira 18 minit kerana jarak yang sangat jauh. Jadi aku menganggap mungkin teknologi diwaktu itu sudah berkembang sangat maju.

Review Filem : The Space Between Us (2017)

Apa-apapun filem ini bagi aku satu filem yang menghiburkan, mempunyai genre yang aku suka juga persoalan-persoalan yang wujud ketika menonton film ini semuanya terjawab dengan baik. Plot twist juga bukanlah suatu perkara utama, iaitu apabila ayah sebenar Gardner adalah Nathaniel. Kesimpulannya, aku suka dengan filem ini dan aku tidak faham mengapa filem ini tidak diterima di Hollywood. 

BINTANG : ⭐⭐⭐⭐ / 5

1 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post