Tawaran Hebat LuLu Super Friday. Potongan Sehingga 70%!

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Siapa tak suka jualan hebat dan tawaran menarik? LuLu membawakan promosi LuLu Super Friday yang bermula dari 23 November sehingga 5 Disember 2021.  Bukan hanya pada hari Jumaat sahaja tetapi lebih dari seminggu!

Promosi terkini LuLu ini berlangsung di kesemua cawangan LuLu iaitu di LuLu Hypermarket Capsquare, Kuala Lumpur, Lulu Hypermarket 1Shamelin Mall, Cheras, Lulu Hypermarket Setia City Mall, Setia Alam dan Lulu Grocer Amerin Mall, Seri Kembangan.

TAWARAN LULU SUPER FRIDAY. POTONGAN SEHINGGA 70%


Untuk pengetahuan anda, ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke LuLu Hypermarket. Sehingga kini mereka mempunyai 4 cawangan dimana cawangan terdekat dengan rumah sewa aku sekarang adalah di Amerlin Mall, Balakong. 

Lulu Hypermarket yang aku kunjungi untuk membeli belah ini adalah di Capsquare, Kuala Lumpur. Seperti kebiasaanya, Black Friday pastinya akan menjadi satu waktu paling menarik untuk membeli belah kerana banyak perniagaan akan membuat jualan hebat ketika ini, termasuklah dengan LuLu.


Tawaran penjimatan potongan harga sehingga 70%. Penjimatan hebat untuk pembelian di Bahagian Elektronik, Elektrikal dan banyak lagi.  Anda boleh dapatkan pelbagai barangan elektronik, perkakas dapur elektrik, gadjet dan pelbagai lagi dengan harga yang cukup berbaloi dengan penjimatan sehingga 70%!

BARANGAN ELEKTRONIK & ELEKTRIK



Pelbagai barangan elektronik seperti komputer riba, telefon pintar, tetikus, televisyen dan banyak lagi yang dijual dengan harga diskaun. Memang menarik. Kalau anda memang bercadang nak beli barang-barang elektronik ni, bolehlah beli sekarang sebab harganya memang murah berbanding waktu biasa.




Tak terkecuali dengan barangan elektrik seperti peti ais, mesin basuh, kipas angin dan sebagainya, semuanya turut dijual dengan tawaran menarik LuLu Super Friday. Banyak juga barangan elektrik yang aku rasa macam nak beli. Perkakas elektrik dekat rumah ni pun dah banyak yang tak boleh guna.


PERKAKAS DAPUR & PERALATAN RUMAH




Barangan perkakas dapur pun turut tersenarai dalam LuLu Super Friday! Kalaulah mak aku ada di KL sekarang ini, mesti dah beli beberapa barangan yang memang cantik dan murah. Ada set pinggan mangkuk, periuk, kuali dan pelbagai lagi.



BARANGAN MAKANAN



Alang-alang dah gaji, bolehlah beli-belah barangan seperti makanan, mee segera, dan sebagainya lagi yang dijual dengan harga yang murah. Oh ya, lupa nak bagitau, macam mana nak tahu barangan yang tersenarai dalam LuLu Super Friday ini?

Senang sahaja, anda lihat pada tanda harganya, jika ada logo LuLu Super Friday bermakna itulah barangan yang tersenarai. Harga asal dan harga selepas potongan pun ditunjukkan pada tanda harga.




Untuk makanan yang siap dimasak, contohnya beef briyani, chicken briyani dan arabic sweets turut tersenarai dalam LuLu Super Friday. Anda boleh juga cuba makanan ini yang sememangnya nampak menyelerakan.

BARANGAN BASAH, SAYUR-SAYURAN & BUAH-BUAHAN



Barangan apa lagi yang tersenarai? Barang basah seperti ikan, ayam dan daging serta barangan sayur-sayuran juga tersenarai dalam LuLu Super Friday. Oh ya, buah-buahan pun tersenarai juga. Semua sayur-sayuran dan barang basah tersusun dengan elok dan semuanya nampak segar! 





Selain LuLu Super Friday dengan potongan harga sehingga 70%, LuLu juga mengadakan Bayaran Separuh Balik bagi setiap pembelian bernilai RM100 di Bahagian Fesyen, Kasut, Beg Tangan Wanita, Sari & Churidar.

Bagi setiap pembelian bernilai RM100 anda akan diberikan RM50 Baucar Beli-Belah. Menarik bukan?



Ada banyak pilihan pakaian wanita, lelaki, kanak-kanak, semuanya ada.  Bila aku lihat di bahagian pakaian lelaki, memang cantik-cantik belaka. Ada beberapa kemeja yang aku rasa macam nak beli. Kali ini kalau beli mahal sampai RM100 pun tak apa sebab nanti dapat balik separuh harga.




Masuk ke bahagian Saree, memang mata terus segar dengan pelbagai warna-warna ceria! Ada banyak pilihan untuk anda, termasuklah yang sudah siap dijahit dan kain pasang.




PENGHANTARAN PERCUMA. Kalau anda macam malas nak keluar rumah atau risau dengan Covid-19, anda boleh juga berbelanja di LuLu melalui atas talian! Sekarangkan ramai yang mula membeli belah atas talian sahaja tanpa pergi ke kedai, mungkin jenis pembelian ini adalah pilihan anda.

Khas untuk anda, anda boleh berbelanja sehingga RM100 dan ke atas dari stor online  di  luluhypermarket.com dan nikmati penghantaran PERCUMA terus ke rumah anda. 



Kempen Beli Barangan Malaysia LuLu juga sentiasa menyokong sektor IKS dengan memberikan potongan menarik ke atas Barangan Buatan Malaysia. Anda bolehlah beli barangan buatan Malaysia di LuLu Hypermarket dengan harga potongan yang menarik.

Menarik bukan tawaran kali ini? Jangan lepaskan peluang untuk berbelanja bersempena LuLu Super Friday dan pelbagai lagi tawaran menarik.


Untuk maklumat lanjut mengenai LuLu Super Friday, boleh layari laman sosial media rasmi Facebook & Instagram LuLu Hypermarket.

#LuLuSuperFriday #LuLuCapsquareKL #LuLu1Shamelin #LuLuSetiaCityMall #JomKeLuLu

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post