BWF World Tour Finals : Sejarah Kejohanan dan Prestasi Pemain Badminton Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera


BWF World Tour Finals (Jelajah Dunia Akhir BWF) juga dikenali sebagai HSBC BWF World Tour Finals. Kejohanan ini merupakan kejohanan tiap tahun dimana ia dilangsungkan pada setiap bulan Disember. Pemain dengan mata ranking terbanyak didalam kalendar kejohanan BWF World Tour akan bertanding untuk hadiah kejohanan keseluruhan yang bernilai US$ 1,500,000. 

BWF WORLD TOUR FINALS | JELAJAH DUNIA AKHIR BWF


KELAYAKAN & FORMAT

Di penghujung kalendar tahunan BWF Jelajah Dunia, hanya 8 pemain perseorangan atau beregu yang berada pada kedudukan teratas akan layak secara automatik. Walau bagaimanapun, setiap negara hanya boleh diwakili maksimum 2 pemain perseorangan/beregu mengikut acara.

Sekirangan terdapat dua atau ramai pemain yang berada dalam kedudukan ranking yang sama, pemilihan poemain akan dibuat dengan kriteria berikut.

➤ Pemain yang menyertai kejohanan Jelajah Dunia BWF terbanyak
➤ Pemain yang mengumpul mata terbanyak dalam kejohanan Jelajah Dunia BWF bermula pada 1 Julai tahun itu.

MATA KEJOHANAN 

Mata ranking yang dikumpul adalah mengikut kejohanan yang diadakan pada kalendar tahunan BWF. Kebiasaannya, sebanyak 26 kejohanan yang diadakan di serata dunia menjadi penentu kelayakan pemain. Kesemua 26 kejohanan ini tersenarai di dalam system BWF sebagai kejohanan Grade 2. 

Kejohanan Grade 1 adalah seperti Kejohanan Dunia BWF, Piala Thomas, Piala Sudirman, Olimpik dan sebagainya.


Jelajah Dunia HSBC BWF yang terdiri daripada 26 kejohanan terdiri daripada empat peringkat: Super 1000, Super 750, Super 500 dan Super 300. 

Berikut adalah kejohanan dan tahap yang setara:

Level 2: Super 1000: 3 KEJOHANAN: Yonex All England; Blibli Indonesia Open; Victor China Open

Level 3: Super 750: 5 KEJOHANAN: Celcom Axiata Malaysia Open; Daihatsu Yonex Japan Open; Danisa Denmark Open; Yonex French Open; Fuzhou China Open

Level 4: Super 500: 7 KEJOHANAN: Perodua Malaysia Masters; Daihatsu Indonesia Masters; Yonex-Sunrise India Open; Toyota Thailand Open; Singapore Open; Korea Open; Yonex-Sunrise Hong Kong Open

Level 5: Super 300: 11 KEJOHANAN: Princess Sirivannavari Thailand Masters; Yonex Swiss Open; Yonex German Open; Barfoot & Thompson New Zealand Open; Australian Badminton Open; Yonex US Open; Barcelona Spain Masters; Yonex Chinese Taipei Open; Macau Open; Syed Modi International; Gwangju Korea Masters.

Walaupun BWF Tour Super 100 bukanlah sebahagian daripada HSBC BWF World Tour, ia merupakan kejohanan kemasukan penting bagi pemain untuk layak ke kejohanana Jelajah Dunia BWF HSBC. Mata ranking yang dimenangi daripada 10 kejohanan ini turut termasuk dalam mata ranking kelayakan ke Jelajah Dunia Akhir BWF

Level 6: Super 100: 10 KEJOHANAN: Orleans Masters; Lingshui China Masters; Yonex Canada Open; Yonex Akita Masters; Russian Open; Vietnam Open; Hyderabad Open; Indonesia Masters Super 100; Yonex Dutch Open; SaarLorLux Open.

SEBAGAI CONTOH : Untuk mata ranking mula dikira, pemain perlulah bermula dengan Level 6 : Super 100, apabila menang dan mengumpul mata ranking yang agak tinggi, pemain barulah dapat layak untuk bermain di Level 5,4,3,2.


HADIAH KEMENANGAN

Kejohanan ini menawarkan minimum jumlah wang kemenangan sebanyak US$ 1,500,000. Cara pengiraan hadiah kejohanan adalah begini. 

Pengiraran wang kemenangan adalah mengikut formula ini :-

Jumlah Keseluruhan Wang Kemenangan x Peratusan dan dibahagikan kepada 100.

PUSINGAN PERSEORANGAN
LELAKI
PERSEORANGAN
WANITA
BEREGU
LELAKI
BEREGU
WANITA
BEREGU CAMPURAN
Pemenang 8.00% 8.00% 8.40% 8.40% 8.40%
Tempat ke 2 4.00% 4.00% 4.00% 4.00% 4.00%
Separuh Akhir 2.00% 2.00% 2.00% 2.00% 2.00%
Ketiga Kumpulan 1.10% 1.10% 1.30% 1.30% 1.30%
Keempat Kumpulan 0.60% 0.60% 0.70% 0.70% 0.70%

MATA RANKING


Johan Naib Johan Separuh Akhir Ketiga Kumpulan Keempat Kumpulan
12,000 10,200 8,400 6,600 4,800

SEJARAH PEMENANG TERDAHULU


Setelah tiga edisi kejohanan berlangsung, berikut adalah senarai pemenang terdahulu mengikut acara dan negara. Sehingga kini negara China unggul dengan 6 kemenangan, Chinese Taipei dengan dua kemenangan, Jepun juga dengan dua kemenangan, Denmark, India, Indonesia, Korea Selatan dan Thailand masing-masing dengan 1 kemenangan. 


PERSEORANGAN LELAKI

EDISI TUAN RUMAH NEGARA PEMAIN
2018 Guangzhou China Shi Yu Qi
2019 Japan Kento Momota
2020 Bangkok Denmark Anders Antonsen
2021 Bali ? ?


PERSEORANGAN WANITA

EDISI TUAN RUMAH NEGARA PEMAIN
2018 Guangzhou India P.V. Sindhu
2019 China Chen Yufei
2020 Bangkok Chinese Taipei Tai Tzu-ying
2021 Bali ? ?

BEREGU LELAKI

EDISI TUAN RUMAH NEGARA PEMAIN
2018 Guangzhou China Li Junhui
Liu Yuchen
2019 Indonesia Mohamad Ahsan
Hendra Setiawan
2020 Bangkok Chinese Taipei Lee Yang
Wang Chi-lin
2021 Bali ? ?


BEREGU WANITA

EDISI TUAN RUMAH NEGARA PEMAIN
2018 Guangzhou Japan Misaki Matsutomo
Ayaka Takahashi
2019 China Chen Qingchen
Jia Yifan
2020 Bangkok Korea Selatan Lee So-hee
Wang Chi-lin
2021 Bali ? ?


BEREGU CAMPURAN

EDISI TUAN RUMAH NEGARA PEMAIN
2018 Guangzhou China Wang Yilü
Huang Dongping
2019 China Zheng Siwei
Huang Yaqiong
2020 Bangkok Thailand Dechapol Puavaranukroh
Sapsiree Taerattanachai
2021 Bali ? ?



BAGAIMANA DENGAN PRESTASI PEMAIN BADMINTON MALAYSIA? 


Pada edisi pertama iaitu tahun 2018, hanya 2 sahaja wakil Malaysia yang layak ke kejohanan ini dan kedua-duanya dari acara Beregu Campuran.

➤ Chan Peng Soon / Goh Liu Ying | Tempat Ketiga Kumpulan
➤ Goh Soon Huat / Shevon Jemie Lai | Tempat Keempat Kumpulan

Di kejohanan edisi 2019 pula yang berlangsung di Guangzhou, Malaysia hadir dengan dua wakil, setiap satu dari Beregu Lelaki dan Beregu Campuran. 

➤ Aaron Chia / Sooh Wooi Yik | Tempat Ketiga Kumpulan
➤ Chan Peng Soon / Goh Liu Ying | Tempat Keempat Kumpulan


Di kejohanan 2020 yang berlangsung di Bangkok, Malaysia membawa 6 wakil, 1 wakil daripada perseorangan lelaki, dua wakil daripada beregu lelaki, dua wakil daripada beregu wanita dan 1 wakil dari beregu campuran. 

➤ Lee Zii Jia | Tempat Keempat Kumpulan
➤ Aaron Chia / Sooh Wooi Yik | Tempat Keempat Kumpulan
➤ Ong Yew Sin / Two Ee Yi | Tempat Ketiga Kumpulan
➤ Chow Mei Kuan / Lee Meng Yean | Separuh Akhir
➤ Vivian Hoo Kah Mun / Yap Cheng Wen | Tempat Keempat Kumpulan
➤ Goh Soon Huat / Shevon Jemie Lai | Separuh Akhir


Bagaimana dengan edisi yang akan datang? Sehingga artikel ini ditulis 5 wakil Malaysia telah layak untuk kejohanan ini.

➤ Perseorangan Lelaki : Lee Zii Jia
➤ Beregu Lelaki : Ong Yew Sin / Teo Ee Yi
➤ Beregu Wanita : Pearly Tan / Thinaah Muralitharan
➤ Beregu Campuran : Tan Kian Meng / Lai Pei Jing
➤ Beregu Campuran : Chan Peng Soon / Goh Liu Ying


Semoga atlet badminton Malaysia dapat beraksi dengan baik dan membawa balik gelaran juara. Kita sebagai penyokong perlulah menyokong diwaktu menang dan juga kalah. Ingat bahawa mereka juga adalah manusia, ada turun naiknya. Jika menang, kita sanjung, jika kalah kita berikan kata-kata semangat.


Baiklah, sampai disini sahaja artikel mengenai BWF World Tour Finals. Semoga dengan artikel ini sedikit sebanyak anda peminat badminton dapat memahami bagaimana kejohanan ini berlaku, bagaimana proses kelayakan dan sebagainya.

RUJUKAN : BWF | WIKIPEDIA

SEKIAN

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post