Aplikasi Sujood : Menderma Secara Atas Talian Dengan Mudah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Aplikasi Sujood

Bersedekah ialah amalan sunat yang banyak disebut dalam Islam. Ia pemberian ikhlas yang sebenarnya menandakan tahap keimanan seseorang, selain bukti ketaatan kepada Allah SWT. Amalan sedekah tidak terhad kepada orang berharta, sebaliknya orang Islam yang tidak memiliki harta pun boleh bersedekah berdasarkan kemampuannya, asalkan lahir daripada hati yang ikhlas. Perlu diingat bahawa bersedekah tidak akan mengurangkan harta atau rezeki

Seperti firman Allah SWT dalam al-Quran Surah Saba ayat 39 yang bermaksud: "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (sesiapa yang dikehendaki-Nya). Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya."

Di era digital ini, teknologi yang berkembang dan bertambah maju menjadikan segala urusan dalan kehidupan lebih mudah. Urusan jual beli, pelajaran dan sebagainya dijalankan secara digital untuk memudahkan masyarakat menjalankan kehidupan seharian.

Boleh dikatakan majoriti mempunyai telefon pintar tersendiri yang digunakan bukan sahaja untuk membuat panggilan tetapi digunakan sebagai pelbagai perkara lantas mejadikan telefon itu "pintar". Bersedekah turut tidak terkecuali dalam kemajuan teknologi ini apabila satu aplikasi yang dicipta untuk memudahkan urusan bersedekah telah wujud iaitu aplikasi Sujood.

APA ITU APLIKASI SUJOOD ?

Aplikasi Sujood

SUJOOD
merupakan sebuah aplikasi pintar dimana kewujudannya adalah untuk memberi kemudahan kepada kita untuk menderma ke mana-mana masjid atau surau pilihan anda. Ini merupakan salah satu cara untuk kita menderma dengan mudah melalui perbankan online atau kad kredit.

Untuk penggunaan aplikasi ini, mudah sahaja. Dengan hanya memuat turun aplikasi ini, anda boleh melihat senarai masjid dan surau yang boleh didermakan. Sehingga  21 Oktober 2021  terdapat 31 buah masjid dan surau yang tersenarai di dalam aplikasi ini. Selain itu, melalui aplikasi ini juga kita dapat melihat sejarah atau history derma-derma terdahulu.


Aplikasi Sujood

Di dalam aplikasi ini juga terdapat juga bahagian dimana anda boleh membaca tazkirah-tazkirah melalui artikel di dalam aplikasi ini.

Selain itu, terdapat juga fungsi untuk kongsikan kepada kawan-kawan, ahli keluarga dan sebagainya.  Anda hanya perlu menekan butang share dan pilih aplikasi yang ingin digunakan untuk kongsi. Mudah sahaja. 

Aplikasi Sujood


Okay kepada anda yang ingin menderma, bolehlah mula memuat turun aplikasi Sujood ini segera di  Apple App Store atau Google Play Store sekarang. 

Kepada mana-mana masjid atau surau yang ingin disenaraikan di dalam aplikasi ini, anda bolehlah emelkan hasrat masjid anda beserta gambar surat pendaftaran masjid dengan pihak majlis agama negeri kepada salam@sujood.net


APLIKASI SUJOOD

LAMAN WEB RASMI : https://sujood.net/

Rujukan : 1 | 2

SEKIAN

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post