Tahniah! Muhammad Shauqi Danial Bawa Pulang Trofi Juara The Audition 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera

The Audition 2021

Apa khabar pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah, kali ini nak berkongsi kepada anda tentang satu pertandingan mencari bakat baru yang baru sahaja selesai dengan pemenangnya telah diumumkan pada satu acara yang diadakan pada 19 Disember 2021 yang lalu. Pertandingannya adalah The Audition 2021 yang berlangsung di Atrium, The Strand Mall, Kota Damansara.

PROGRAM THE AUDITION 2021 MELABUHKAN TIRAINYA


Pencarian bakat baru untuk pertandingan The Audition 2021 sudah pun berakhir dan seramai 27 peserta berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir pertandingan ini yang diadakan di Atrium, The Strand Mall, hari ini. The Audition 2021 adalah pertandingan pencarian bakat baru Malaysia terbitan Armani Entertainment Group (AEG). Pertandingan ini diadakan untuk mencungkil bakat peserta dalam pelbagai bidang seni seperti nyanyian, tarian, lakonan dan berlawak komedi.

Untuk makluman, uji bakat The Audition adalah 100 peratus daripada pihak juri. Para peserta hanya melalui beberapa fasa uji bakat sahaja. Pertama, melalui muat naik video berdurasi lebih 1 minit di Instagram masing-masing berserta hashtag wajib. Fasa kedua, anda akan dipanggil ke sesi uji bakat bersama para juri mengikut lokasi berdekatan anda. 

The Audition 2021


The Audition 2021

Menariknya, bermula Oktober lalu, ujibakat secara langsung telah diadakan di Kuala Lumpur diikuti Kuantan (Pahang), Johor Bahru, Kota Kinabalu (Sabah), Kuala Terengganu dan berakhir di Pulau Pinang. 

Untuk memastikan program ini memenuhi kehendak pasaran hiburan tanah air yang terus berkembang maju dengan kemunculan pelbagai idea kreatif daripada penggiat seni lama dan baru, AEG melantik pengarah dan penerbit drama terkenal iaitu Michael Ang sebagai Rakan Strategik.

The Audition 2021

Barisan juri pertandingan akhir The Audition 2021 ialah Michael Ang , Cikgu Sarah Ismail, Amira Othman dan Datuk KK Chua.  


SENARAI PEMENANG THE AUDITION 2021

The Audition 2021

#1 TEMPAT PERTAMA - Muhammad Shauqi Danial Ma’Amal Hajri

The Audition 2021

#2 TEMPAT KEDUA -  Kedua - Mohd Emeer Iskandar Mohd Bakri 


The Audition 2021

#3 TEMPAT KETIGA - Wann Nashrinie Bin Zafri


Pemenang The Audition 2021 akan menerima kontrak bernilai RM50,000 termasuk latihan dan pembangunan. Selain itu, penyanyi akan merakam single yang disusun oleh top-chart komposer lengkap bersama dengan video muzik. Manakala buat pelakon, pemenang akan mendapat peluang untuk  bekerjasama dengan pengarah tersohor iaitu Michael Ang dalam drama terbaru beliau.

ULASAN PENERBIT & PENGARAH , MICHAEL ANG 

The Audition 2021

Saya terkejut apabila ada peserta daripada awal ujibakat sehingga ke final menunjukkan peningkatan ketara.  Ini kerana mereka mendengar  pendapat kami selaku juri ketika mereka beraksi pada ujibakat. Ramai yang menyanyikan lagu Anuar Zain tetapi mereka mengalunkannya mengikut lenggok mereka sendiri.

Persembahan nyanyian dan lakonan  mereka sangat bagus. Ada dua peserta yang saya lihat kualiti persembahan  mereka banyak ‘improvement’ sehingga mereka layak terpilih untuk peringkat akhir The Audition 2021 dan tidak mustahil jika mereka terus berusaha dan bekerja keras, mereka bakal mencabar pelakon yang ada sekarang. 

Industri memang perlukan ramai bakat baru  dalam bidang lakonan tetapi di Malaysia, orang suka yang tengok pelakon yang ‘elok-elok’ walaupun tidak berbakat. Hendak cari pakej lengkap yang cantik dan tampan serta  berbakat, memang susah.  Penonton ‘tengok’ ikut mata bukan ikut otak.

Kalau ada rupa tetapi tak berbakat, hantarlah ke kelas lakonan Fauziah Nawi atau Ogy Ahmad Daud pun, mereka tak akan mengajar.  Mereka yang cantik ini, ‘self- concious’. Apabila berlakon mahu nampak cantik saja.

Pada pertandingan ini, sebenarnya ramai yang layak menang tetapi tempat untuk  yang terbaik ada tiga saja. Jadi selepas berbincang dengan Datuk KK Chua, kemungkinan kami akan menyerapkan mereka yang berbakat ini untuk berada di bawah pengurusan AEG. 
  

ULASAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF AEG, DATUK KK CHUA 

The Audition 2021

AEG dengan bantuan Michael Ang berjaya mencungkil ramai bakat baru. Mereka yang berjaya ke final semuanya ada kualiti. Saya lihat bakat muda ini boleh membawa kelainan kepada industri hiburan tempatan.

AEG menyediakan platform untuk mereka mengembangkan bakat terutama pembangunan dan sahsiah diri untuk berhadapan cabaran termasuk kemahiran berkomunikasi dan berhadapan dengan media. Berikutan sambutan yang memberangsangkan daripada seluruh negara, kami akan terus mengadakan pertandingan ini setiap tahun.

JUARA THE AUDITION 2021, MUHAMMAD SHAUQI DANIAL MA'AMAL HAJRI 

The Audition 2021

Saya tak sangka menang kerana saya rasa persiapan hari ini  60 peratus saja. Alhamdulillah, rezeki saya dan sudah tentu saya sangat gembira dengan kemenangan ini. 

Saya memilih lagu nyanyian asal, Hafiz Suip berjudul Ku Akui dan masa agak suntuk untuk saya menggubah semula lagu itu tetapi saya nekad mempersembahkan yang terbaik pada peringkat akhir ini. 
Sebelum ini saya hanya pernah  masuk pertandingan karaoke dan Battle of the Band. 

Untuk perancangan selepas ini, saya akan ikut apa yang diaturkan AEG dan kemenangan ini diharap dapat merealisasikan impian saya  untuk menjadi penyanyi terkenal. 


SEKITAR FINALE THE AUDITION 2021




The Audition 2021

Sekalung tahniah diucapkan kepada para pemenang dan juga Armani Entertainment Group (AEG) atas kejayaan dan juga penganjuran pertandingan mencari bakat baru ini. Semoga The Audition bakal menjadi satu platform untuk bakat-bakat baru dicungkil dan seterusnya menghiasi dunia seni tanah air.

SEKIAN

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post