Selamat Tahun Baru 2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Selamat Tahun Baru 2022 diucapkan kepada semua pembaca dan rakan-rakan. Semoga di tahun yang baru ini kita akan sentiasa positif dan capai setiap azam yang diinginkan. Ramai yang berkongsi kejayaan dan momen-momen menarik di laman media sosial menceritakan tentang apa yang berlaku terhadap diri sepanjang tahun 2021.

Tahun 2021 sebenarnya memberikan banyak pengajaran dan pelajaran baru serta pengalaman menarik. Untuk aku sendiri, tahun 2021 membawa aku lebih dekat dengan keluarga. PKP yang mengambil masa berbulan menyebabkan aku terkandas di kampung bersama keluarga, tetapi dari sudut positifnya aku dapat bersama keluarga dengan masa yang lebih banyak.

In shaa Allah, aku mengharapkan tahun 2022 membawakan pelbagai pengalaman baru. Kejayaan atau kegagalan bagi aku semuanya adalah pengalaman. Begitu juga dengan pengalaman indah, gembira, sedih dan sebagainya. Pengalaman sebegini membuatkan sesiapapun lebih kuat untuk hadapi rintangan berikutnya.

Tahun 2022 juga aku bercadang untuk memberikan kegembiraan buat kedua ibu bapa. Aku masih tak pasti dengan cara apa untuk mengembirakan mereka. Tapi in shaa Allah, aku dalam usaha untuk memikirkan perkara apa yang sesuai.

Apa-apapun, selamat tahun baru semua! 

3 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post