30 Filem Yang Paling Dinantikan di Tahun 2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Walaupun Pandemik Covid-19 masih belum berakhir, Hollywood terus menyediakan pelbagai filem-filem menarik yang bakal ditayangkan di tahun 2022. Dengan filem Spider-Man: No Way Home (2021) menjadi penutup bagi tahun 2021 yang menerima kutipan yang tinggi, tahun 2022 dibarisi dengan filem-filem hebat dengan pilihan filem adiwira yang sangat menarik seperti The Batman, Thor: Love and Thunder, Spider-Man: Across the Spider-Verse (Part One), filem aksi dan pengembaraan seperti Uncharted dan The Lost City dan pelbagai lagi genre-genre menarik. 

Semoga di tahun 2022 kita dapat menonton filem-filem ini di pawagam tanpa sebarang penundaan dan sebagainya lagi! Jadi, tanpa melengahkan masa lagi jom kita lihat senarai filem-filem yang dinanti-nantikan untuk tahun 2022. 

SENARAI 30 FILEM BAKAL DITAYANGKAN DI TAHUN 2022


#1 The 355


Pengarah : Simon Kinberg
Pelakon : Jessica Chastain, Lupita Nyong’o, Diane Kruger, Penelope Cruz, Fan Bingbing, Sebastian Stan, Edgar Ramirez
Tarikh Tayangan : 7 Januari 2022

Filem The 355 ini merupakan sebuah filem menarik, diarahkan oleh Simon Kinberg, pengarah dan penulis bagi filem X-Men, menceritakan tetang sekumpulan ejen antarabangsa yang bekerjasama untuk mendapatkan senjata rahsia dari pihak jahat.  Dibintangi pelakon-pelakon hebat, filem ini sepatutnya ditayangkan setahun lebih awal sebelum ditunda.

#2 Scream


Pengarah : Matt Bettinelli-Olpin, Tyler Gillett
Pelakon : Neve Campbell, Courteney Cox, David Arquette, Jack Quaid, Jenna Ortega, Melissa Barrera, Dylan Minnette, Marley Shelton
Tarikh Tayangan : 14 Januari 2022

Diarahkan dua pengarah hebat yang membawakan filem Ready or Not (2019), filem ini dibintangi pelaon veteran yang hebat seperti Neve Campbell, Courteney Cox dan Davis Arquette. Butiran mengenai plotnya masih belum diketahui tetapi ramai yang menantikan tayangan filem ini. 

#3 Jackass Forever


Pengarah: Jeff Tremaine
Pelakon: Johnny Knoxville, Steve-O, Chris Pontius, Wee Man, Ehren McGhehey, Sean McInerney
Tarikh Tayangan : 4 Februari 2022 

Geng Jackass kembali dengan aksi menarik dan kelakar! Bersedia dengan prank dan pelbagai lagi adegan lucu dalam filem Jackass Forever kali ini yang diarahkan oleh Jeff Tremaine. 

#4 Marry Me


Pengarah : Kat Coiro
Pelakon : Jennifer Lopez, Owen Wilson, Sarah Silverman, John Bradley, Maluma
Tarikh Tayangan : 11 Februari 2022

Jennifer Lopez kembali dengan sebuah kisah romantik komedi yang mengisahkan tentang bintang pop berkahwin dengan seseorang yang tidak dikenali dikalangan penontonnya selepas pasangannya mempunyai hubungan sulit. Filem ini sepatutnya ditayangkan pada tahun 2021 tetapi ditunda. 

#5 Death on the Nile


Pengarah : Kenneth Branagh
Pelakon : Kenneth Branagh, Gal Gadot, Armie Hammer, Annette Bening, Rose Leslie, Letitia Wright
Tarikh Tayangan : 11 Februari 2022 

Pengarah dan pelakon Kenneth Branagh kembali sebagai detektif Hercule Poirot selepas kejayaan filem Murder on the Orient Express (2017) dimana beliau turut mengarahnya. Sehingga kini, nama-nama besar seperti Gal Gadot, Armie Hammer, Annette Bening, Letitia Wright dan Rose Leslie membintangi filem ini. 

#6 Uncharted


Pengarah : Ruben Fleischer
Pelakon : Tom Holland, Mark Wahlberg, Antonio Banderas, Sophia Taylor Ali, Tati Gabrielle
Tarikh Tayangan : 18 Februari 2022 

Filem pengembaraan dengan gaya seperti Indiana Jones, berdasarkan permainan video yang popular ini dibintangi oleh Tom Holland, Mark Wahlberg dan ramai lagi. Filem ini yang dirancangan sejak sedekad yang lalu pengambarannya bermula sejak awal 2020. Tarikh tayangan ditunda beberapa kali, harapnya tidak ditunda lagi ya.

#7 The Batman


Pengarah : Matt Reeves
Pelakon : Robert Pattinson, Jeffrey Wright, Zoe Kravitz, Paul Dano, John Turturro, Peter Sarsgaard, Andy Serkis, Colin Farrell
Tarikh Tayangan : 4 Mac 2022

Salah satu filem yang paling dinantikan di tahun 2022, filem The Batman ini diarahkan oleh Matt Reeves membawakan naskhah Batman yang lebih 'dark' berbanding filem yang pernah kita tonton. Robert Pattinson sebagai Bruce Wayne dan dibintangi pelakon lain seperti Colin Farrell, Paul Dano, Zoe Kravitz dan ramai lagi. 


#8 The Lost City


Pengarah : Aaron Nee, Adam Nee
Pelakon : Sandra Bullock, Channing Tatum
Tarikh Tayangan : 5 Mac 2022 

Filem romantik, aksi dan pengembaraan ini dibintangi oleh Sandra Bullock sebagai seorang penulis novel romantik menjalani jelajah bukunya bersama dengan model muka hadapan (Channing Tatum) bukunya, kemudiannya mereka dibawa ke pengembaraan hutan apabila penculikan menjadi gagal. Tidak banyak yang diketahui tentang filem ini sebenarnya. 

#9 Morbius


Pengarah : Daniel Espinosa
Pelakon : Jared Leto, Matt Smith, Adria Arjona, Jared Harris, Al Madrigal, Tyrese Gibson, Michael Keaton
Tarikh Tayangan : 1 April 2022

Franchise Spider-Man Sony kembali lagi dengan sebuah kisah baru mengenai seorang saintis yang secara tidak sengaja menukarkan dirinya menjadi 'vampire' dalam usaha untuk menyembuhkan dirinya dari penyakit darah yang jarang terjadi. Diarahkan oleh Daniel Espinosa, filem ini turut menampilkan Vulture yang dilakonkan oleh Michael Keaton dari filem Spider-Man MCU menjadikan filem ini lebih menarik dengan kemungkinan watak-watak yang akan muncul. 

#10 Sonic the Hedgehog 2


Pengarah : Jeff Fowler
Pelakon : Ben Schwartz, Tika Sumpter
Tarikh Tayangan : 8 April 2022

Filem Sonic the Hedgehog merupakan antara filem yang ditayangkan sebelum Covid-19 mengganas dan memunculkan diri diserata dunia, dan filem ini menjadi salah satu filem paling tinggi kutipannya bagi tahun 2020. Paramount terus merancang untuk sekuelnya dengan pengarah Jeff Fowler dan Ben Schwartz (suara Sonic) dan Tika Sumpter. Tiada pengumuman rasmi lagi tentang James Marsden (Tom) atau Jim Carrey (Dr. Robotnik) tetapi agak sukar untuk membayangkan mereka tidak kembali. 

#11 Ambulance


Pengarah : Michael Bay
Pelakon : Jake Gyllenhaal, Yahya Abdul-Mateen II, Eiza Gonzalez, Garret Dillahunt
Tarikh Tayangan : 8 April 2022

Pengarah terkenal, Michael Bay mengarahkan filem dengan skala lebih kecil tidak seperti kebiasaanya filem-filem blockbuster, iaitu filem Ambulance, tentang sepasang pencuri yang tidak sengaja merompak sebuah ambulans yang sedang membawa paramedik dan pesakit di dalam keadaan kritikal. 

#12 The Bad Guys 


Pengarah : Pierre Perifel
Pelakon : Sam Rockwell, Awkwafina, Craig Robinson, Marc Maron
Tarikh Tayangan : TBD

Projek terbaru dari DreamWorks Animation merupakan sebuah filem komedi rompakan berdasarkan siri popular buku kanak-kanak tentang sekumpulan penjahat yang ingin berubah ke arah baik dan melakukan perkara baik di dunia. Untuk filem ini, 'bad guys' adalah Mr. Wolf, Mr. Piranha, Mr. Snake, Mr. Shark dan Ms. Tarantula. Ia pada asalnya dirancang untuk ditayang pada tahun 2021, tetapi sehingga taun 2022 masih tiada tarikh tayangan. 


#13 The Northman


Pengarah : Robert Eggers
Pelakon : Alexander Skarsgard, Anya Taylor-Joy, Nicole Kidman, Ethan Hawke, Willem Dafoe, Björk
Tarikh Tayangan : 22 April 2022 

Orang yang bertanggungjawab membawa The Witch dan The Lighthouse kembali dengan sebuah filem thriller yang berlaku pada masa lalu. Anya Taylor-Joy, yang berlakon di dalam The Witch, kembali dengan pengarah Robert Eggers bersama pelakon-pelakon hebat lain untuk filem yang menceritakan tentang putera viking yang ingin membalas dendam terhadap kematian ayahnya. 

#14 Legally Blonde 3

Pengarah : Jamie Suk
Pelakon : Reese Witherspoon, Jennifer Coolidge
Tarikh Tayangan : TBD Mei, 2022

Masih tiada lagi khabar angin tentang plotnya, tetapi yang diketahui adalah filem franchise Legally Blonde yang dilakonkan oleh Reese Whiterspoon ini disetkan untuk ditayangkan sekitar bulan Mei 2022. Filem ini sudah dirancang sejak tahun 2018 dan ditayangkan pada tahun 2020, tetapi ditunda akibat beberapa perkara. Jennifer Coolidge juga akan kembali! 

#15 Doctor Strange in the Multiverse of Madness


Pengarah: Sam Raimi
Pelakon : Benedict Cumberbatch, Elizabeth Olsen, Benedict Wong, Rachel McAdams, Chiwetel Ejiofor, Xochitl Gomez
Tarikh Tayangan : 6 Mei 2022

Filem MCU yang paling dinantikan! Filem pertama Marvel Cinematic Universe dalam tahun 2022, yang mana filem ini merupakan kesinambungan bagi cerita dalam siri Marvel Disney+ WandaVision dan mungkin siri Disney+ What If...? Setelah melihat teaser pertama filem ini, pastinya filem ini bakal memberi pengalaman yang menarik!

#16 Top Gun: Maverick


Pengarah : Joseph Kosinski
Pelakon : Tom Cruise, Jennifer Connelly, Jon Hamm, Val Kilmer, Jay Ellis, Miles Teller, Monica Barbaro
Tarikh Tayangan : 27 Mei 2022 

Setelah lebih 30 tahun, akhirnya kita dapat melihat sekuel bagi filem Top Gun! Tiada banyak yang diketahui tentang filem ini. Melalui trailer, ia sekali lagi memperlihatkan Tom Cruise menaiki motosikal, bermain bola tanpar dan menerbangkan jet. 

#17 Jurassic World Dominion


Pengarah : Colin Trevorrow
Pelakon :  Chris Pratt, Bryce Dallas Howard, Laura Dern, Sam Neill, Jeff Goldblum, Justice Smith, Daniella Pineda, Omar Sy, BD Wong
Tarikh Tayangan : 10 Jun 2022

Jeff Goldblum menutup kisah terakhir franchise Jurassic dengan menyatakan bahawa manusia mungkin perlu belajar untuk hidup bersama-sama dengan dinosaur. Walaupun plot tentang filem ketiga dalam trilogi ini masih belum diketahui, tetapi ramai yang boleh agak bahawa ia akan menyelesaikan apa yang terjadi dalam filem sebelumnya, Jurassic World: Fallen Kingdom. Berita yang menarik adalah tentang bintang asal seperti Laura Dern dan Sam Neill akan kembali bersama dengan Jeff Goldblum, Bryce Dallas Howard dan Chris Pratt. 

#18 Lightyear


Pengarah : Angus MacLane
Pelakon : Chris Evans
Tarikh Tayangan : 17 Jun 2022

Franchise Toy Story mungkin telah berakhir, tetapi Pixar mengatakan bahawa mungkin ada beberapa perkara yang boleh diceritakan tentang watak-wataknya, cuma dengan cara yang berbeza. Selepas selesai dengan watak Captain America, Chris Evans akan meminjamkan suaranya sebagai Buzz Lightyear, seorang angkasawan yang menjadi inspirasi untuk action figure yang disuarakan oleh Tim Allen, di dalam kisah prekuel yang akan menceritakan bagaimana watak ini menjadi begitu terkenal sehingga dijadikan mainan. 

#19 Elvis


Pengarah : Baz Luhrmann
Pelakon : Austin Butler, Tom Hanks, Olivia DeJonge, Gary Clark Jr., Kelvin Harrison Jr.
Tarikh Tayangan : 24 Jun 2022

Pengarah Baz Luhrmann mengarah kisah biopik kehidupan antara Elvis Presley ketika muda dan pengurusnya, Kolonel Tom Parker. Austin Butler melalui proses pemilihan pelakon yang ketat untuk mendapatkan watak utama dan beliau bakal braksi bersama dengan Tom Hanks, dimana merupakan salah seorang selebriti pertama yang diumumkan diuji positif Covid-19 ketika berada di Australia untuk penggambaran filem ini. 

#20 Minion: The Rise of Gru


Pengarah  Kyle Balda, Brad Abelson
Pelakon : Pierre Coffin
Tarikh Tayangan : 1 Julai 2022 

Kali terakhir melihat Minion adalah ketika mereka melakukan kekacauan di England pada era 1960-an sebelum mereka bertemu dengan Gru sewaktumuda. Mungkin pengembaraan mereka seterusnya adalah bersama Gru. Tidak kisah apa pun penipuan yang akan ditimbulkan lagi, disuarakan oleh Pierre Coffin, harapannya filem Minion akan berterusan sehingaa Minion 3, Minion 4 dan seterusnya. Filem pertama Minion menerima kutipan sehingga $1.5 Bilion di seluruh dunia dan menjadikan franchise Despicable Me menjadi franchise animasi dengan kutipan tertinggi di dunia. 

#21 Thor: Love and Thunder


Pengarah : Taika Waititi
Pelakon : Chris Hemsworth, Tessa Thompson, Natalie Portman, Christian Bale, Chris Pratt, Dave Bautista, Karen Gillan, Pom Klementieff
Tarikh Tayangan : 8 Julai 2022

Filem kedua Marvel Cinematic Universe untuk tahu 2022 adalah filem yang paling dinantikan selepas Thor: Ragnarok arahan Taika Waititi yang menjadikan watak Thor lebih menarik dan diterima lebih ramai pengkritik. Jane Foster lakonan Natalie Portman kembali ke franchise ini dan khabarnya akan menggunakan Mjolnir. Valkyrie lakonan Tessa Thompson juga akan kembali dan Thor akan kembali berhadapan dengan Guardians of the Galaxy. Christian Bale juga menjadi salahs aut pelakon dalam filem ini dengan memegang watak sebagai Gorr the God Butcher. 

#22 Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore


Pengarah : David Yates
Pelakon : Eddie Redmayne, Jude Law, Katherine Waterston, Ezra Miller, Mads Mikkelsen, Dan Fogler, Alison Sudol
Tarikh Tayangan : 15 Julai 2022

Eddie Redmayne kembali sebagai seorang ahli sihir Newt Scamander didalam bab ketiga siri spin-off/sekuel yang mengambil masa beberapa dekad sebelum Harry Potter memulakan pengajiannya di Hogwarts. Kisah untuk filem ini berlaku selepas pristiwa The Crimes of Grindelwald, dimana Newt dan rakan-rakannya terus memburu ahli sihir jahat yang membawa kepada Perang Dunia II. 

#23 Nope


Pengarah : Jordan Peele
Pelakon : Keke Palmer, Daniel Kaluuya, Steven Yeun
Tarikh Tayangan : 22 Julai  2022

Selepas kejayaan filem Get Out dan Us, Jordan Peele kembali sibuk dengan filem terbarunya. Seperti biasa, tidak banyak yang diketahui tentang filem ini melainkan pelakon-pelakon yang bakal membintangi filem ini seperti Keke Palmer, Dainel Kaluuya dan Steven Yeun dan filem ini akan kekal dengan genre seram. 

#24 Black Adam


Pengarah : Jaume Collet-Serra
Pelakon : Dwayne Johnson
Tarikh Tayangan : 29 Julai 2022

Dwayne Johson telah terikat untuk membintangi Black Adam setidak-tidaknya seawal tahun 2014 dan akhirnya pada tahun 2022 beliau bakal muncul sebagai rasminya dalam filem DCEU sebagai antihero yang berkuasa. Musuh kepada Shazam lakonan Zachary Levi, pastinya crossover pada masa akan datang dapat dijangkakan. Masanya sudah tiba untuk Dwayne Johson membawa watak adiwira!

#25 Mission: Impossible 7



Pengarah : Christopher McQuarrie
Pelakon : Tom Cruise
Tarikh Tayangan : 20 September  2022

Tom Cruise akan kembali dalam siri ke tujuh dalam franchise yang akan memperlihatkan babak-babak aksi yang menarik! Christopher McQruarrie juga akam kembali sebagai penulis dan pengarah selepas melakukan perkara yang sama untuk dua filem terakhir. 

#26 Spider-Man: Across the Spider-Verse (Part One)


Pengarah : Joaquim Dos Santos
Pelakon : Shameik Moore, Hailee Steinfeld, Oscar Isaac, Issa Rae
Tarikh Tayangan : 7 Oktober 2022

Animasi yang memenangi anugerah Oscar ini merupakan sebuah filem yang mendapat sambutan hangat daripada penonton dan pengkritik. Filem Spider-Man: Across the Spider-Verse (Part One) merupakan antara filem yang paling dinantikan untuk tahun 2022 ini memandangkan filem ini diketahui sebagai bahagian pertama daripada dua bahagian. Shameik Moore kembali dengan watak Miles Morales, Hailee Steinfeld dengan watak Gwen Stacy dan Oscar Isaac sebagai Miguel O'Hara turut membintangi filem ini. Issa Rae juga akan meminjamkan suaranya untuk watak Jessica Drew a.k.a Spider-Woman. 

#27 The Flash


Pengarah : Andy Muschietti
Pelakon : Ezra Miller, Ben Affleck, Sasha Calle, Billy Crudup, Michael Keaton
Tarikh Tayangan : 4 November  2022

Multi-verse bakal menjadi sesautu yang popular pada tahun 2022, dan kali ini sebuah filem DC akan menjadi salah satu filem yang menceritakan tentangnya.  Seperti kebanyakan filem dalam senarai ini, kami belum tahu apa-apa tentang cerita itu, tetapi pelakon Michael Keaton sebagai Bruce Wayne adalah sama ada aksi super meta atau petunjuk besar tentang apa yang akan kita lihat. Terdapat khabar angin bahawa plot itu akan mengikuti jalan cerita "Flashpoint" dari komik, jadi beberapa 'crossover' mungkin boleh dijangkakan. 

#28 Black Panther: Wakanda Forever


Pengarah :  Ryan Coogler
Pelakon : Letitia Wright, Danai Gurira, Lupita Nyong’o, Angela Bassett, Winston Duke, Martin Freeman
Tarikh Tayangan : 11 November 2022

Kehilangan bintang Black Panther, Chadwick Boseman akibat kanser usus pada tahun 2020 benar-benar memberi impak buat semua pembikin filem dan peminat di seluruh dunia. Ia seterusnya membawa kepada persoalan tentang apa yang bakal terjadi pada watak Marvelnya yang diharapkan bakal menjadi watak penting untuk masa hadapan MCU. Filem Black Panther kedua bakal ditayangkan di tahun 2022 dimana watak Chadwick Boseman tidak akan diganti dan kisah akan beralih kepada watak Shuri, adik T'Challa dibawakan oleh Letitia Wright. 

#29 Aquaman and the Lost Kingdom


Pengarah : James Wan
Pelakon :   Jason Momoa, Amber Heard, Patrick Wilson, Yahya Abdul-Mateen II, Temuera Morrison
Tarikh Tayangan : 16 Disember 2022

James Wan kembali sebagai pengarah untuk dunia Alantis dan adiwira DC Aquaman lakonan Jason Momoa, dan akan disertai Amber Heard sebagai Mera, Patrick Wilson sebagai Ocean Master dan Yahya Abdul-Mateen II sebagai Black Manta. 

#30 Avatar 2


Pengarah : James Cameron
Pelakon : Sam Worthington, Zoe Saldana, Sigourney Weaver, Kate Winslet, Vin Diesel, Michelle Yeoh, Giovanni Ribisi, Stephen Lang
Tarikh Tayangan : 16 Disember 2022

Mengambil masa hampir satu dekad setengah, akhirnya kita dapat melihat kisah seterusnya untuk filem James Cameron yang merupakan filem dengan kutipan tertinggi sepanjang masa, Avatar.  Jake Sully lakonan Sam Worthingtons dan Neytiri lakonan Zoe Saldana kini mempunyai keluarga di Pandora, tetapi apabila musuh lampau kembali, mereka terpaksa mencari tempat tinggal yang baru. Antara pelakon yang turut membintang filem ini adalah Kate Winslet, Michelle Yeoh dan Edie Falco. 

MENARIK BUKAN?!


Sebenarnya ada banyak lagi filem-filem yang menarik akan ditayangkan untuk tahun 2022 ini, dan in shaa Allah artikel ini akan diupdate dari masa ke masa. Sekadar tambahan, tarikh tayangan yang dinyatakan adalah unutk tayangan di Amerika Syarikat ya.  Dengan adnaya senarai ini, anda bolehlah merancang untuk menonton filem-filem yang menarik ini!

SEKIAN

RUJUKAN :

*Google
*Google Image

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post