Raikan Majlis Anda Dengan Suasana Serba Mewah & Ekslusif di Grand Oasis Event Hall, Seri Kembangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Grand Oasis Event Hall, Seri Kembangan

Baru-baru ini aku berpeluang untuk ke sebuah majlis pembukaan atau perasmian sebuah lokasi dewan perkahwinan dan pelbagai majlis yang cantik dan indah. Bila datang ke lokasi ini, aku terus terbayangkan majlis perkahwinan aku yang serba cantik dan indah dihadiri tetamu-tetamu yang aku jemput. Eh, cukuplah bermimpi, kali ini aku nak kongsikan tentang apa yang menarik di Grand Oasis Event Hall ini. ✌

    GRAND OASIS EVENT HALL, SERI KEMBANGAN

Grand Oasis Event Hall, Seri Kembangan

Grand Oasis Event Hall merupakan sebuah lokasi terbaik untuk perkahwinan dan sebarang majlis yang terletak di No. 1 Persiaran Kota Perdana, Seri Kembangan. Dean yang unik ini dibina dengan rekabentuk yang menarik, suasananya yang mewah, eksklusif dan dekorasi yang cukup indah. 

Ia merupakan sebuah bangunan dengan dua tingkat di mana ruangan bawahnya merupakan sebuah dewan besar dengan ruangan yang luas bersambung dengan kawasan landskap di luar yang indah. 

Grand Oasis Event Hall, Seri Kembangan

RAIKAN MAJLIS ANDA DI GRAND OASIS EVENT HALL


Grand Oasis Event Hall merupakan sebuah lokasi eksklusif untuk anda meraikan sebarang majlis, keramaian dan pelbagai lagi dengan suasana yang mewah dan indah. Berikut adalah antara ruangan yang disediakan di sini. Anda boleh memilih untuk melakukan majlis atau keramaian anda dimana-mana ruang mengikut citarasa anda.

Grand Oasis Event Hall, Seri Kembangan

Grand Oasis Event Hall, Seri Kembangan

GRAND BALLROOM : Dewan Kaca Eksklusif di taman dengan pemandangan tepi tasik , dipenuhi dengan kerusi mewah dan meja cermin bulat. 

Grand Oasis Event Hall, Seri Kembangan

Grand Oasis Event Hall, Seri Kembangan

Grand Oasis Event Hall, Seri Kembangan


GARDEN WEDDING : Perkahwinan di dalam taman dengan suasana hijau dikelilingi pepohon yang menghijau. 

Grand Oasis Event Hall, Seri Kembangan

ROOFTOP : Suasana yang elegan dengan majlis di ruangan terbuka di atas bumbung.  

Grand Oasis Event Hall, Seri Kembangan

THE DECK : Raikan majlis anda dengan pemandangan di tepi tasik sebagai lokasi indah penyatuan dua jiwa. 

Grand Oasis Event Hall, Seri Kembangan

RUANGAN NIKAH/BERTUNANG : Majlis yang lebih kecil jumlah jemputannya, sesuai untuk acara seperti nikah, pertunangan. Lokasi yang cantik, tetapi lebih privasi dengan jemputan yang hanya lebih kurang 100 sahaja. Terletak di ruang tingkat 1. 

PAKEJ-PAKEJ YANG DITAWARKAN

Pelbagai jenis pakej ditawarkan di The Grand Oasis Event Hall ini. Anda diberikan pilihan untuk memilih pakej mengikut ruangan, jumlah jemputan, dekorasi, dan pelbagai lagi. Pakej yang disediakan lengkap dengan menu makanan, dekorasi, dan semuanya jadi anda tidak perlu rungsing nak fikirkan semuanya. 
  • Pakej Diamond - Main Ballroom
  • Pakej Sappire - Main Ballroom
  • Pakej Emerald - Main Ballroom
  • Pakej Crystal - Main Ballroom
  • Pakej Akad Nikah
  • Pakej Akikah
  • Pakej Outdoor Garden
  • Pakej Rooftop
Alhamdulillah, berkesempatan datang ke majlis ini, aku dapat juga mencuba makanan yang disediakan oleh pihak katering. Berikut adalah sedikit gambar makanan yang sedap-sedap belaka. 

Grand Oasis Event Hall, Seri Kembangan

Grand Oasis Event Hall, Seri Kembangan

Grand Oasis Event Hall, Seri Kembangan

Selain itu, turut tersedia fasiliti-fasiliti lain yang lengkap seperti surau, bilik berehat, tandas, bilik mesyuarat untuk anda gunakan sewaktu acara atau majlis berlangsung. Tempat meletak kenderaan juga luas dan banyak jadi anda tidak perlu risau tentangnya.

Keseluruhannya, Grand Oasis Event Hall ini menawarkan pengalaman majlis atau acara yang menarik dengan suasana eksklusif dan mewah dengan pelbagai pakej yang menarik. Melihat sendiri tempat ini dan fasiliti serta ruangannya, pastinya anda akan berpuas hati!

THE GRAND OASIS EVENT HALL

No 1, Kota Perdana
Persiaran Perdana
43300 Seri Kembangan, Selangor

Laman Web : http://grandoasis.my/
Facebook : Grand Oasis Event Hall
Instagram : @grandoasiseventhall

Untuk pertanyaan boleh hubungi : -

019-2503090
016-3299776
014-6667665

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post