Review Filem Netflix : AI Love You (2022)

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Filem AI Love You (2022) merupakan sebuah filem kisah cinta moden berlatarkan pada masa akan datang dimana kecerdasan buatan mempunyai perasaan untuk mencintai manusia. Dilakonkan oleh pelakon hebat seperti Maria Maurer dan Pimchanok Leuvisadpaibul, filem ini pastinya menjadi sebuah filem yang menarik setelah filem lakonan mereka 12 tahun yang lalu berjudul Crazy Little Thing Called Love (2010) menjadi ikutan ramai.

AI LOVE YOU (2022)


Pengarah : David Asavanond
Lakon Layar : Rattapong Pinyosopon
Pengarah Bersama : Stephan Zlotescu
Pelakon : Mario Maurer, Pimchanok Leuvisadpaibul, Michael S. New, David Asavanond, Sahajak Boonthanakit
Tarikh Tayangan : 15 Februari 2022
Bajet : USD 1.1 Juta
Durasi : 1 jam 35 minit

BARISAN PELAKON FILEM AI LOVE YOU (2022)

  • Pimchanok Leuwisetpaiboon sebagai Lana
  • Mario Maurer sebagai Bobby
  • David Asavanond sebagai The Hawk
  • Sahajak Boonthanakit sebagai Mr. Wilson
  • Michael S. New sebagai Alan
  • Ladapa Ratchataamonchot sebagai Magda

TRAILER FILEM AI LOVE YOU (2022)



SINOPSIS FILEM AI LOVE YOU (2022)


AI Love You mengisahkan seorang eksekutif muda bernama Lana (Pimchanok Leuwisetpaiboon) yang menghadapi masalah dalam kehidupan profesional dan peribadinya. Dia baru sahaja membuat pembentangan di tempat kerja. Bosnya memberitahu Lana bahawa dia perlu menjual yang seterusnya kepada pembeli atau dia akan dibuang kerja. Apabila dia pergi temu janji pada malam itu dengan seorang lelaki bernama Bob (Mario Maurer), dia meninggalkannya selepas dia meremehkannya kerana terlambat. Oh, dan memukul sekumpulan wanita betul-betul di hadapannya. 


Pembentangannya diselamatkan oleh DOB, kecerdasan buatan (AI) yang mengendalikan menara pejabat tempat dia bekerja. DOB sepatutnya mengendalikan seluruh bangunan, tetapi dia telah jatuh cinta dengan Lana. Namun, dia menolaknya kerana dia bukan manusia. Jadi, seperti yang berlaku, Bob ialah pemeriksa bangunan yang pakar dalam perisian AI. Apabila Bob melihat bagaimana AI mengintai Lana, dia mengancam untuk menghapuskan ingatan DOB. Jadi, AI memuat turun dirinya ke dalam otak Bob. Dengan cara ini, dia boleh berlatih menjadi manusia dan memenangi Lana. Satu-satunya masalah ialah DOB perlu belajar bagaimana menjadi manusia, dan Lana perlu memberi Bob peluang kedua.


Tidak lama kemudian, DOB, sebagai Bob, perlahan-lahan mula memenangi Lana dengan keikhlasan dan daya tarikan seperti kanak-kanak. (Ini kerana DOB dilahirkan semula sebagai manusia). Lana, tentu saja, kemudian mengetahui bahawa DOB telah mengambil alih badan Bob dan berpisah dengannya. Apabila pemilik menara yang diselitkan AI mengetahui bahawa DOB telah menjadi penyangak, mereka menghantar sepasukan pembunuh upahan untuk menghapuskan DOB. Ketika itulah cinta mencari jalan. Apabila rakan Lana meyakinkannya bahawa AI adalah perkara biasa sekarang, mengapa cinta tidak boleh diterima dengan DOB?

AI Lana, Keno, memuat turun gerakan pertarungan ke dalam otaknya. Dia akhirnya membunuh lelaki jahat utama, Encik Winter, dengan memenggal lehernya dengan hanya menekan kakinya dengan kuat. Ini adalah selepas kebanyakan AI telah dihapuskan daripada Bob. AI Love You berakhir dengan kedua-duanya, masih bersama, menikmati sarapan pagi sambil mengenangkan kecerdasan buatan mereka yang hilang.

ULASAN & REVIEW FILEM AI LOVE YOU (2022)


Sebenarnya aku merupakan salah seorang peminat filem Crazy Little Thing Called Love lakonan mereka. Melihat berita di Twitter kalau tak salah tentang lakonan mereka yang boleh diibaratkan sebagai reunion mereka setelah lebih 10 tahun tidak beraksi di layar perak bersama.

Crazy Little Thing Called Love

Kemudian, aku mencari trailer di Youtube untuk filem AI Love You (2022) ini. Nampak meyakinkan. Walaupun konsep kecerdasan buatan ni aku macam pernah nampak dalam beberapa cerita lain. Akhirnya, aku dapat tonton filem ini secara sah di Netflix setelah berjaya mencuri masa selama 1 jam 35 minit. Jadi, terimalah ulasan aku tentang filem ini.

JALAN CERITA & KONSEP filem ini bagi aku pada mulanya nampak menarik. Ye. Melihat trailer, nampak bagaimana diletakkan kecerdasan buatan atau AI pada setiap bangunan di kota raya Bangkok, sangat cantik dan futuristik.

Konsep dimana AI mempunyai perasaan ingin mendekati manusia ini boleh nampak dalam filem-filem lain. Tetapi yang membezakan adalah adalah bagaimana AI tersebut berupaya untuk berubah dan juga penerimaan manusia terhadap AI tersebut. Ideanya sudah bernas. Tetapi..

Aku melihat filem ini agak lancar pada separuh masa pertama, tetapi selepas itu jalan cerita agak kelam kabut. Babak menjadi lebih padat dan ringkas sehinggakan ada beberapa bahagian yang aku tak faham. Mungkin untuk mengurangkan durasi filem ini, tetapi bagi aku ia agak menjejaskan filem ini dari segi penceritaan. 


LAKONAN pelakon dalam filem ini seperti biasa, Mario Maurer dan Pimchanok Leuwisetpaiboon memang terbaik. Lakonan dari filem terdahulu pun sudah bagus, inikan pula lakonan 12 tahun mendatang.  Pelakon dalam filem ini juga tidak ramai mungkin untuk memfokuskan pada dua watak utamanya sahaja.

CGI untuk filem ini juga bagi aku ditahap yang bagus. Melihat bangunan dengan AImata berkelip memang cantik dan nampak seperti 'real'. Imej futuristik memang dapat dilihat dengan jelas apabla banyak warna-warna neon yang digunakan. Cuma ada juga bahagian CGI yang kelihatan seperti tidak siap tetapi tidaklah banyak babaknya.


REUNION mereka berdua bagi aku adalah pada naskhah yang salah. Sebagai peminat, pastinya menginginkan mereka kembali dalam sebuah cerita cinta yang romantik dengan skrip yang seronok dan tidak dilupakan elemen komedi yang kelakar. Tetapi untuk filem ini bagaikan ada perkara yang tidak kena dan seperti yang aku beritahu di atas terutamanya dibahagian separuh kedua sehingga ke akhir.

Apa apa pun aku untuk percubaan pertama pengarahnya aku boleh berikan pujian. Dengan bajet sebegitu besar dia berjaya hasilkan sebuah filem. Walaupun ada kurangnya filem ini masih dapat menghiburkan aku dan mengisi masa terluang yang aku ada selama 1 jam 35 minit.


KESIMPULANNYA

Secara keseluruhannya, aku berpendapat filem AI Love You (2022) merupakan sebuah filem yang ringan, konsep moden yang menarik tetapi agak kecewa dengan jalan ceritanya yang agak laju dan berbelit dibahagian penghujung. Untuk melihat filem ini buat kali kedua, mungkin bukanlah dalam jangka masa terdekat. Kepada anda yang nak tonton filem ini, bolehlah ke Netflis dan tonton disana ya.

BINTANG : ⭐⭐/5

2 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Maju sungguh daya imiginasi Negara Jiran ya, suka pelakon lelaki sebab dia kalau berlakon cerita memang jenis 'ringan'

    ReplyDelete
  2. Setuju! agak kurang pula kali ni filem romantik komedi thai kali ni. Biasanya best.

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post