Buffet Ramadan 2022 - Destinasi Rasa Serantau di Sofitel Kuala Lumpur Damansara

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Masih mencari dimana nak berbuka puasa dengan hidangan buffet yang lazat? Okay, anda bolehlah baca artikel ini dimana aku akan ceritakan tentang salah satu tempat berbuka puasa dengan hidangan buffet yang sangat sedap dan menarik di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

DESTINASI RASA SERANTAU SOFITEL KUALA LUMPUR DAMANSARA


Terletak di Damansara Kuala Lumpur, Sofitel Kuala Lumpur Damansara membawakan pengalaman berbuka puasa yang cukup menarik dengan juadah-juadah dari serata negeri di Malaysia. Juadah ini semuanya dihidangkan di Kwee Zeen dan Wau Bulan ballroom, Destinasi Rasa Serantau yang dibawakan oleh  Sofitel Kuala Lumpur Damansara ini psatinya menjanjikan pengalaman yang terbaik.




Chef yang berpengalaman dibahagian belakang tabir akan memperlihatkan kemahiran mereka dalam menyediakan tujuh makanan utama yang juga dikenali sebagai Seven Wonders of Malaysia.

  • Negeri Sembilan : Itik Salai Masak Lemak Chilli Padi
  • Sabah : Manuk Pansuh
  • Perak : Rendang Tok Batu Kikir
  • Pahang : Udang Galah Masak Di Raja
  • Melaka : Asam Pedas Ekor Lembu
  • Johor : Otak-Otak Lobster
  • Selangor : Kambing Bakar

Sepanjang pengalaman anda makan di sini, anda akan dihiburkan dengan persembahan Gamelan yang membuatkan deria rasa anda lebih aktif apabila makan di Kwee Zeen.




Pendapat aku sendiri setelah mencuba pelbagai juadah di sini, Destinasi Rasa Serantau Sofitel Kuala Lumpur Damansara sememangnya satu lokasi terbaik untuk anda menikmati hidangan berbuka mewah juga dalam suasana yang sangat selesa.

Pilihan makanan yang sangat banyak dan sedap adalah satu tarikan yang tak dapat dilepaskan. Kalau anda datang, aku yakin dan pasti anda akan rambang mata untuk memilih makanan mana untuk dimulakan terlebih dahulu. 

Destinasi Rasa Serantau tersedia pada :-

RM128 per dewasa and RM64 per kanak-kanak - April 3 sehingga April 10 & April 25 sehingga May 1
RM178 per dewasa and RM89 per kanak-kanak - April 11 dan April 24 




Lebih menarik, Kwee Zeen menawarkan 20% diskaun untuk tempahan awal sebelum tarikh 1 April. Destinasi Rasa Serantau buffet juga tersedia di Wau Bulan Ballroom bermula 11 April sehingga 24 April menawarkan pelbagai pilihan makanan, termasuklah nasi kerabu, sambal dan juga kuih.

Untuk rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri, Kwee Zeen menawarkan maknana yang sangat sedap untuk seisi keluarga dan rakan perniagaan. Tempahan secara berkumpulan dan juga pakej rumah terbuka tersedia dengan harga bermula RM108 per dewasa dan RM54 per kanak-kanak di bilik private room bermula dari 3 Mei sehingga 8 Mei.

Untuk tempahan, anda boleh hubungi : 03-2720 6608 atau email kepada HA123-fb4@sofitel.com. 

Sofitel Kuala Lumpur Damansara

LOKASI : No 6, Jalan Damanlela, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

#buffetramadan #ramadanpreview #foodreview #foodblogger

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post