McDonald’s Malaysia Membayar Zakat Perniagaan RM600 Ribu kepada Lembaga Zakat Selangor

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Alhamdulillah, baru-baru ini aku berpeluang ke Majlis Pembayaran Zakat Perniagaan oleh McDonald’s Malaysia yang berlangsung dengan meriah di McDonald’s Banting, Selangor.

McDonald’s Malaysia telah membayar zakat perniagaan berjumlah RM600 Ribu kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS). Pembayaran bagi tahun 2022 ini merupakan jumlah tertinggi yang telah dibayar kepada LZS semenjak McDonald’s Malaysia mula membayar zakat perniagaan enam tahun lalu, sejak syarikat itu diambil alih Lionhorn Pte. Ltd., sebuah anak syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi. 


McDonald’s Malaysia menyerahkan zakat perniagaan tahun 2021 berjumlah RM600 Ribu kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS), jumlah yang tertinggi sejak McDonald’s mula membayar zakat kepada LZS. Sehingga tahun 2021, McDonald’s Malaysia telah membayar zakat perniagaan sebanyak RM9.85 juta untuk negeri-negeri di seluruh Malaysia.

Selain daripada bayaran zakat, McDonald’s Malaysia juga telah menyerahkan sumbangan wakalah agihan zakat bernilai RM500 dalam bentuk wang tunai dan baucar kepada 50 buah keluarga terpilih yang terjejas banjir pada penghujung tahun lepas. 

Majlis pembayaran zakat perniagaan ini telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Sahibus Samahah Dato’ Dr. Haji Anhar Bin Haji Opir.

Penyerahan sumbangan zakat perniagaan McDonald’s Malaysia diwakili oleh Encik Azhar Darbi, Naib Presiden Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman, McDonald’s Malaysia dan diserahkan kepada Encik Mohd Sabirin bin Mohd Sarbini, Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf,  Lembaga Zakat Selangor. 

McDonald’s Malaysia juga telah menyerahkan sumbangan wakalah agihan zakat bernilai RM500 dalam bentuk wang tunai dan baucar kepada setiap keluarga yang terjejas banjir pada penghujung tahun lepas.


Untuk makluman, setakat tahun 2021, McDonald’s Malaysia telah membayar zakat perniagaan sebanyak RM9.85 juta untuk negeri-negeri di seluruh Malaysia. McDonald’s Malaysia juga merupakan antara pembayar zakat perniagaan tertinggi bagi negeri Selangor.


“LZS amat mengharapkan sumbangan berterusan daripada syarikat korporat di luar sana seperti McDonald’s Malaysia demi menyantuni kelangsungan asnaf di Selangor. Lebih-lebih lagi jumlah keluarga asnaf fakir dan miskin dijangka meningkat kesan daripada situasi ekonomi sekarang. Ini bermakna keperluan agihan zakat juga akan turut meningkat seiring dengan pertambahan asnaf di Selangor,” kata Encik Muhd Fikri Naim bin Harun, Ketua Divisyen Kutipan, Lembaga Zakat Selangor.


McDonald’s Malaysia telah diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd., sebuah anak syarikat Reza Group di Arab Saudi pada 1 Disember 2016. Dengan pengambilalihan ini, syarikat khidmat segera itu kini dimiliki oleh pemegang saham atau pelabur yang majoritinya terdiri daripada umat Islam.

Selain membayar zakat, McDonald's Malaysia juga bekerjasama rapat dengan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) untuk terus mendukung komitmen Halalnya kepada para pengguna dalam semua aspek perniagaan. McDonald’s Malaysia juga terlibat secara aktif dalam pelbagai program Halal termasuk Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS), HALFEST dan World Halal Conference. 


0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post