Filem 'Showtime 1958' Karya Anwardi Jamil Rancak Distrim di Netflix Seluruh Dunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Artis - artis Jalan Ampas menyanyikan lagu Hari Raya untuk kali pertamanya pada April 1958 

FILEM ‘SHOWTIME 1958’ KARYA ANWARDI JAMIL RANCAK DISTRIM DI NETFLIX SELURUH DUNIA


Sebuah lagi filem terbitan produksi Malaysia membuka tayangan perdana di platfom striming antarabangsa, Netflix. Mula ditayangkan sejak 3 Mei 2022 yang lalu, filem cereka pertama terbitan Nafalia Corporation Sdn. Bhd., berjudul ‘Showtime 1958’ kini sedang rancak distrim di Netflix seluruh dunia dan mula menduduki carta filem trending di Netflix.

‘Showtime 1958’ ditulis sepenuhnya oleh pengarah lagenda Anwardi Jamil menerusi idea asal daripada memoir Allahyarham ayah beliau iaitu, Dato’ Haji Jamil Sulong. Menceritakan tentang sebuah kisah benar di sebalik terciptanya lagu ikonik “Selamat Hari Raya (Lagu Hari Raya Aidifitri)” yang ditulis oleh biduan negara P. Ramlee dan Jamil Sulong pada April 1958 di bahagian belakang pentas Studio Jalan Ampas, filem ‘Showtime 1958’ memaparkan detik-detik genting kejatuhan empayar filem Melayu di Singapura. 

Filem ‘Showtime 1958’ dibarisi nama-nama besar industri perfileman tanah air antaranya Amai Kamaruddin, Bell Ngsari, Shah Iskandar dan Mubarak Majid, di samping bakat-bakat baharu seperti Asry Azizan Banks, Yna Rose Noah, Wan Nur Afiyah, Irfan Zaini, Amalina Arham, Muhammad Izzat Mustaq, Raja Muhammad Hafiz, Dhia Farhana, Farah Ahmad, Frankie Lee, Henzi Andalas Nusantara.


Penerbitan filem ini telah disokong sepenuhnya oleh FINAS dan ditaja oleh F&N. Filem ini diedarkan secara ekslusif ke Netflix oleh Nafalia Corporation Sdn Bhd melalui Nads Media Entertainment Sdn Bhd sebagai pengedarnya.

Filem cereka yang diarahkan oleh pengarah vateran Anwardi Jamil ini telah mendapat pengiktirafan di Asian Cinematography Award, yang berlangsung di Manila, dimana, ianya berjaya merangkul dua anugerah iaitu “Pengarah Asia Terbaik (Anwardi Jamil)” dan “Sinematografi Terbaik (Norazam Mohd Yusoff)”.

Filem ini juga berjaya menerima anugerah bagi “Skor Musik Terbaik (Raja Iskandar Raja Ibrahim)” di anugerah Singapore World Film Carnival, yang juga telah memberi penghargaan bagi “Pencapaian Luar Biasa” bagi kategori Pengarahan, Ciri Naratif dan Sinematografi. 

Showtime 1958 turut terpilih sebagai salah satu daripada tiga filem teratas bagi kategori filem cereka bahasa asing (Foreign Language Feature Films) di Cardiff International Film Festival. Selain daripada itu, filem Showtime 1958 merupakan finalis bagi salah satu daripada dua filem muzikal terbaik di Cannes World Film Festival, dimana, telah kalah dengan filem keluaran Amerika Syarikat iaitu “Black Live Matter - A Musical”. 

Amai Kamarudin sebagai P. Ramlee dalam satu babak dari filem Showtime 1958

Filem Showtime 1958 ini juga telah diraikan di Paris sempena sebuah acara yang memperingati hasil kerja dan musik nyanyian Allahyarham Tan. Sri. Dr. P. Ramlee, yang dipanggil “One Night With Malaysia”. Acara tersebut telah dianjurkan oleh INALCO,  the National Institute of Languages and Oriental Civilisations, L’Ecole Des haute Etudes En Sciences Socials and Campus Condorcet.

Treler rasmi filem ‘Showtime 1958’ boleh ditonton di https://youtu.be/KfIItOz88MQ dan untuk mengetahui kisah-kisah menarik di sebalik tabir filem ini, ikuti akaun media sosial Nafalia Corporation di Facebook dan Instagram. Peminat-peminat filem tempatan pastinya tidak mahu terlepas menonton filem ‘Showtime 1958’ yang kini rancak distrim di platfom Netflix.

SEKIAN

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post