Review Filem : KKN di Desa Penari (2022), Kisah Seram Yang Viral

Assalamualaikum dan salam sejahtera


KKN di Desa Penari (2022) merupakan sebuah filem seram asal Indonesia diarahkan oleh Awi Suryadi. Kisah di dalam filem ini adalah berdasarkan lakon layar yang diadaptasi daripada sebuah kisah viral di twitter oleh SimpleMan. Lakon layar adaptasi ini ditulis semula oleh Lele Laila dan Gerald Mamahit. 

Filem ini diterbitkan oleh MD Pictures dan dibintngai barisan pelakon seperti  Tissa Biani, Adinda Thomas, Achmad Megantara, Aghniny Haque, Calvin Jeremy, Fajar Nugraha, dan Kiki Narendra.Berkenaan tarikh tayangannya pula pada asalnya dijadualkan untuk tayangan pada tahun 2020 tetapi ditunda kerana pandemik Covid-19 yang berlaku di seluruh dunia. Akhirnya pada tanggal 30 April 2022 barulah filem ini berjaya ditayangkan secara rasmi. 

KKN DI DESA PENARI


Pengarah : Awi Suryadi
Penulis : Lele Laila / Gerald Mamahit
Berdasarkan : KKN di Desa Penari oleh SimpleMan
Sinematografi : Ipung Rachmat Syaiful
Muzik : Ricky Lionardi
Tarikh Tayangan : 30 April 2022
Durasi : 121 minit

BARISAN PELAKON KKN DI DESA PENARI (2022)


  • Tissa Biani sebagai Nur
  • Adinda Thomas sebagai Widya
  • Achmad Megantara sebagai Bima
  • Aghniny Haque sebagai Ayu
  • Calvin Jeremy sebagai Anton
  • M Fajar Nugraha sebagai Wahyu
  • Kiki Narendra sebagai Pak Prabu
  • Aulia Sarah sebagai Badarawuhi
  • Aty Cancer sebagai Bu Sundari
  • Diding “Boneng” Zeta sebagai Mbah Buyut
  • Dewi Sri sebagai Mbak Dok
  • Liek Suyanto sebagai Kakek hajatan

SINOPSIS FILEM KKN DI DESA PENARI


Bermulanya kisah apabila enam mahasiswa yang melaksanakan KKN (kuliah kerja nyata) di sebuah desa terpencil, Nur (Tissa Biani), Widya (Adinda Thomas), Ayu (Aghniny Haque), Bima (Achmad Megantara), Anton (Calvin Jeremy), dan Wahyu (M.Fajar Nugraha) tidak pernah menyangka kalau desa yang mereka pilih ternyata bukanlah desa biasa. 

Pak Prabu (Kiki Narendra), ketua kampung, memperingatkan mereka untuk tidak melewati batas gapura terlarang, sebuah gapura yang menuju Tapak Tilas. Tempat misteri itu mungkin ada hubungannya dengan sosok penari cantik yang mulai mengganggu Nur dan juga Widya.


Satu persatu mulai merasakan keanehan desa tersebut dan Bima pun mulai berubah sikap. Proker KKN mereka berantakan, tampaknya penghuni ghaib desa tersebut tidak menyukai mereka. 

Nur akhirnya menemukan fakta mencengangkan bahwa salah satu dari mereka melanggar aturan yang paling fatal di desa tersebut.

Teror sosok penari misterius semakin menyeramkan, mereka mencoba meminta bantuan Mbah Buyut (Diding Boneng), dukun setempat. Namun ternyata, usaha tersebut tak membuahkan hasil lantaran mereka terlampau terlambat. Keenam mahasiswa tersebut juga terancam tidak bisa keluar dari desa tersebut.

ULASAN FILEM KKN DI DESA PENARI (2022)


Sebenarnya sudah beberapa lama juga aku melihat kisah filem KKN Di Desa Penari (2022) ini mula viral di twitter. Ramai yang menyarankan untuk menonton filem ini, juga thread Twitter yang asalnya jugak kembali diretweet kembali. Untuk aku sendiri sebenarnya agak kurang untuk menonton filem yang aku kurang tahu atau tak pernah menonton trailernya.

Tetapi hasil ajakan rakan dan juga penceritaan orang ramai, aku pun gagahkan diri ke pawagam berdekatan untuk menonton filem ini dan merasai sendiri pengalaman tontonan filem yang dikatakan filem terseram untuk tahun ini. Jadi berikut adalah ulasan dan pandangan aku terhadap filem KKN di Desa Penari (2022)


JALAN CERITA : Ramai yang beritahu supaya membaca thread Twitter terlebih dahulu, tetapi aku menonton filemnya terlebih dahulu dan barulah membaca thread tersebut. Tidak banyak beza sebenarnya, elemen-elemen penting masih ada di dalam filem.

Baiklah, jalan ceritanya bagi aku adalah sangat mudah untuk difahami. Ya, ada pelbagai persoalan apabila menonton dari awal ke pertengahan tetapi perlahan-lahan semuanya dibongkarkan. Mungkin ada dibeberapa babak yang boleh dikembangkan lagi untuk memberikan jalan cerita yang lebih lancar tetapi keseluruhan alan ceritanya memang menarik.


LAKONAN : Pujian diberikan kepada keseluruhan pasukan pelakon kerana membawakan lakonan yang berkesan. Emosi yang dibawakan dapat dilihat dengan jelas. Perwatakan yang menyakitkan hati juga berjaya dibawa dengan baik sehinggakan aku sendiri rasa macam nak tampar sahaja!


Jika ditanya lakonan mana yang menjadi pilihan aku, aku memilih babak dimana Ayu menari dalam keterpaksaan. Bagaimana gerak tarinya yang lincah tidak sepadan dengan air mukanya yang meronta-ronta. Lakonan yang bagi aku sangat hebat!

MISTIK : Elemen mistik dalam cerita ini penuh dengan budaya setempat. Tarian dan muzik yang begitu dekat dengan masyarakat serta menjadi elemen utama untuk berhibur. Kaitan rapat elemen mistik bersama muzik dan tarian bagi aku suatu yang bijak, terutamanya gamelan sememangnya mempunyai kisahnya tersendiri. Selain itu, untuk watak Nur yang mempunyai penjaganya tersendiri juga merupakan antara elemen mistik yang kita sering dengar di negara kita sendiri tetapi mungkin gelarannya berbeza.


SINEMATOGRAFI : Untuk filem ini pujian diberikan pada sinematografinya yang berjaya membawa elemen seram dan juga elemen hutan yang gelap dengan baik. Aku yang menonton dipawagam turut berasa bagaikan berada di tengah hutan tanpa sebarang hubungan dengan dunia luar. Penggunaan angle kamera yang baik juga aku dapat lihat didalam filem ini. Contohnya aku dapat merasakan suasana yang tegang apabila kameranya bergoyang bagaikan daripada pandangan manusia dan bukannya statik, ditambah lagi dengan muziknya yang seram, memang bijak.


KESELURUHAN : Secara keseluruhannya bagi aku filem KKN di Desa Penari (2022) merupakan antara filem seram terbaik yang aku tonton untuk tahun 2022. Jujur aku nak beritahu bahawa filem-filem seram daripada negara jiran adalah lebih menyeramkan serta elemen mistiknya memang menjadi. Walaupun ada babak-babak yang agak keterlaluan (18sx) dan sebagainya, tetapi untuk bahagian lain mereka memang bijak dalam membawa naskhah genre seram.

Aku tidak mengharapkan filem ini ada sekuelnya kerana jalan ceritanya sendiri sudah cukup kuat dan pengakhirannya cukup jelas. Oleh itu, untuk filem KKN di Desa Penari (2022), aku memberikan :-

BINTANG : ⭐⭐⭐⭐/ 5

Sekian

4 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Kalau filem ada babak 18sx ni tak sesuai nak tonton dengan anak2. Saya mungkin tidak akan menonton filem ini kerana mantera yang dibaca sebijik mantera yang betul. Risau dan takut pulak nak menonton. Rating tinggi juga ya?

    ReplyDelete
  2. ada macam-macam review, ada yang kata best sangat, ada kata bese jer dah ada kata tak berbaloi tengok. huda memang kurang minat genre macam ni sebab penakut. tapi story line movie ni macam best juga.

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post