OnePlus Hadir dengan Peranti Terbaru OnePlus 10T 5G dan OxygenOS 13

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Baru-baru ini aku berpeluang untuk menghadiri majlis pelancaran peranti terbaru keluaran jenama terkenal OnePlus. Di majlis tersebut aku dapat melihat dan memegang sendiri peranti tersebut serta mencuba beberapa aplikasi yang tersedia di dalam peranti tersebut. Untuk bacaan lebih lanjut, boleh teruskan di bawah ya.

ONEPLUS HADIR DENGAN PERANTI TERBARU ONEPLUS 10T 5G & OXYGEN0S 13

  • OnePlus 10T  5G mempunyai Snapdragon® 8+ Gen 1 Mobile Platform terbaru, 16GB LPDDR5 RAM, dan 150W SUPERVOOC Endurance Edition, menunjukkan prestasi pengalaman pengguna yang pantas dan lancar.
  • OxygenOS 13 merupakan versi terkini sistem operasi utama OnePlus yang memberikan prestasi pantas dan lancar (fast and smooth) dengan reka bentuk mengagumkan serta ciri keselamatan yang dipertingkatkan.
  • OnePlus 10T  5G akan memasuki pasaran Malaysia bermula 1 September, selepas pengumuman harga pada 18 Ogos

Jenama teknologi global, OnePlus secara rasminya melancarkan telefon pintar utama yang baharu iaitu OnePlus 10T 5G, bersama generasi terkini sistem operasi utamanya, OxygenOS 13 di New York. OnePlus 10T 5G ialah telefon pintar perdana kedua yang dilancarkan oleh OnePlus pada tahun ini, membawa pengguna Berevolusi Melangkaui Kelajuan (Evolve Beyond Speed).


“Kami sangat teruja dengan pelancaran OnePlus 10T 5G dan OxygenOS 13 bersama peminat serta rakan kongsi di seluruh dunia,” kata Pete Lau, Pengasas OnePlus. “OnePlus 10T 5G mengangkat prestasi kami yang pantas dan lancar (fast and smooth) ke tahap yang lebih tinggi pada harga yang sangat kompetitif, manakala OxygenOS 13 pula menjadikan sistem operasi kami lebih hebat di samping reka bentuk yang kemas serta ciri yang ditambah berdasarkan permintaan pengguna, seperti pilihan paparan sentiasa tersedia yang dipertingkatkan.”


OnePlus 10T 5G


OnePlus 10T 5G menawarkan prestasi terbaik hasil gabungan cip pemprosesan yang berkuasa tinggi, sistem penyejukan terbesar dan paling hebat dalam rangkaian telefon pintar OnePlus, pengecasan super pantas dan pelbagai lagi. 

Prestasi Pantas dan Lancar (Fast and Smooth)


OnePlus 10T 5G membawakan prestasi pantas dan lancar ke tahap yang lebih tinggi dengan Platform Mudah Alih Snapdragon® 8+ Gen 1 (Snapdragon® 8+ Gen 1 Mobile Platform) yang menawarkan kelajuan unit Pemprosesan Pusat (CPU) dan unit pemprosesan grafik (GPU) yang lebih pantas dengan kecekapan yang dipertingkatkan, hingga 16 GB RAM LPDDR5 serta sistem penyejukan yang terbesar, tercanggih dan paling berkuasa dalam peranti OnePlus. 

Apabila digabungkan, teknologi ini membolehkan pengguna melakukan aktiviti harian dan intensif seperti bermain permainan mudah alih atau menatal kandungan di media sosial dengan lebih pantas dan lama. Pada masa yang sama, lebih 35 aplikasi kekal aktif di latar belakang agar pengguna boleh bertukar ke aplikasi berbeza dengan cepat, dan meneruskan aktiviti mereka yang terhenti.

Pengecasan Super Pantas 


Dengan sokongan 150W SUPERVOOC Endurance Edition, OnePlus 10T menjimatkan masa pengecasan yang membolehkan pengguna mempunyai lebih banyak masa menggunakan peranti semahunya. 150W SUPERVOOC Endurance Edition memberikan kuasa hingga satu hari selepas hanya 10 minit pengecasan, dengan pengecasan penuh daripada satu hingga 100 peratus yang hanya mengambil masa 19 minit.

Pada masa yang sama, sistem pengecasan OnePlus 10T 5G direka dengan selamat dan efisyen menggunakan beberapa siri teknologi seperti Enjin Kesihatan Bateri (Battery Health Engine) yang memanjangkan jangka hayat dan mengekalkan kapasiti bateri berkuasa besar 4,800 mAh OnePlus 10T 5G. Sistem pengecasan OnePlus 10T 5G menawarkan dua pam pengecasan, bukannya satu seperti kebanyakan telefon pintar lain, untuk memastikan kelajuan pengecasan yang lebih pantas di samping keselamatan yang lebih baik, kecekapan yang dipertingkatkan dan pengurangan haba.

Sambungan yang Lebih Kuat


Sebanyak 15 antena membentuk sistem antena 360 darjah OnePlus 10T 5G yang menyediakan isyarat Wi-Fi dan selular lebih kuat, tanpa mengira orientasi yang digunakan oleh peranti. Satu ciri yang dipanggil Smart Link berfungsi seiring dengan sistem antena OnePlus 10T 5G untuk meningkatkan isyarat serta kelajuan muat naik, terutamanya di kawasan yang mempunyai tahap kesesakan rangkaian yang tinggi.

Rekaan yang Kemas

OnePlus 10T 5G meningkatkan ideologi reka bentuk tanpa beban OnePlus dengan rekaan struktur yang menawarkan rasa pegangan yang sangat selesa serta diserikan dengan warna Jade Green yang mempersonakan.
 
Paparan 6.7 inci meliputi bahagian hadapan OnePlus 10T 5G dan memberikan tontonan serta pengalaman pengguna yang luar biasa dengan kadar penyegaran 120 Hz yang turut membantu memelihara hayat bateri dengan lebih baik supaya peranti boleh digunakan dengan lebih lama semasa dicas. Paparan OnePlus 10T 5G diperakui HDR10+ dan mempunyai sokongan asal untuk warna 10-bit bagi pengalaman tontonan yang lebih menakjubkan dan realistik. 

 
Sistem Tiga Kamera


OnePlus 10T 5G dilengkapi dengan sistem tiga kamera di bahagian belakang dengan sensor utamanya, Sony IMX766 50 MP yang mempunyai penstabilan imej optikal (OIS, Optical Image Stabilisation), Nightscape 2.0 dan prestasi HDR dipertingkatkan, membolehkan pengguna mengambil gambar yang cantik dalam keadaan terang dan cahaya malap.

Turut menyokong kamera utama OnePlus 10T 5G adalah kamera ultra lebar dan kamera makro, masing-masing membolehkan pengguna merakamkan lebih banyak dalam tangkapan mereka ataupun merakamkan dengan jelas subjek yang lebih dekat.

OxygenOS 12.1

OnePlus 10T 5G didatangkan prapasang dengan OxygenOS 12.1 berdasarkan Android™ 12 dan akan menerima tiga kemas kini utama Android dan empat tahun kemas kini keselamatan.

Ketersediaan


OnePlus 10T 5G boleh didapati di Malaysia mulai 1 September, manakala pengumuman harganya akan diadakan pada 18 Ogos.

OxygenOS 13


OxygenOS 13 memberikan pengalaman perisian OnePlus yang pantas dan lancar dengan reka bentuk Aquamorphic yang unggul, di samping ciri keselamatan yang dipertingkatkan dan turut membawakan beberapa ciri kegemaran komuniti OnePlus dengan lebih jauh. Versi terkini OxygenOS menawarkan pengalaman yang lebih baik secara menyeluruh, termasuklah ciri memperibadikan, permainan dan sambungan yang telah dipertingkatkan.

OxygenOS 13 akan dilancarkan terlebih dahulu pada OnePlus 10 Pro, diikuti oleh OnePlus 10T pada akhir tahun ini. Peranti OnePlus lain yang akan menggunakan OxygenOS 13 adalah OnePlus 8, OnePlus 8 Pro, OnePlus 8T, OnePlus 9, OnePlus 9 Pro, OnePlus 9R, OnePlus 9RT, OnePlus 10R, OnePlus Nord 2, OnePlus Nord 2T, OnePlus Nord CE, OnePlus Nord CE 2, dan OnePlus Nord CE 2 Lite.

Mengenai OnePlus 

onePlus ialah jenama teknologi mudah alih global yang mencabar konsep teknologi konvensional. Dicipta berdasarkan mantera "Never Settle", OnePlus mencipta peranti yang direka dengan indah dengan kualiti binaan premium dan perkakasan berprestasi tinggi. onePlus berkembang maju dalam memupuk ikatan yang kukuh dan berkembang bersama komuniti pengguna dan peminatnya.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati OnePlus.com atau ikuti mereka di: 


SEKIAN

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post