Kedai Merchandise Premium Liverpool FC Dibuka Secara Rasmi di Sunway Pyramid Mall

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Berita gembira buat peminat pasukan Liverpool FC apabila kedai merchandise premium Liverpool FC dibuka secara rasmi di Malaysia. Pelbagai barangan merchandise dijual dengan harga yang berpatutan. 

Baru-baru ini majlis pelancaran kedai merchandise premium itu diadakan meriah di lokasi Tingkat LG 1.28 berhadapan Parkson, Pusat Beli Belah Sunway Pyramid, Subang Jaya. Turut hadir di majlis pembukaan rasmi Kedai Merchandise Premium Liverpool FC adalah Encik Sami Hyppia, pemain legenda kelab Liverpool FC. 

KEDAI MERCHANDISE PREMIUM LIVERPOOL FC

Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd. melangkah setapak lagi dengan merasmikan kedai merchandise premium Liverpool FC (LFC Brand Store) yang pertama di Malaysia, hari ini. 


Menurut En. Vach Pillutla, Ketua Pegawai Eksekutif, Al-Ikhsan Sports, “Sebagai peneraju barangan sukan terunggul di Malaysia yang kompetitif, kami sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada para pelanggan kami. Kami menjangkakan LFC Brand Store ini bakal menjadi hub utama untuk semua penyokong kelab tersebut di mana mereka boleh mendapatkan kesemua koleksi premium LFC di sini. Sunway Pyramid dipilih sebagai lokasi pertama kerana kedudukannya yang strategik dan boleh diakses dengan mudah oleh warga Lembah Kelang.”


Selain daripada barangan rasmi LFC, Al-Ikhsan sebagai “Brand Licensee” LFC turut menyediakan koleksi mampu milik yang direka khas untuk para penyokong kelab tersebut. Koleksi itu merangkumi jersi, baju polo T, jaket, baju T, payung, beg silang, replika bola sepak serta pelbagai barang yang menarik akan dijual pada julat harga serendah RM9.00 sehingga RM1,399 bagi jersi yang ditandatangan khas oleh pemain-pemain kelab itu. 


Pembukaan LFC Brand Store ini turut mendapat sokongan yang positif dan sangat dialu-alukan oleh tiga kelab penyokong utama iaitu KL Kopites, All Reds Malaysia dan Kinabalu Reds.


Perasmian LFC Brand Store ini turut dihadiri oleh pemain legenda kelab popular itu iaitu Sami Hyppia. Terdahulu, Sami telah berkunjung ke Sekolah Kebangsaan USJ 12 di Subang Jaya bagi berkongsi pengalaman beliau serta ilmu sukan bola sepak bersama pelajar-pelajar di sekolah berkenaan.

Kunjungan Sami ke Malaysia turut dipenuhi dengan sesi beramah mesra bersama penyokong LFC pada 1 Oktober 2022 bertempat di Pintu Utama Sunway Pyramid, 10 pagi.


MENGENAI AL-IKHSAN SPORTS

Al-Ikhsan Sports (Al-Ikhsan) telah ditubuhkan pada tahun 1993 dengan sebuah kedai tunggal berkeluasan 150sqft di Holiday Plaza, Johor Bahru oleh Tuan Haji Ali Hassan dan telah berkembang dengan  kini mempunyai160 kedai di seluruh Semenanjung Malaysia.

Al-Ikhsan berobjektif untuk memberikan alternatif yang mampu milik kepada rakyat Malaysia menjalani gaya hidup yang sihat serta memberi pilihan yang luas kepada peminat sukan bola sepak tempatan.  Pada 2016, Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas)  telah melaburkan sebanyak 35% saham dalam Al-Ikhsan Sports dan sejak itu, momentum Al-Ikhsan semakin kukuh dari segi penjenamaan serta mencatatkan perkembangan yang lebih kukuh. 

Al-Ikhsan turut diberikan pelbagai pengiktirafan dari luar dan dalam negara berikutan pencapaian yang memberangsangkan.

SEKIAN

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post