Atasi Masalah Kesihatan Kaki Anda di Sunfeet International Rehab Centre

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar pembaca dan rakan-rakan sekalian? Siapa di sini mempunyai kaki yang sempurna?  Pasti tak tahu kan? Baiklah, baru-baru ini aku berkesempatan mendengar satu talk berkenaan kaki bersama pakar dan banyak juga sebenarnya perkara yang aku belajar tentang jenis kaki, personalitinya juga tentang penjagaan kaki yang tepat. Untuk itu, aku akan kongsikan serba sedikit tentangnya kepada anda semua. ✌

SEPASANG KAKI YANG SEMPURNA


Kaki adalah salah satu anggota badan yang paling banyak digunakan,tanpa kaki, tubuh tentu tidak boleh dikatakan sempurna. Kaki diperlukan dalam pelbagai aktiviti, untuk berlari, berjalan, dan melompat. Kaki adalah wira yang tak didendang, membawa kita 8,000 hingga 10.000 langkah setiap hari dan 100,000 batu sepanjang perjalanan seumur hidup.

Talk yang dibawakan oleh Dato' Dr. Edmund Lee (Pakar Ortotik dan Prostetik Ternama Asia) ini menceritakan tentang pelbagai perkara dan antaranya adalah jenis kaki. Tahukah anda bahawa jenis kaki turut mempunyai personaliti tersendiri terhadap diri kita? Sebagai contoh ;

  • Orang yang mempunyai kaki melengkung tinggi didapati berdikari, intelek, pemimpi, dan orang yang berdikari.
  • Orang yang mempunyai kaki melengkung rendah adalah realis, ekstrovert, suka keluar dan rama-rama sosial.
  • Orang yang mempunyai kaki rata biasanya realistik dan mereka menikmati sokongan & keselesaan bersama orang lain.
  • Orang yang mempunyai jurang yang besar di antara semua jari kaki mempunyai minat untuk mengembara. Mereka adalah individu gembira yang suka meneroka tempat baharu.


Berikut merupakan beberapa masalah kesihatan kaki yang boleh terjadi

1. Flat feet (tapak kaki yang rata dan tidak mempunyai lengkungan yang tepat untuk sokongan)
2. Bunion (lebihan tulang terkeluar di bahagian sisi ibu jari kaki)
3. Callus (sel kulit mati tebal di bawah pangkal kaki anda)
4. High arch (lengkungan kaki tinggi)
5. Intoeing (kaki merpati - berjalan dengan kedua-dua kaki menghala ke dalam)
6. Toe walking (hujung kaki ketika anda berjalan)
7. Bowleg (bahagian kaki dari lutut ke bawah terbuka dan tidak rapat)

Untuk atasi masalah-masalah yang tersenarai ini, antara yang disyorkan oleh Dato' Dr. Edmund adalah pemaiakan kasut dan tapak kasut khas untuk menyokong semula kaki kepada keadaan normal. 

TIPS PENJAGAAN KAKI


Berikut adalah beberapa langkah yang boleh membantu anda mengamalkan penjagaan dan kebersihan kaki yang baik:

  • a) Pakai kasut baru berselang seli dengan kasut yang lama sehingga kasut baru sedikit longgar dan memberikan keselesaan pada kaki serta mengelakkan kecederaan kaki.
  • b)  Pastikan kasut yang dibeli sesuai dengan aktiviti yang akan dilakukan menggunakan kasut tersebut.
  • c) Pilih kasut yang sesuai dengan ukuran kaki.
  • d) Pastikan ada ruang untuk jari-jari kaki bergerak didalam kasut (masukkan dua jari di belakang kasut dan bahagian depan kasut).
  • e) Beli kasut pada waktu petang kerana kaki akan mengembang setelah berjalan seharian.
  • f) Lakukan pemeriksaan dan rawatan kaki berjadual.
  • g) Berjumpa dengan pakar kaki jika terdapat rasa sakit atau kejanggalan pada kaki atau pergelangan kaki.

SUNFEET INTERNATIONAL REHAB CENTRE


Untuk maklumat, Dato' Dr. Edmund Lee (Pakar Ortotik dan Prostetik Ternama Asia) adalah pemilik Sunfeet International Rehab Centre. Beliau merupakan generasi ketiga keluarga pakar Orthotics dan Prostetik di Malaysia. Dr Edmund menamatkan empat tahun latihan ortotik dan prostetik di University of Salford, United Kingdom, dan bekerja di pelbagai jabatan ortotik di Stoke-on-Trent dan London, United Kingdom selama dua tahun. Beliau kembali ke Malaysia dan memulakan SUNFEET INTERNATIONAL REHAB CENTRE.



Bersempena dengan musim persekolah yang bakal tiba, 30% potongan harga bagi kasut sekolah dan juga kasut sukan. Rekaan yang tersedia memang cantik dan pastinya berkualiti. Jom ke Sunfeet International Rehab Centre, dan dapatkan kasut-kasut pada harga promo ya!


Oh ya, untuk anda yang mungkin berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kesihatan kaki, ingin lakukan pemeriksaan kaki, sebarang konsultasi atau mahu dapatkan kasut untuk kesihatan, bolehlah ke Sunfeet International Rehab Centre.

TONTON VIDEO INI



SUNFEET INTERNATIONAL REHAB CENTRE


Waktu Operasi : Isnin - Sabtu (10pagi- 5.30petang)

Lokasi :  Sunfeet International Rehab Centre, Ground Floor, Wisma Daju 5, 
No 21, Jalan Barat, 46200 Petaling Jaya, Selangor.

Waze: Starbucks PJ8

Hubungi : 0135283939/ 0139122839
Laman Web : www.sunfeet.com.my
Instagram : https://www.instagram.com/sunfeetinternational/
Facebook : www.facebook.com/sunfeetinternational

#NewSunfeet #DrEdmundLee #SunfeetMY #Sunfeet #foothealth #podiatry #footcare 

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post