Malam Anugerah PGDM Digital 2022 Berlangsung Meriah!

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Baru-baru ini iaitu pada 18 Mac 2023 telah berlangsungnya sebuah acara yang meriah lagi cemerlang bertempat di Hotel Tenera, Bangi iaitu PGDM Annual Digital Award Night 2022. Alhamdulillah, berpeluang datang dan melihat penerima anugerah yang begitu komited dalam membangunkan syarikat mereka. Untuk anda yang mungkin tertanya-tanya siapakah penerima anugerah ini, jom baca sehingga ke penghujung artikel ini ya. ✌

PGDM ANNUAL DIGITAL AWARD NIGHT 2022

Majlis Penganugerahan Digital Tahunan PGDM 2022 diadakan untuk untuk memberi peluang pengiktirafan dikalangan ahli-ahli bersekutu konsortium PGDM kepada syarikat-syarikat industri pertengahan yang berdaya maju, mampu berjaya dan membawa potensi pencapaian yang lebih besar dalam bidang-bidang industri mereka di dalam dan juga di luar negara.


Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datin Seri Harnie Mohamed, Pengerusi PGDM. Di samping itu PGDM juga memberi anugerah kepada syarikat-syarikat konglomerat antarabangsa dan juga ingin memberi pengiktirafan kepada badan-badan agensi dan berkanun kerajaan di atas sumbangan mereka yang cemerlang kepada masyarakat setempat dan am keseluruhan nya di Malaysia.


SENARAI PENERIMA ANUGERAH MALAM PGDM ANNUAL DIGITAL AWARD

POPULAR DIGITAL AWARD YOUNG ENTREPRENEUR TALENT OF THE YEAR”


BIGCORP-A BERHAD

CEO Mr V Devindran. 

Menghasilkan produk kecantikan & kesihatan bernama Litna. Sejak tahun 2000, Litna telah menyediakan produk berkualiti menggunakan Herba Asli, tiada sebarang bahan toksik, bebas bahan kimia yang merbahaya, bahan tiruan & pengawet untuk yang terbaik bagi kecantikan & kesihatan. Anugerah terhebat alam semula jadi kepada semua adalah badan yang sihat, kecantikan berseri dan kehidupan yang sihat.

“POPULAR DIGITAL AWARD FOR INTERNATIONAL LOGISTICS COMPANY”


SIMEBAX HOLDINGS SDN BHD

CEO Dato SK 
Sebuah syarikat yang memfokuskan pada industri pengangkutan. Sime Bax beroperasi di seluruh dunia yang mengkhususkan dalam penyediakan pengangkutan yang mengembangkan logistik kepada penghantaran Kargo Udara & perkhidmatan pengangkutan treler antara negeri.

“POPULAR DIGITAL AWARD FOR INFLUENTIAL ENTREPRENEUR IN BLOCKCHAIN TECHNOLOGY”


PANDOSOFT SDN BHD

Malaysia Country Partner: Mr Shairul Abd Razak & Mr Izwan Kamal

Dengan motto ' The Future is Here', Mereka adalah Syarikat Platform Rantaian Blok Penstriman Berbilang Model Onestop yang dikuasakan oleh komuniti yang telah menunjukkan prestasi luar biasa dalam industri ini dan telah memberi impak yang ketara melalui sumbangan untuk memajukan teknologi.

“POPULAR DIGITAL AWARD FOR INTERNATIONAL PROJECTS AND DEVELOPMENT FINANCING”


KADIS INTERNATIONAL BERHAD

President, Mr Abdul Kadis bin Engkok 

KADIS International Group ialah syarikat pelaburan & kewangan yang bekerjasama dengan syarikat, institusi & kerajaan untuk menyediakan penyelesaian bagi setiap keperluan pelanggan mereka.

SENARAI PENERIMA LAIN PGDM ANNUAL DIGITAL AWARD


  • Ybhg Prof. Dr Md Nasir Bin Ibrahim, National Film Development Corporation Malaysia (FINAS)
  •  Mworldwide Holding Berhad 
  •  Imar Maju Sdn Bhd 
  •  P.T Humitek Biomass Energi



  • Magaya Empire Group
  • Honorable Mohammad Ali Mia Bpm Ppm Bangladesh Asistant inspector General of Police (CID)
  • Pertubuhan Alumni Penerima Zakat Malaysia
  • Google USA



  • SWATV Malaysia
  • H.E Ambassador Francis Ndegwa Muhoro Kenya High Commisioner To Malaysia
  • H.E Dato Seri Marietta Arguido Reformado President United Nation World Peace Association (UNPA) Malaysia
  • Persatuan Veteran Radio Television Malaysia (PVRTM)


  • Komitee Pengusaha Menengah Indonesia
  • Manchester Composite Company
  • Advance TC Limited Of Australia
  • Radio Television Malaysia (RTM)

  • YB Tuan Mazwan Bin Johar, Ahli Dewan Undangan Negeri Sg. Ramal Selangor.
  • Dr Farjana Sultan, President Bangladesh Economic Zone Association
  • Persatuan Kemajuan Keusahawanan Aura Manjung Perak
  • Pejabat Daerah Pentadbiran Hulu Langat

  • Drs. Abdul Rouf, M.AG. TTL Lamongan Vice Regent Of Lamongan (Wakil Bupati Lamongan)
  • Nyai HJ Narti, Ketua Umum Gabungan Organisasi Wanita Kab. Lamongan Jawa Timur.


PANDOSOFT  SDN BHD


Salah sebuah syarikat yang menerima anugerah pada malam tersebut, Pandosoft Sdn Bhd berkongsi kejayaan mereka dalam menjadi salah satu pelopor utama dalam industri perkhidmatan blockchain. Untuk maklumat, syarikat ini menawarkan perkhidmatan blockchain yang memudahkan penggunaan internet yang semakin meluas pada zaman sekarang.


Mereka telah mencipta aplikasi berkuasa yang boleh dimuat turun dalam telefon mudah alih, tablet, komputer riba, dan sebagainya serta turut disediakan di cloud server. Aplikasi yang dikenali sebagai Rametron ini mana fungsinya menyimpan, mengubah kod dan menstrim video, data dan teks. Dengan adanya aplikasi ini memudahkan pengguna internet. Boleh dikatakan syarikat Pandosoft Sdn Bhd ini bermatlamat untuk memberikan komuniti menerima kemudahan dan akses internet yang lebih baik dalam era digital yang semakin berkembang ini.


PROGRAM-PROGRAM PGDM MASA HADAPAN


Untuk pengetahuan anda, PGDM bercita-cita mahu merancang program-program lain yang berbentuk seminar dan forum antarabangsa untuk tujuan ‘Business Matching, Digital Economies, Human Resources Development, International Political Relationship, Awareness & Etiquette” pada hujung tahun 2024.

PGDM mengharapkan di waktu kedepannya aktiviti-aktiviti ekonomi digital ekonomi dan program-program kemasyarakatan yang bakal di rancang dan mahu dilaksanakan akan mendapat sokongan dan dokongan mentor daripada kerajaan , agensi dan badan-badan berkanun kerajaan Malaysia dan juga dari luar negara termasuk yayasan-yayasan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, filantrophist dan pihak-pihak swasta. PGDM yakin dengan bantuan-bantuan duta-duta PGDM yang telah di lantik dan menjadi wakil-wakil global untuk memastikan  kesinambungan usaha-usaha yang dirancang dapat menepati objektif PGDM untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Madani.

Tahniah PGDM atas penganjuran malam anugerah yang cukup meriah ini. Semoga penganjuran untuk tahun 2023 bakal berlangsung lebih meriah dan lebih gempak.

Tiktok : https://www.tiktok.com/@_pgdm_
Facebook : https://www.facebook.com/pgdm.my

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post