Selera Bazaar Ria Buffet di The Spread, The Gardens Hotel, Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, baru-baru ini aku berkesempatan untuk mencuba pelbagai pilihan makanan yang enak-enak belaka dan paling seronoknya anda boleh cuba nanti!

SELERA BAZAAR RIA BUFFET DI THE SPREAD, THE GARDENS HOTEL


Restoran The Spread, The Gardens Hotel kali ini membawakan anda untuk menikmati pelbagai hidangan menarik bermula  27 Mac 2023 sehingga 20 April 2023 ini dengan bertemakan Selera Bazaar Ria Buffet Dinner. Anda pastinya tidak akan melepaskan untuk mencuba pilihan makanan yang begitu enak di lokasi yang cukup menarik ini.

Apa yang menariknya, terdapat pelbagai pilihan buffet di sini turut menawarkan pelbagai pilihan makanan daripada pelbagai citarasa seperti India, Melayu dan juga Cina, stesen memasak secara langsung dan juga bahagian manisan untuk memuaskan nafsu makan anda.

Untuk hidangan utama pula, lima menu ditawarkan yang diselang-selikan, antara menu yang anda perlu cuba termasuklah dengan menu pilihan chef adalah seperti Lamb Bone Marrow Biryani, Udang Goreng Ala Mamak, Kambing Bakar, Tempe Goreng Berlada, Ayam Madu Special, Satay Ayam / Daging, Ikan Siakap Ala Pak Wan, and Asam Pedas Ekor, dan banyak lagi melalui gerai-gerai yang terletak di sekitar restoran ini.

JOM LIHAT ANTARA MENU MENARIK
























HARGA SELERA BAZAAR RIA BUFFET 2023


Jom datang beramai-ramai ke Selera Bazaar Ria Buffet 2023 ini. Untuk harga buffet pula, berikut adalah harga untuk anda cuba makanan di sini. Harga buffet adalah RM158 untuk dewasa, manakala untuk kanak-kanak pula adalah RM79 sahaja (6 sehingga 12 tahun). Untuk warga emas pula adalah RM238 (55 tahun ke atas). 

Selain itu, untuk tempahan awal atau early bird, anda boleh dapatkan harga buffet serendah RM128 untuk dewasa bermula sekarang sehingga 19 Mac 2023.

Untuk tempahan anda boleh hubungi melalui WhatsApp ke 0166170134   
 

The Spread All Day Dining Restaurant

Lokasi :  6, The Gardens Hotel and Residences,
 Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur

#stgilesthegardens #klhotelbuffet #bufet2023 #thegardensmall #klbuffet #buffetdinner #midvalleycity #kualalumpur

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post