Perkelahan dan Bersantai di Payo Campsite, Johol, Negeri Sembilan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Perkelahan dan Bersantai di Payo Campsite, Johol, Negeri Sembilan

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, kali ini aku nak menyambung perkongsian yang tergantung dalam artikel https://www.aerill.com/2023/07/pengalaman-bermalam-di-natura.html. Kepada yang belum sempat baca artikel sebelum ini, bolehlah baca artikel itu terlebih dahulu.

Baiklah, tanpa membuang masa, aku teruskan penceritaan ya. Selepas sahaja check-out Natura Campground di Bentong, Pahang, kami meneruskan perjalanan menuju ke satu lagi lokasi iaitu Payo Campsite, Johol, Negeri Sembilan.

PERKELAHAN & SANTAI DI PAYO CAMPSITE, JOHOL, NEGERI SEMBILAN

Perkelahan dan Bersantai di Payo Campsite, Johol, Negeri Sembilan

Payo Campsite merupakan sebuah tapak perkhemahan yang masih baru, terletak di Pekan Rengoh, Johol, Negeri Sembilan. Masuk sahaja ke kawasan tapak perkhemahan ini, aku dapat lihat beberapa khemah yang telah siap dipasang oleh pengunjung.

Perkelahan dan Bersantai di Payo Campsite, Johol, Negeri Sembilan


Walaupun cuaca agak panas terik, tetapi Payo Campsite ini meriah dengan kunjungan orang ramai termasuklah mereka yang berada di sekitarnya. Buat penggemar buah durian, anda pastinya akan suka kerana di sini terdapat banyaknya pohon durian, dan ketika kami tiba, buah-buahannya masih lagi berada di atas pokok. Sedang membesar elok.

Untuk pengetahuan anda, seperti di Natura Campground, pekerja di Payo Campsite ini terdiri daripada mereka yang menyertai Program I-Kembali. Program I-Kembali yang juga dikelolakan oleh Dato’ Seri Hajah Siti Murni binti Dato’ Seri Sheikh Ahmad ini merupakan sebuah platform sebagai pemudahcara bagi menghubungkan para bekas banduan, orang diparol dan orang diselia dengan bakal-bakal majikan. 

Perkelahan dan Bersantai di Payo Campsite, Johol, Negeri Sembilan

Aku pasti ada yang akan bertanyakan tentang kemudahan yang tersedia. Baiklah, di Payo Campsite ini tersedia ruangan solat, 2 bilik air dan bilik mandi, 3 ruangan ruang mandi di luar, sinki dan kawasan tempat meletak kereta yang luas. 

Perkelahan dan Bersantai di Payo Campsite, Johol, Negeri Sembilan

Perkelahan dan Bersantai di Payo Campsite, Johol, Negeri Sembilan

Selain itu, terdapat sebatang sungai yang mengalir dengan begitu indah di Payo Campsite ini, sesuai untuk mandi-manda dan sebagainya. Kedalamannya tidaklah dalam, anak-anak kecil pun masih boleh bermain riang di sungai ini.

Perkelahan dan Bersantai di Payo Campsite, Johol, Negeri Sembilan

Sempat aku dan Faez meminjam hammock yang digantung oleh salah seorang pengunjung di Payo Campsite ini untuk tujuan mengambil gambar. 

Perkelahan dan Bersantai di Payo Campsite, Johol, Negeri Sembilan


MAKAN TENGAHHARI DI PAYO CAMPSITE

Perkelahan dan Bersantai di Payo Campsite, Johol, Negeri Sembilan

Alhamdulillah, walaupun tidak bermalam di sini kerana keesokkannya hari isnin, dan ramai yang perlu bekerja, tetapi masa yang ada dimanfaatkan dengan perkelahan serba ringkas tetapi meriah. Pelbagai menu kampung yang disediakan cukup menarik dan sangat lazat.

Perkelahan dan Bersantai di Payo Campsite, Johol, Negeri Sembilan

Sempat bergambar sementara sedang menjamah makanan. Inilah antara mereka yang mengikut trip ke Natura Campground dan juga Payo Campsite. Selesai sahaja makan, kami beramai-ramai berehat sebentar di sekitar sungai, melihat air yang mengalir serta bersembang mesra.

SUASANA WAKTU MALAM

Perkelahan dan Bersantai di Payo Campsite, Johol, Negeri Sembilan

Okay, aku rasa mesti ada pembaca yang ingin melihat pemandangan diwaktu malam kan? Memang cantik pemandangan di Payo Campsite ini diwaktu malam. Cahaya yang dihasilkan oleh lampu kelip-kelip ini menjadikan kawasan tapak perkhemahan ini menjadi hidup.

Perkelahan dan Bersantai di Payo Campsite, Johol, Negeri Sembilan

Perkelahan dan Bersantai di Payo Campsite, Johol, Negeri Sembilan


JOM BERMALAM DI PAYO CAMPSITE

Perkelahan dan Bersantai di Payo Campsite, Johol, Negeri Sembilan

Jom bermalam dan menikmati keindahan alam sekitar di Payo Campsite, Johol, Negeri Sembilan. Kadar bayaran yang dikenakan untuk tapak perkhemahan adalah cuma RM50 sahaja. Lengkap dengan fasiliti dan kemudahan menarik, sesuai untuk sebarang jenis perkhemahan.

Sejujurnya aku agak terkilan kerana tidak dapat merasai pengalaman bermalam di Payo Campsite ini dan disebabkan itu in shaa Allah aku merancang untuk datang lagi bersama rakan-rakan dan kali ini datang untuk bermalam. 

PAYO CAMPSITE



 📍Kampung Payo, Rengoh, Johol, Negeri Sembilan, Malaysia

Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi :

📱010-4261003

FB : https://www.facebook.com/profile.php?id=100093982234292
TIKTOK : https://www.tiktok.com/@payo.campsite.off


#PayoCampsite #Johol #NegeriSembilan #TourismNegeriSembilan


0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post