Pengalaman Menginap di Avani Sepang Gold Coast Resort

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pengalaman Menginap di Avani Sepang Gold Coast Resort

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, semoga hari anda dalam keadaan baik-baik sahaja. Baiklah, tanpa melengahkan masa kali ini aku nak ceritakan tentang pengalaman aku yang cukup berharga iaitu menginap di salah sebuah resort terkemuka di Malaysia iaitu di Avani Sepang Gold Coast Resort.

Sebelum itu, aku nak berterima kasih kepada pihak Tourism Selangor kerana menjemput aku dan rakan-rakan yang lain untuk bermalam di sini, merasai suasana dan juga merehatkan diri di sini. Memang satu pengalaman yang cukup hebat boleh aku katakan sepanjang penginapan di sini.

Pengalaman Menginap di Avani Sepang Gold Coast Resort

Tiba sahaja di Avani Sepang Gold Coast Resort, kami disambut dengan tarian orang asli Mah Meri, diberikan minuman yang menygarkan serta kalungan bunga. Memang meriah dan terharu apabila disambut sebegitu rupa.

Pengalaman Menginap di Avani Sepang Gold Coast Resort

Inilah rombongan kami, tak ramai pun sebenarnya tetapi setiap seorang mempunyai telatah tersendiri. Oh ya, kami semua adalah blogger dan pempengaruh juga.

SEKITAR PEMANDANGAN DI AVANI SEPANG GOLD COAST RESORT

Sebelum aku bercerita dan menunjukkan ruangan dalam bilik yang memang betul-betul selesa, aku nak tunjukan kawasan sekitar Avani Sepang Gold Coast Resort terlebih dahulu. Terletak di atas laut, resort ini merupakan antara resort yang aku impikan untuk menginap dan sebagainya dan alhamdulillah, impian telah jadi kenyataan.

Pengalaman Menginap di Avani Sepang Gold Coast Resort

Pengalaman Menginap di Avani Sepang Gold Coast Resort

Memamg cantik dan tenang sahaja apabila berada di sini. Menariknya, untuk ke bilik dan ke lokasi-lokasi dalam resort ini anda boleh menaiki kenderaan buggy dan juga berbasikal. Kalau anda macam mementingkan kecergasan diri bolehlah berbasikal, tapi macam aku, kadang-kadang penat juga, aku naik buggy sahaja.

Berikut pula antara tempat-tempat OOTD menarik di sini dengan pemandangan cukup cantik! Waktu matahari terbenam memang sangat cantik pemandangan di sini. Jadi, kalau datang sini jangan lepaskan peluang untuk bergambar sebanyak yang mungkin.

Pengalaman Menginap di Avani Sepang Gold Coast Resort

Pengalaman Menginap di Avani Sepang Gold Coast Resort

Pengalaman Menginap di Avani Sepang Gold Coast Resort

RUANGAN BILIK DI AVANI SEPANG GOLD COAST RESORT

Untuk penginapan di Avani Sepang Gold Coast Resort ini, kami geng lelaki dimuatkan dalam satu Family Villa. Family Villa sememangnya boleh memuatkan 4 orang.

Pengalaman Menginap di Avani Sepang Gold Coast Resort

Pengalaman Menginap di Avani Sepang Gold Coast Resort

Bilik utama menempatkan sebuah katil yang selesa dan luas, beserta bilik air yang cantik dengan sebuah tab mandi. Memang seronoklah sebab boleh berendam dan healing di tab mandi.

Pengalaman Menginap di Avani Sepang Gold Coast Resort

Pengalaman Menginap di Avani Sepang Gold Coast Resort

Bilik kedua, menempatkan katil sebegini, yang boleh dijarakkan sekiranya perlu. Contoh kalau datang bersama keluarga, adik beradik boleh bermalam di bilik ini, dan boleh menjarakkan katil. Tandas dan bilik mandi disini pula tidak mempunyai tab mandi, tapi apa susah, kalau nak guna pergi sahaja ke bilik air sebelah.

Pengalaman Menginap di Avani Sepang Gold Coast Resort

Ruang rehat pula terletak di bahagian tengah, menghubungkan kedua-dua bilik. Lengkap dengan perabot, meja kerja dan juga televisyen.

Pengalaman Menginap di Avani Sepang Gold Coast Resort

Pengalaman Menginap di Avani Sepang Gold Coast Resort

Oh ya, di bahagian luar juga terdapat balkoni dengan meja dan kerusi untuk anda bersantai-santai menghirup udara segar laut. Boleh nampak pemandangan yang cantik! Aku sendiri suka duduk di sini melihat air laut semakin naik menjelang petang.

Pengalaman Menginap di Avani Sepang Gold Coast Resort

Avani Sepang Gold Coast Resort tidak menawarkan private pool, tetapi untuk anda yang nak berenang boleh ke ruangan kolam renang infinitynya yang memang luas dan besar. Pemandangan cantik pun boleh dilihat di situ.

Pengalaman Menginap di Avani Sepang Gold Coast Resort

Memang selesa menginap di Avani Sepang Gold Coast Resort. Suasana dalam bilik yang memang tenang, kelengkapan bertaraf 5 bintang pastinya tiada siapa mampu lepaskan. 

MAKAN TENGAH HARI DI SEPOI-SEPOI RESTAURANT

Restoran Sepoi-Sepoi

Untuk tengahhari, kami semua makan di restoran Sepoi-Sepoi, sebuah restoran yang terletak di Avani Sepang Gold Coast Resort. Lokasinya terletak berhampiran dengan kawasan receptionist dan juga berdekatan dengan pantai.

Di sini anda boleh makan di ruangan luar, sambil menikmati angin laut yang menderu dan juga makan diruangan berpendingin hawa. Untuk tengahhari itu, kami makan di kawasan luar, menikmati keindahan laut Selat Melaka.

Restoran Sepoi-Sepoi

Aku memilih untuk makan sate pada tengahhari tersebut sebab kalau makan nasi dan makanan lebih berat mesti tak akan habis. Alhamdulillah, satenya memang agak besar juga. Selain itu, aku juga mencuba pizza dan beberapa menu lain yang dipesan oleh rakan-rakan.

MAKAN MALAM DI HAI SANG LOU RESTAURANT

Restoran Hai Sang Lou

Di sebelah malamnya, selepas melakukan pelbagai aktiviti, kami makan di restoran Hai Sang Lou iaitu sebuah restoran makanan cina yang popular. Sebuah lokasi yang eksklusif menawarkan pelbagai menu-menu yang sedap!

Restoran Hai Sang Lou

Antara menu yang dicuba pada malam tersebut termasuklah Roasted Chicken Hong Kong Style, Steamed Fish in Premium Soy Sauce, Wok-Fried Pro-Biotic Tiger Prawns with Butter Sauce dan sebagainya.

Restoran Hai Sang Lou

Memang sedap sebenarnya menu-menu yang dihidangkan, terutamanya apabila perut memang betul-betul lapar. In shaa Allah aku akan hasilkan satu entri khas bercerita tentang menu dan pengalaman makan di Hai Sang Lou restaurant.

SARAPAN DI AVANI SEPANG GOLD COAST RESORT

Pengalaman Menginap di Avani Sepang Gold Coast Resort

Seterusnya adalah waktu bersarapan. Bersarapan di Avani Sepang Gold Coast Resort pastinya tidak mengecewakan kerana terdapat pelbagai menu yang cukup menarik. Aku sendiri tak tahu nak pilih menu apa untuk bersarapan sebab semuanya nampak cukup menyelerakan.

Jom aku tunjuk antara menu yang tersedia untuk bersarapan di Avani Sepang Gold Coast Resort.

Pengalaman Menginap di Avani Sepang Gold Coast Resort

Pengalaman Menginap di Avani Sepang Gold Coast Resort

Pengalaman Menginap di Avani Sepang Gold Coast Resort

Pengalaman Menginap di Avani Sepang Gold Coast Resort

Banyak betul makanan dan minuman yang tersedia untuk sarapan. Aku sendiri memang kenyang sehingga ke tengahharilah pada hari tersebut. 

AKTIVITI MENARIK DI AVANI SEPANG GOLD COAST RESORT

Okay seterusnya aku nak ceritakan antara aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di Avani Sepang Gold Coast Resort ini. Aku pasti ramai yang selain datang ke sini untuk berehat, mahu juga lakukan aktiviti menarik yang boleh memberikan ketenangan minda dengan melakukan aktiviti bermanfaat.

  • MEMANDU ATV

Pengalaman Menginap di Avani Sepang Gold Coast Resort

Suka untuk aku beritahu sebenarnya ini merupakan pertama kali dalam seumur hidup aku memandu kenderaan ATV. Sebelum-sebelum ini aku tak sempat nak mencuba dan alhamdulillah di Avani Sepang Gold Coast Resort ini aku dapat mencuba.

Terdapat ruangan khas untuk anda menaiki ATV. Selain itu, terdapat juga track yang lebih mencabar yang anda boleh cuba disebelahnya.

Pengalaman Menginap di Avani Sepang Gold Coast Resort

  • MEMANAH

Pengalaman Menginap di Avani Sepang Gold Coast Resort

Aktiviti sukan memanah juga terdapat disini. Anda boleh mencubanya, iaitu betul-betul bersebelahan dengan tempat memandu ATV. Memang ramai juga pengunjung yang mencuba aktiviti sukan memanah ini.

  • MEREHATKAN DIRI DENGAN SPA 

Pengalaman Menginap di Avani Sepang Gold Coast Resort

Untuk anda yang mungkin malas nak beraktiviti sukan, mengeluarkan peluh dan sebagainya, bolehlah ke AvaniSpa dan mencuba urutan-urutan yang tersedia. Staf-stafnya terdiri daripada mereka yang cukup professional, jadi jangan risau anda pastinya akan segar selepas melakukan spa di sini.

Pengalaman Menginap di Avani Sepang Gold Coast Resort


  • PERTUNJUKAN API

Pengalaman Menginap di Avani Sepang Gold Coast Resort

Pada setiap hujung minggu pula anda boleh meluangkan masa untuk menonton pertunjukan api yang cukup menghiburkan. Pelbagai aksi menarik dilakukan membuatkan penonton rasa kagum. Selain itu, anda juga boleh bergambar dengan mereka sebagai kenang-kenangan.

  • AKTIVITI ZUMBA

Pengalaman Menginap di Avani Sepang Gold Coast Resort

Berzumba, untuk anda yang mungkin ingin mengeluarkan peluh tetapi hanya berada di satu kawasan serta melakukan aktiviti bersama rakan-rakan boleh juga berzumba. Tarian-tarian yang menarik selain dapat mencergaskan diri dapat juga berhibur dengan tenaga pengajar yang menghiburkan.

  • LUANGKAN MASA DI AVANIFIT

Pengalaman Menginap di Avani Sepang Gold Coast Resort


Untuk mereka yang sering ke gymnasium dan sebagainya, anda boleh juga ke AvaniFit yang terletak berhampiran dengan kolam renang. Kelengkapan yang tersedia memang betul-betul lengkap dan selain dapat mencergaskan diri anda juga boleh melihat pemandangan indah Avani Sepang Gold Coasr Resort!


PENGALAMAN MENGINAP DI AVANI SEPANG GOLD COAST RESORT

Pengalaman Menginap di Avani Sepang Gold Coast Resort

Sejujurnya menginap di Avani Sepang Gold Coast Resort ini merupakan satu impian aku. Alhamdulillah, impian telah tercapai dan apa yang aku harapkan ada di resort ini sememangnya sangat lengkap. Pelbagai aktiviti dilakukan dengan jayanya, selain itu aku juda dapat menikmati pelbagai juadah yang menyelerakan.

Pendek kata, menginap di sini sememangnya akan buatkan anda betul-betul tenang dan lari daripada kesibukan kota. Oh ya, waktu untuk check-in adalah pada jam 3 petang manakala waktu check-out adalah pada jam 12 tengahhari.

Oleh itu, aku sarankan untuk anda semua datang ke sini bersama keluarga, rakan-rakan dan sebagainya, menginap di sini dan menikmati keindahan resort 5 bintang ini. Pelbagai aktiviti dapat dilakukan bersama menjadikan hubungan silaturahim semakin rapat dan utuh.

AVANI SEPANG GOLCOAST RESORT


📍 No. 67, Jalan Pantai Bagan Lalang, Kg Bagan Lalang, 
Sungai Pelek, Selangor Darul Ehsan 43950

GPS: 2.6007266, 101.6873318

🔗 https://www.avanihotels.com/en/sepang



Artikel ini dihasilkan dari program Sepang Fam Trip pada 22 Jun sehingga 24 Jun 2023 anjuran Tourism Selangor


2 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. menarik dan banyak aktiviti boleh dibuat sepanjang disana kan

    ReplyDelete
  2. Kalau dapat ceritakan sedikit info berkenaan harga dapatlah kami buat bajet sikit ape yang nak dan tak nak,,tqvm

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post