Review Filem Love Destiny The Movie (2022)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Review Filem Love Destiny The Movie (2022)

Filem Love Destiny The Movie (2022) merupakan sebuah filem romantik komedi dan sejarah Thailand, ditayangkan pada tahun 2022. Filem ini merupakan sekuel atau sambungan kepada siri popular drama Love Destiny (2018).

LOVE DESTINY THE MOVIE (2022)

Review Filem Love Destiny The Movie (2022)

Pengarah : Adisorn Tresirikasem
Penulis : Benjamaporn Srabua, Tang Pattaranat Phiboonsawat, Ped Thodsapon Thiptinnakorn
Penerbit : Jira Maligool, Wan Vanridee Pongsittisak
Durasi : 2 Jam 46 Minit
Sinematografer : Niramon Ross
Muzik : Vichaya Vatanasapt
Tarikh Mula Tayangan : 28 Julai 2022

BARISAN PELAKON FILEM LOVE DESTINY THE MOVIE (2022)

Review Filem Love Destiny The Movie (2022)
  • Bella Ranee Campen sebagai Gaysorn / Karaket
  • Pope Thanawat Wattanaputi sebagai "Bhop" Sombarbordi / Sriwisarnwaja
  • Ice Paris Intarakomalyasut sebagai Mathus Huntrakul
  • Nonkul Chanon Santinatornkul sebagai Putera
  • Bobby Nimit Lugsamepong sebagai Sunthorn Phu
  • Pookie Paweenut Pangnakorn sebagai Pi [Pembantu Gaysorn]
  • Kik Suwatjanee Chaimusik sebagai ibu Bhop
  • Peter Tuinstra sebagai Yutthamat [Leftenan]
  • Noon Pitchatorn Santinatornkul sebagai Pei
  • Pu Vithaya Pansringarm sebagai Phra Surasawat [Penasihat Diraja]
  • Alex Surapol Poonpiriya sebagai Phra Mahamontri [Ayah Gaysorn]
  • Gai Anculeeon Buagew sebagai ibu Gaysorn 
Review Filem Love Destiny The Movie (2022)

SINOPSIS FILEM LOVE DESTINY THE MOVIE (2022)

Review Filem Love Destiny The Movie (2022)

Pasangan yang ditakdirkan, Bhop dan Gaysorn, mempunyai cinta dan kepercayaan mereka dicabar di tengah-tengah ancaman ganas semasa perluasan pemerintahan kolonial.

Selepas menetap bersama dan hanya dipisahkan melalui kematian semasa era Ayutthaya (1351-1767 CE), Dej dan Karaket dilahirkan semula pada zaman Rattanakosin awal (1782-1855 CE). Namun hanya seorang daripada mereka yang masih percaya kepada 'takdir'. 

Bhop, ketua jurutera dengan senyuman paling manis di Siam, telah melihat wanita yang sama dalam mimpinya selama bertahun-tahun. Dia percaya sepenuh hati bahawa dia adalah pasangan jiwa yang ditakdirkan. Apabila Bhop bertemu Gaysorn yang kelihatan sama seperti gadis dalam mimpinya, Bhop mengekorinya, cuba memenangi hatinya. 

Review Filem Love Destiny The Movie (2022)

Bagaimanapun, Gaysorn mempunyai sikap progresif dan tidak percaya kepada takdir. Gaysorn dengan jelas menyatakan bahawa dia tidak menyukai Bhop, tetapi dia berminat dengan Mathus, seorang lelaki Thai-Barat yang menggunakan slanga aneh ketika bercakap, yang kebetulan sepadan dengan mesej dalam jurnal lama Lady Karaket. 

Adakah Mathus mengembara ke masa lalu dari masa depan seperti Lady Karaket?. Hubungan mereka belum diketahui, namun apabila Bhop, Gaysorn, dan Mathus terperangkap dalam peristiwa sejarah yang huru-hara, keadaan menjadi tidak terkawal dan boleh membawa kepada peperangan yang akan mengubah sejarah selama-lamanya. Ke mana takdir akan membawa mereka?

Review Filem Love Destiny The Movie (2022)

ULASAN FILEM LOVE DESTINY THE MOVIE (2022)

Review Filem Love Destiny The Movie (2022)

Baiklah, bagaimana aku boleh menonton filem ini? Pertamanya adalah aku pernah menonton siri drama Love Destiny (2018) bersama mak aku ketika drama itu ditayangkan di televisyen. Melihat kepada sambutan serta jalan cerita drama itu yang menarik, aku mengikuti ceritanya dari awal sehingga ke penghabisan.

Mengetahui bahawa sebuah filem sekuel bakal ditayangkan, aku pun memberitahu mak aku tentangnya dan alhamdulillah, bulan lalu aku sempat menonton filem ini bersama mak aku di Netflix. Jadi terimalah ulasan dan pandangan aku tentang filem Love Destiny The Movie (2022)

Review Filem Love Destiny The Movie (2022)

JALAN CERITA - Untuk anda yang mengikut drama sebelumnya mungkin akan agak kecewa kerana tidak banyak kaitan antara drama dan juga filem ini melainkan beberapa mimpi tentang watak Karaket serta jurnal yang ditulis olehnya. Selain daripada itu, jalan cerita bagi filem ini sememangnya 100% berlainan, penuh dengan babak komedi serta politik ketika perang itu. Jadi, filem ini sesuai juga untuk ditonton bagi mereka yang tidak pernah menonton dramanya sebelum itu.

Bagi aku sendiri, jalan cerita filem ini memang sangat mudah difahami. Plotnya dibawa oleh watak Mathus yang dibawa ke zaman lampau, dan bertemu dengan watak Phob dan Gaysorn dan seterusnya berlakulah konflik dan serta usaha untuk mengembalikan Mathus ke zaman sekarang.

Review Filem Love Destiny The Movie (2022)

Review Filem Love Destiny The Movie (2022)

LAKONAN yang dibawakan oleh watak utamanya sangat baik terutamanya membawakan babak-babak lucu. Watak yang menjadi keutamaan pengarah sudah tentunya watak Bhop dan Gaysorn kerana merekalah watak yang dilahirkan semula serta menjadi sebab utama untuk penonton menonton filem ini. 

Aku cukup suka dengan babak-babak romantik dalam filem ini, terutamanya ketika Bhop berusaha untuk mengambil hati Gaysorn walaupun beberapa kali ditolak. Selain itu, peranan Mathus dalam usaha tersebut juga sangat lucu.

Review Filem Love Destiny The Movie (2022)

SINEMATOGRAFI dalam filem ini juga memang menarik, penonton dapat melihat bagaimana keadaan zaman lampau di Siam, dimana sungai merupakan laluan pengangkutan utama. Selain itu, melalui pakaian serta senibina juga memberikan inpun kepada penonton betapa rakyat Siam kaya dengan budaya dan sejarah.

CGI dalam filem ini sebenarnya masih boleh diperbaiki kerana terdapat beberapa babak yang kelihatan sangat lemah imej janaan komputernya yang menjadikan pengalaman menonton filem ini menjadi kurang menyenangkan. Walaubagaimanapun, kecacatan ini tidaklah menganggu bagi keseluruhan filem ini.

Review Filem Love Destiny The Movie (2022)

Tema kelahiran semula dan pengembaraan masa merupakan antara kegemaran aku. Beberapa filem tentang pengembaraan masa (time travel) sebenarnya tersenarai dalam filem kegemaran aku sepanjang masa. Manakala filem kelahiran semula seperti Om Shanti Om (2010) juga antara filem yang aku suka. 

Jadi idea bagi filem ini memang cukup menarik, ditambah lagi dengan tontonan drama Love Destiny (2018) sebelum ini, aku jamin penonton pastinya menjangkakan sesuatu yang hebat. Bagi aku filem Love Destiny The Movie (2022) ini sebuah filem yang menghiburkan, magis dalam drama Love Destiny masih boleh dirasakan walaupun pengarah terpaksa memampatkan plot untuk durasi 2 jam 46 minit sahaja.

Kekurangan dalam filem ini dapat ditutup dengan elemen-elemen lucu, serta betapa cantik dan indahnya sejarah dan senibina yang ditonjolkan dalam filem ini. Untuk itu, aku berikan filem ini :-

BINTANG : ⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐/10

Review Filem Love Destiny The Movie (2022)

RUJUKAN :
  • Google Image
  • Netflix

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post