Pengalaman Seharian Jalan-Jalan di Zoo Negara Secara PERCUMA!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pengalaman Seharian Jalan-Jalan di Zoo Negara Secara PERCUMA!

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, semoga semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja. Baiklah, kali ini aku nak kongsikan cerita dan pengalaman aku ke Zoo Negara. Aku yakin dan pasti ramai yang pernah ke Zoo Negara, sama ada bersama keluarga ataupun mengikuti rombongan sekolah.

Untuk aku sendiri, sebenarnya aku pernah datang bersama keluarga, kira-kira 15 tahun yang lalu. Ketika itu aku masih kecil, jadi tak berapa banyak sangat perkara yang aku boleh ingat. Alhamdulillah, pada bulan Julai yang lalu, aku berkesempatan untuk menghabiskan masa seharian di Zoo Negara.

PENGALAMAN SEHARIAN JALAN-JALAN DI ZOO NEGARA SECARA PERCUMA!

Pengalaman Seharian Jalan-Jalan di Zoo Negara Secara PERCUMA!

Untuk makluman anda, Zoo Negara merupakan zoo yang pertama di Malaysia dan dirasmikan pada tahun 1963 oleh Perdana Menteri Malaysia pertama, Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Terletak di bahagian timur laut Kuala Lumpur, Zoo Negara ditadbir oleh sebuah badan bukan kerajaan iaitu Persatuan Zoologikal Malaysia.

Aku ke Zoo Negara pada hari bekerja, jadi aku harapkan tak ramailah orang dan aku boleh bersiar-siar dalam Zoo Negara dengan aman. Datang seawal jam 10.30 pagi, terus mendaftar, dan akhirnya melawat kawasan dan melihat haiwan-haiwan menarik di Zoo Negara. Oh ya, untuk kali ini aku tidak mengeluarkan sebarang duit untuk tiket masuk kerana aku menebus TIKET PERCUMA SEMPENA HARI LAHIR. Aku hanya perlu membayar harga tiket parking sahaja pada hari tersebut. Menarik bukan?

CARA TEBUS TIKET PERCUMA ZOO NEGARA (PROMOSI HARI LAHIR)

Pengalaman Seharian Jalan-Jalan di Zoo Negara Secara PERCUMA!

Jom aku nak cerita cara nak tebus Tiket Percuma Hari Lahir. Senang sahaja sebenarnya, perkara pertama yang anda perlu pastikan adalah tarikh HARI LAHIR anda adalah dalam jangka masa 30 hari. Maksudnya anda boleh menebus tiket bermula dari hari lahir anda sehingga 30 hari sahaja, selepas itu anda tidak layak.

Pengalaman Seharian Jalan-Jalan di Zoo Negara Secara PERCUMA!

Seterusnya, anda perlu pastikan bahawa anda adalah Warganegara Malaysia, promosi ini tidak tersedia untuk warganegara lain mahupun bagi mereka yang tidak bernegara. Lepas itu, anda perlu bawa MyKad untuk urusan pengesahan dan penebusan.

Pengalaman Seharian Jalan-Jalan di Zoo Negara Secara PERCUMA!

Macam aku hari itu, tiba sahaja di Zoo Negara kami terus ke Kaunter Informasi B, dan kemudian beritahu nak tebus tiket hari lahir. Selepas itu, diberi borang untuk diisi, seterusnya perlulah membawa borang tersebut ke dalam bahagian kaunter tiket. Di situ anda perlu berikan MyKad untuk pengesahan bersama borang. 

Pengalaman Seharian Jalan-Jalan di Zoo Negara Secara PERCUMA!

Setelah semuanya sah, anda akan diberikan tiket masuk! Senang sahaja. Begitulah caranya. Untuk tempoh promosi ini pula aku tidak pasti sampai bila akan berlangsung. Apa yang aku harap adalah promosi ini berterusan untuk tahun-tahun hadapan, jadi boelhlah aku ke Zoo Negara setiap tahun.

LAWATAN SEKITAR ZOO NEGARA

Sebelum masuk ke Zoo Negara, kami diberitahu oleh pekerja yang berada di pintu masuk bahawa tiket ini adalah termasuk sekali untuk melawat Panda (sekarang Panda-Panda itu sudah dihantar pulang). Alhamdulillah, dapat juga melawat dan melihat Panda dengan mata sendiri.

Pengalaman Seharian Jalan-Jalan di Zoo Negara Secara PERCUMA!

Pengalaman Seharian Jalan-Jalan di Zoo Negara Secara PERCUMA!

Disebabkan kami datang sewaktu hari bekerja, jadi memang tak ramai orang, dapatlah melihat haiwan dengan mudah. Alhamdulillah, setakat ini haiwan yang aku lihat semuanya sihat-sihat belaka. 

Pengalaman Seharian Jalan-Jalan di Zoo Negara Secara PERCUMA!

Pengalaman Seharian Jalan-Jalan di Zoo Negara Secara PERCUMA!

Tengok tu, siap berehat berdekatan dengan pagar, kita sebagai pengunjung ni pun risau lah jugak kalau-kalau pagar tu ada ruangan terbuka ke. Haha.

Pengalaman Seharian Jalan-Jalan di Zoo Negara Secara PERCUMA!

Okay, penat berjalan, melihat haiwan, meniru aksi haiwan dan sebagainya, kami pun singgah sebentar di sebuah gerai menjual air. 100 Plus sebagai penyejuk badan yang kehausan. Harga 100 Plus ini mahal ya! Tak berbaloi untuk dibeli, aku sarankan bawa air mineral dari rumah sahaja. Kalau nak minum air berkarbonat boleh minum di luar kawasan Zoo Negara.

Pengalaman Seharian Jalan-Jalan di Zoo Negara Secara PERCUMA!

Kalau-kalau anda sesat, jangan risau, anda boleh lihat arah berpandukan peta yang tersedia dan anda boleh meneruskan perjalanan ke lokasi haiwan yang anda ingin lihat. 

Pengalaman Seharian Jalan-Jalan di Zoo Negara Secara PERCUMA!

Seronok tengok Tapir ni berendam, rasa macam nak berendam jugaklah haha.

Pengalaman Seharian Jalan-Jalan di Zoo Negara Secara PERCUMA!

Sampai sahaja di bahagian Capybara, tak nampak pulak kucing Oyen yang popular tu. Mungkin bukan shift dia bekerja, jadi yang ada hanyalah Capybara yang comel-comel belaka. 

Pengalaman Seharian Jalan-Jalan di Zoo Negara Secara PERCUMA!

Pengalaman Seharian Jalan-Jalan di Zoo Negara Secara PERCUMA!

Pengalaman Seharian Jalan-Jalan di Zoo Negara Secara PERCUMA!

Pengalaman Seharian Jalan-Jalan di Zoo Negara Secara PERCUMA!

Perjalanan diteruskan ke kawasan serangga dan haiwan kecil. Comel kan katak tu? Ada beberapa haiwan yang aku tak sempat nak ambil gambarnya kerana terpegun dengan keunikannya. 

Pengalaman Seharian Jalan-Jalan di Zoo Negara Secara PERCUMA!

Sempat juga melawat penguin, teringin nak dengar macam mana penguin berbunyi. Adakah sama seperti kartun Pingu?

Pengalaman Seharian Jalan-Jalan di Zoo Negara Secara PERCUMA!

Setiap jam 11 pagi dan 3 petang ada pertunjukan haiwan, malangnya ketika jam 11 pagi kami berada di kawasan yang agak jauh daripada Show Amphitheatre ini, jadi melepaslah untuk pertunjukan pada pagi tersebut. 

MELAWAT PANDA 

Pengalaman Seharian Jalan-Jalan di Zoo Negara Secara PERCUMA!

Ya, aku sedar dan tahu bahawa ketika artikel ini ditulis, Panda-Panda ini telah dihantar pulang ke negara asal bagaikan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), cuma berbezanya adalah panda-panda ini dipinjamkan seketika buat rakyat Malaysia yang tidak mampu ke luar negara untuk melihat panda. 

Pengalaman Seharian Jalan-Jalan di Zoo Negara Secara PERCUMA!

Alhamdulillah, sehingga ke hari ini aku masih bersyukur kerana sempat melihat dan mengunjugi kawasan panda ini. Memang agak ramai di sini, perlu beratur dan ramai yang mengambil gambar dan melihat panda selama beberapa minit sehingga bosan. 

Pengalaman Seharian Jalan-Jalan di Zoo Negara Secara PERCUMA!

Dalam kawasan ini memang sejuk sebab panda perlu berada dalam keadaan yang sejuk, alhamdulillah, aku berjaya menyelit ke beberapa ruangan yang terbuka untuk mengambil gambar panda yang terbaik boleh diambil. 

Pengalaman Seharian Jalan-Jalan di Zoo Negara Secara PERCUMA!

Selfie adalah satu kemestian, walaupun panda itu sepertinya sangat malas dan bosan menungggu hari pulang ke negara asal. Seronok sebenarnya bila dapat masuk ke kawasan panda ini, selain melihat panda, aku juga perlukan kesejukan pendingin hawa selepas keletihan berjalan-jalan di dalam Zoo Negara. 

Sebenarnya bagi aku ada bagusnya juga bilamana Panda ini dipulangkan kembali, dan wang yang digunakan untuk mentadbir urus panda itu boleh digunakan untuk menguruskan haiwan-haiwan yang lain. Ada yang aku lihat beberapa kawasan yang tidak dijaga dengan baik, fasiliti yang agak teruk keadaannya bolehlah dibaikpulih. 

HARGA TIKET MASUK KE ZOO NEGARA

Pengalaman Seharian Jalan-Jalan di Zoo Negara Secara PERCUMA!

WARGANEGARA MALAYSIA

  • Dewasa : RM45 
  • Kanak-Kanak (3 Tahun Sehingga 12 Tahun) : RM18
  • Warga Emas(60 Tahun Ke Atas) : RM23

i-KAD / WORKING PERMIT / DEPENDENT PASS

  • Dewasa : RM50
  • Kanak-Kanak (3 Tahun Sehingga 12 Tahun) : RM25
  • Warga Emas(60 Tahun Ke Atas) : RM50

PELANCONG

  • Dewasa : RM88
  • Kanak-Kanak (3 Tahun Sehingga 12 Tahun) : RM43
  • Warga Emas(60 Tahun Ke Atas) : RM88
PERCUMA : OKU

TIKET KONSESI SEKOLAH  :
  • Pelajar : RM13
  • Guru : RM17

Pengalaman Seharian Jalan-Jalan di Zoo Negara Secara PERCUMA!

Sebenarnya takdalah seharian berada di Zoo Negara, cuma beberapa jam sahaja iaitu dari jam 10.35 pagi sehingga jam 1.18 tengahhari sahaja. Untuk parking kereta pula, aku hanya perlu membayar RM10 sahaja, aku rasa masih pada harga yang berbaloi.Cuma jika aku datang bersama keluarga dan tidak menggunakan promosi hari lahir, mungkin kos yang ditanggung akan lebih tinggi. 

Jadi, begitulah ceritanya tentang pengalaman aku ke Zoo Negara di tahun 2023. Aku tak pasti bila lagi nak datang ke Zoo Negara, mungkin dengan promosi hari lahir aku akan datang bulan kelahiran aku nanti. 

Jom ke Zoo Negara ya!

ZOO NEGARA


📍Lokasi : Jalan Taman Zooview, Taman Zooview, 68000 Ampang, Selangor

Telefon : 018-213 3200
Laman Web : https://www.zoonegara.my/
Facebook : https://www.facebook.com/znegaramalaysia
Instagram : https://www.instagram.com/zoonegara_malaysia
TikTok : https://tiktok.com@znmzoonegara

SEKIAN


0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post