Khai Bahar Suntik Semangat Anak Muda Menerusi Lagu 'Lat Tali Lat'

Assalamualaikum dan salam sejahtera


KHAI BAHAR MENYUNTIK SEMANGAT ANAK MUDA MENERUSI LAGU ‘LAT TALI LAT’

Selepas memenangi Penyanyi Pilihan Alha Alfa di pentas Anugerah Juara Lagu 37, Khai Bahar terus berjuang dan kali ini beliau membawa sedikit kelainan dengan lagu bergenre pop menerusi lagu terbaharunya ‘Lat Tali Lat’. 

‘Lat Tali Lat’ merupakan hasil nukilan daripada komposer berbakat iaitu Johan John ataupun lebih dikenali sebagai Bob Junior. Lirik yang dicipta oleh Khaleel membuatkan lagu ini lebih unik kerana ia dapat menyuntik semangat anak-anak muda pada masa sekarang untuk menghargai dan terus mengekalkan permainan tradisional agar tidak hilang ditelan arus zaman moden. Khai Bahar meletakkan sepenuh komitmen beliau yang membuatkan lagu ini hanya mengambil masa 3 jam sahaja dalam pembikinan.

Lagu ini telah dipilih sebagai runut bunyi bagi drama komedi seram, Puaka Cuti Semester yang sudah mula bersiaran pada 24 Ogos 2023 yang lalu di platform Tonton. Tajuk lagu ini amat sesuai kerana drama ini menampilkan unsur permainan tradisional anak-anak Melayu suatu ketika dahulu. Drama ini mengisahkan tentang lima orang pelajar kolej iaitu Iqsan, Zubir, Fahmi, Leha dan Aina yang mempunyai latar belakang berbeza. Cuti semester telah pun tiba, namun mereka semua tidak pulang ke rumah masing-masing atas alasan tersendiri. Pada suatu hari, mereka diganggu oleh pelbagai gangguan mistik. Berjayakah kelima-lima pelajar ini merungkai gangguan yang dihadapi mereka? 

Jangan lepaskan peluang anda untuk muat turun lagu ‘Lat Tali Lat’ di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, KKBox, Tidal dan Deezer

Untuk mendapatkan maklumat terkini, sila layari platform media sosial Khai Bahar  menerusi: 

Instagram: @khaibahar94, 
Tiktok: @khaibahar_94 , 
Facebook: @khai Bahar Official.

Turut disertakan adalah lirik lagu  “Lat Tali Lat”:

LIRIK LAGU : LAT TALI LAT - KHAI BAHAR


Kanan Kiri
Aku toleh berkali
Seram sejuk
Roma aku berdiri

Datang dan pergi
Bayangan yang misteri
Imaginasi
Atau realiti

Pre
Ruangan sedar atau mimpi
Fantasi zahirkan diri
Terjerat ku terkunci
Di gari

C/O
Di pukau aku bak di kacau
Meracau di luar sedar 
Keras di mainkan kau
Di kacau aku bak di pukau
Lintas hitam putih mengilai
Tinggi di awan

Lat tali lat siapa nak jaga
Takut nanti tak berdaya
Tinggal semua

Kanan Kiri
Bayangan yang misteri
Seram sejuk
Roma ku berdiri

Pre
Ruangan sedar atau mimpi
Fantasi zahirkan diri
Terjerat ku terkunci
Di gari

LIRIK VIDEO RASMI LAGU LAT TALI LAT - KHAI BAHAR


SEKIAN

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post