9 daripada 10 rakyat Malaysia Pilih Shopee untuk Beli-belah Dalam Talian Secara Selamat

Assalamualaikum dan salam sejahtera

9 daripada 10 rakyat Malaysia Pilih Shopee untuk Beli-belah Dalam Talian Secara Selamat

#ShopSafeWithShopee mendedahkan kecekapan pembeli Malaysia mengelak penipuan

Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, hari ini mengumumkan hasil tinjauan #ShopSafeWithShopee yang mendapati 9 daripada 10 rakyat Malaysia memilih Shopee untuk membeli-belah dalam talian secara selamat. Tinjauan ini juga mendapati 8 daripada 10 rakyat Malaysia merasakan Shopee memberikan sokongan terbaik dalam membendung penipuan apabila membeli-belah dalam talian.

Faktor-Faktor Mempengaruhi Keputusan Pembeli

Apabila memilih platform untuk membeli-belah dalam talian, faktor utama yang mempengaruhi pembeli Malaysia ialah keupayaan mereka untuk melakukan transaksi beli-belah yang selamat, seperti kaedah pembayaran selamat, polisi pemulangan dan pengembalian wang yang jelas, produk yang sahih/disahkan dan penyelesaian perkhidmatan pelanggan yang hebat.

Faktor ini penting untuk pembeli berumur 35 hingga 49 tahun, manakala pembeli lebih muda berumur 18 hingga 34 tahun lebih menekankan pada populariti platform (dengan mengandaikan jika lebih ramai orang menggunakannya, ianya selamat) dan pelbagai jenis produk tersedia.

Tinjauan #ShopSafeWithShopee telah dilaksanakan terhadap 1,000 pembeli Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Hasil tinjauan mendapati ciri-ciri Shopee yang memberikan pembeli ketenangan fikiran ketika membeli-belah ialah:

  • Ciri-ciri platform yang membolehkan pelanggan mengesahkan penjual, seperti rating kedai 4 hingga 5 bintang, demo sebenar di strim langsung Shopee dan fungsi chat penjual (34%).
  • Ciri-ciri Shopee Mall, seperti jenama premium tulen, jaminan wang dikembalikan dan Authentic Deals Circle (33%).
  • Shopee Guarantee, yang melepaskan bayaran kepada penjual selepas pelanggan mengesahkan penerimaan barang (29%).
“Kami berkomited untuk menyediakan pembeli pengalaman membeli-belah dalam talian yang selamat dan terjamin,” kata Kenneth Soh, Ketua Pemasaran Shopee Malaysia. “Kami mempunyai beberapa inisiatif untuk melindungi pembeli, termasuk Shopee Guarantee, Shopee Mall, dan pasukan sokongan membendung penipuan yang berdedikasi. Kami tetap berkomited untuk membina persekitaran yang selamat dan terjamin untuk pengguna membeli-belah tanpa risau.”

Tahap Kesedaran Pembeli Tentang Penipuan

Sebanyak 80% pembeli menganggap mereka 'cukup berpengetahuan' kepada 'sangat berpengetahuan' tentang penipuan beli-belah di dalam talian, manakala 20% pernah menghadapi situasi yang melibatkan pembelian palsu, dihubungi penjual mencurigakan atau terdedah kepada penipuan. Sebanyak 50% responden bimbang tentang pelanggaran data (akaun dicuri/digodam, butiran bank dicuri), dan 20% lagi bimbang dengan penjual/barang tiruan palsu.

Tinjauan itu juga mendapati 30% daripada responden telah menjadi mangsa penipuan dalam talian pada tahun lalu. Walau bagaimanapun, 70% responden memberitahu berasa bertuah kerana berjaya mengelak daripada ditipu. Majoriti mangsa penipuan mendedahkan membeli produk rumah dan kehidupan, diikuti dengan barangan fesyen dan gaya hidup, dan elektronik. Kedua-dua lelaki dan perempuan dari semua peringkat usia terdedah menjadi mangsa – penipuan tidak mendiskriminasi.

Daripada jumlah mangsa penipuan, sebanyak 38% telah membuat laporan kepada ejen Shopee Live untuk mendapatkan bantuan segera. Jumlah bilangan responden yang sama turut membuat laporan kepada pihak berkuasa berkaitan seperti JSJK melalui Pusat Respons Scam, atau Infoline, PDRM melalui SEMAKMULE, dan talian Pusat Respons Scam Kebangsaan. Sebanyak 10% berkongsi pengalaman mereka di media sosial sebagai informasi kepada orang ramai, dan 20% tidak melaporkan kejadian ini.

Bagaimana Rakyat Malaysia Memilih Penjual Dipercayai Dalam Talian

Selain ciri keselamatan yang ditawarkan oleh platform itu sendiri, rakyat Malaysia juga bergantung pada bukti sosial dan pengesahan pembeli lain apabila memilih penjual untuk membeli dalam talian. Berdasarkan tinjauan, seramai 7 daripada 10 responden mengatakan pengesahan dari pembeli lain penting, dengan 33% merujuk kepada testimoni dan ulasan, 24% melihat penilaian kedai, 12% melihat bilangan pengikut setia kedai dan 4% lagi melihat jualan teratas untuk kata kunci yang dicari.

Baki pembeli yang ditinjau juga menyemak prestasi chat penjual, kadar pembatalan dan pengesahan penjual seperti Shopee Mall, label Preferred dan Preferred+ untuk memilih penjual.

Data ini menunjukkan rakyat Malaysia menghargai pendapat pembeli lain apabila membuat pembelian dalam talian. Mereka juga berkemungkinan memilih penjual yang telah disahkan oleh Shopee atau yang mempunyai rekod prestasi perkhidmatan pelanggan yang baik. Bukti sosial sememangnya penting bagi pembeli Automotif, FMCG, Mainan, Kanak-kanak dan Bayi, Barangan Runcit dan Haiwan Peliharaan, serta barangan Rumah dan Kehidupan.

SEKIAN

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post